Sedapnya Kek Keju Meleleh Kukus Pandan ni. Resipi istimewa buat anda yang tak ada ketuhar. Hanya kukus sahaja. Caranya pun tidak rumit. Bolehlah cuba buat. Kombinasi kek yang lembut, krim keju yang melimpah ruah dan parutan keju yang banyak, memang terbaik. Jom cuba resipi perkongsian saudari Umi Hayati ni. Pasti puas hati.
CARA KEK KEJU MELELEH PANDAN KUKUS YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN ( 1 LOYANG BULAT):
1 cawan gula
3 biji telur
1 sudu besar ovalette – beli online disini
1/2 cawan minyak masak – ikut sukatan. Jangan dilebihkan.
1/2 cawan susu cair – ikut sukatan. Jangan dilebihkan.
1/2 penutup pewarna hijau – beli online disini
1 penutup besar perisa pandan – boleh ditukar kepada perisa strawberi, vanilla dan warna
2 cawan tepung gandum – beli online disini
1 sudu teh baking powder – beli online disini
CARA MEMASAK:
Pukul telur dan ovalette sampai gebu dan berwarna putih.
Masukkan minyak masak, susu cair, pewarna hijau dan perisa pandan. Pukul lagi hingga sebati.
Kemudian masukkan tepung gandum dan baking powder. Pukul sekejap tapi jangan lama.
Matikan mixer dan kaup balikkan bahan tadi.
Masukkan kek ke dalam loyang yang dah dialas dan kukus selama 30 minit menggunakan api sederhana. Pastikan air telah mendidih sebelum memasukkan kek.
Tutup ( balut) penutup pengukus dengan kain bersih.
Manisan misalnya kek atau puding kalau ditambah dengan karamel memang sedap sesangat. Terasa betapa nikmatnya dapat makan. Lagi-lagi kalau rasanya sedap dan lembut. Bila dimakan pula, cair dalam mulut. Hai, jomlah buat. Tak tahan rasanya dah ni.
Jom kita tengok 4 resipi yang mesti buat hati meronta nak menikmati manisan berkaramel ni.
Bahan A (base):
150 gram digestive biscuits (dihancurkan)
70 gram mentega (dicairkan)
Cara Membuat:
1) Gaul sebati bahan-bahan untuk dijadikan base.
2) Mampatkan adunan di dalam loyang. Sejukkan.
Bahan B (adunan keju):
250 gram krim keju
8 gram gula kastor
8 gram serbuk gelatin (satukan dengan 60 ml air)
100 gram krim putar (non dairy)
100 gram krim putar (UHT)
Cara Membuat:
1) Satukan air dan serbuk gelatin. Double boil sehingga larut. Biarkan suam.
2) Putar krim putar sehingga gebu dan masukkan gula.
3) Masukkan adunan gelatin dan krim putar. Gaul sebati.
Bahan C (toffee):
40 gram almond nib
60 gram gula kastor
Cara Membuat:
1) Masak gula sehingga perang dan masukkan almond nib. Gaul dan tutup api.
2) Ratakan adunan di atas loyang.
3) Apabila sudah sejuk, patah-patahkan sehingga kecil dan dicencang.
Bahan D (caramel sauce):
1 cawan krim putar (UHT)
½ cawan gula perang
1 sudu besar mentega
Cara Membuat:
Campur semua bahan di dalam periuk. Kacau di atas api sederhana sehingga adunan pekat. Tutup api apabila mentega sudah cair.
Bahan Hiasan:
Walnut secukupnya (dibakar sebentar).
Cara Melapis dan Menghias:
1)Loyang dimampatkan dengan Bahan A dan sejukkan di dalam peti sejuk.
2)Tuangkan adunan Bahan B ke dalamnya.
3)Taburkan Bahan C. Ketuk loyang supaya adunan menjadi padat.
4)Bekukan selama semalaman atau selama tiga jam.
5)Keluarkan adunan dari loyang dan tuangkan Bahan D di atas kek.
6)Taburkan walnut untuk hiasan.
Tip: Selain sos karamel, boleh guna aneka jem seperti strawberi, bluberi atau kiwi.
Bahan-Bahan:
7 biji telur ayam
½ tin susu pekat manis
½ cawan air
1 sudu besar tepung kastard
Esen vanila secukupnya
Bahan Gula Hangus:
4 sudu besar gula pasir
Cara Membuat:
1) Buat gula hangus di dalam loyang dengan api sederhana sehingga kekuningan. Ketepikan.
2) Masukkan air dan tepung kastard ke dalam mangkuk.
3) Masukkan susu pekat manis.
4) Masukkan telur.
5) Masukkan esen vanila. Pukul sebati.
6) Tuang adunankastard ke dalam loyang gula hangus tadi. Kukus sehingga masak. Terbalikkan dan sejukkan.
Bahan Gula Hangus:
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar air
Bahan Puding:
1 cawan susu cair
60 gram gula kastor
½ cawan teh esen vanila
3 biji kuning telur
Bahan Kek A:
140 gram tepung gandum (diayak)
1 sudu teh serbuk penaik (diayak)
60 gram gula kastor
3 biji kuning telur
135 ml air
50 ml minyak jagung
Bahan Kek B:
6 biji putih telur
60 gram gula kastor
1 sudu teh cream of tartar
Cara Membuat:
1) Buat gula hangus dan tuang ke dalam loyang yang telah disapu minyak.
2) Didihkan semua bahan di dalam periuk dan tuang ke atas karamel di dalam loyang tadi.
3) Pukul Bahan A sehingga kembang dan baru masukkan tepung. Kacau sebati dan tidak bergentel.
4) Pukul Bahan B sehingga kembang.
5) Satukan adunan A dan B.
6)Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan.
7) Sendukkan adunan ke dalam loyang yang telah diisi puding perlahan-lahan secara berselang seli.
8) Bakar menggunakan kaedah bain marie selama 45 minit menggunakan api bawah dan 15 minit yang seterusnya menggunakan api atas dan bawah pada suhu 160°C.
9) Kek akan mengecut. Terbalikkan.
10) Sedia untuk dihidangkan.
Bahan-Bahan:
360 gram tepung gandum
360 gram gula perang
250 gram mentega
250 ml susu segar
4 biji telur ayam
4 sudu besar serbuk penaik
2 sudu besar esen vanila
½ camca teh garam
Bahan Keju Krim Karamel:
125 ml sos karamel
250 gram krim keju
100 gram mentega
60 gram gula aising
1 sudu besar esen vanila
Cara Membuat:
1) Gris loyang dan lapikkan kertas minyak di dalamnya. Ketepikan.
2) Satukan tepung, gula perang, serbuk penaik dan garam di dalam mangkuk adunan. Pukul seminit.
3) Pukul mentega dan telur sehingga sebati. Masukkan susu segar dan esen vanila. Masukkan bahan kering dan pukul rata.
4) Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30 minit pada suhu 175°C. Sejukkan di atas redai. Potong kek kepada dua bahagian.
5) Pukul mentega dan krim keju sehingga sebati. Masukkan gula aising dan esen vanila. Sebatikan.
6) Masukkan sos karamel dan kaup balikkan.
7) Hiaskan pada kek.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Selalu ada nampak orang buat dan jual kek mini coklat dan cheese leleh dalam bekas kecil. Bagus juga untuk bantu tambah pendapatan keluarga.
Jika anda berniat untuk berniaga secara kecil-kecil dan tak tahu nak jual apa, boleh cuba resipi kek mini coklat dan cheese leleh daripada Habsah Ngah ini.
Resipinya sangat senang dan bahan yang digunakan pun mudah didapati. Boleh cuba selain daripada untuk niaga, tetapi buat makan untuk anak-anak.
1. Satukan semua bahan bertanda * . Masak menggunakan api paling perlahan sampai semuanya sebati. Bila dah cantik berkilat boleh tutup api. 2. Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat. Ayak semuanya. 3. Satukan telur dalam satu mangkuk. Kacau macam nak buat telur dadar. 4. Tuang tepung yang diayak tadi berselang-seli dengan telur dalam adunan kek tadi. Kacau sampai rata. Adunan yang dimasak tadi tak perlu tunggu sejuk tau. 5. Dah siap campur semua bahan, kacau-kacau bagi sebati. Tapis adunan tadi supaya kek lagi ringan dan tak ada ketul-ketul tepung. 6. Sekarang dah boleh untuk kukus. Kalau guna bekas macam saya, letak dalam 2 sudu besar adunan. Jangan letak banyak, nanti tak muat nak letak topping pula. 7. Kukus selama 10 minit saja dengan menggunakan api besar. Bila dah masak, tunggu sejuk dulu baru letak topping.
BAHAN TOPPING COKLAT:
1 cawan serbuk koko 1 cawan minyak (masak/jagung/sayur) 1 cawan susu pekat manis ½ cawan susu cair
1. Satukan semua bahan dan masak dengan menggunakan teknik double boiler atau atas dapur je. Guna api paling perlahan kalau terus atas dapur. Masak hingga larut dan tidak berketul.
2. Angkat dan biarkan suam sedikit. Tapis dulu sebelum dituang ke atas kek tadi supaya tiada ketulan serbuk koko. 3. Tabur coklat rice untuk hiasan. Bolehlah masuk peti. Makan sejuk-sejuk sedap.
KEK MINI CHEESE LELEH
BAHAN A:
4 biji telur (saya guna saiz B je, biasanya untuk kek guna A) 1 cawan gula halus/kastor 1 sudu besar ovalette 1 sudu kecil emulco pandan coconut* 1 sudu kecil pewarna hijau* *untuk perisa dan pewarna, kalau nak banyak perisa, boleh letak bila adunan dah siap. Bahagi kepada beberapa bahagian dan tambah pewarna dan perisa.
BAHAN B: (ayak sekali)
1 ¾ cawan tepung (saya guna 1 cawan self-raising flour + ¾ cawan tepung gandum) 1 sudu kecil baking powder 1 sudu kecil soda bikarbonat 1 sudu kecil cream of tartar (optional, tak letak pun takpa)
BAHAN C:
4 sudu besar minyak masak
CARA MENYEDIAKAN:
1. Masukkan semua bahan A ke dalam mangkuk dan putar sehingga kental (bukan gebu), dan jika diangkat adunan akan jatuh perlahan-lahan.
2. Masukkan bahan ayak B dan putar hingga sebati. Matikan mixer. 3. Masukkan minyak masak dan kacau laju. Ini untuk membuang angin dan mengelakkan adunan mendap di tengah-tengah.
4. Tuang adunan ke dalam loyang atau bekas plastik untuk kukusan. Tutup permukaan bekas kek dengan plastik. Boleh je gunakan plastik biasa yang dapat waktu membeli belah tu ya, asalkan bersih. 5. Didihkan air kukusan terlebih dahulu. Kemudian kukus kek selama 20 minit atau sehingga masak bergantung kepada saiz bekas. 6. Jika kecil masa lebih singkat dan sebaliknya. Kecilkan api terlebih dahulu, baru buka penutup dan periksa kek sama ada sudah masak atau belum dengan menggunakan lidi, tester atau pisau. 7. Jika lidi bersih tandanya sudah masak, jika melekat pada lidi tanda belum masak, perlu teruskan mengukus lagi. 8. Keluarkan kek yang sudah masak dan terus terbalikkan di atas papan kek, kemudian balikkan semula bagi mengelakkan kek mendap atau kecut. Kalau acuan plastik/kecil tunggal tunggu sejuk boleh letak topping. 9. Bila dah sejuk, baru boleh potong dan tuang dengan krim cheese.
BAHAN CREAM CHEESE LELEH:
250g cream cheese ½ cawan susu pekat manis ½ cawan whipping cream/susu cair/susu full cream Cheddar cheese | sagat @ terpulang nak letak hiasan apa
CARA MENYEDIAKAN:
1. Mix semua bahan sehingga kembang dan pekat. 2. Tuang pada kek sebagai filling dan topping. Untuk topping, boleh dicairkan lagi dengan menambah susu cair ke dalam adunan. 3. Tabur dengan cheddar cheese yang disagat.
NOTA TAMBAHAN:
1. Pastikan guna telur dari peti ais ya. Sejukkan dulu sekejap. 2. Nak sukat bahan, saya guna cawan minum teh tu je. 3. Mix telur, gula kastor dan ovellate high speed selama 15 minit atau sampai adunan gebu ringan, berwarna putih berkilat. 4. Perlahankan putaran, baru letak tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat dan cream of tartar yang dah diayak terlebih dahulu. Tak perlu mix lama-lama. Cukup nampak dah tiada ketul tepung je. 5. Pastu masukkan pula minyak masak. Tak perlu mix lama-lama juga. Bila dah siap, bagi rehat sekejap. 6. Panaskan periuk pengukus. Bila air dah menggelegak, boleh mula mengukus. Pastikan api kuat ye. Kalau bekas kecil-kecil, saya kukus selama 7-8 minit je. Masa tu ikut berapa banyak susunan bekas dalam periuk. Kalau padat, masa kukus tu bagi lebih sikit.
Orang kata buat kek ni kalau tak betul betul master, baik tak usah buat. Tapi tak salah mencubakan, dari selamanya dok membeli saja. Malas sembang panjang jom kita start. Sabar dan ikut step by step yang dikongsi gerenti berhasil nanti.
Bahan-bahan: 240g susu cair 1 sudu besar pewarna merah-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu kecil esen vanilla 1 sudu kecil cuka
120g buttercup
150g gula kastor
2 biji telur gred A atau B 250g tepung superfine 2 sudu besar serbuk koko-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu kecil baking powder-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu kecil soda bikarbonat 1 sudu kecil cuka
Cara membuat:
1.Mula-mula kita buat ni dulu buttermilk menggunakan susu cair,pewarna merah, esen vanilla dan cuka. Ini bukan sirap bandung ya.Inilah kejadian buttermilk kita. Biarkan selama 10min. Kena peram sekejap.
2. Kita mulakan dengan Buttercup dan gula kastor, putar guna mixer.
3. Putar sampai dia jadi pucat dan kembang begini.
4. Pecahkan telur satu persatu.
5. Putar telur tadi.
6. Pecahkan lagi sebiji dan putar.
7. Masukkan adunan tepung tadi. Masukkan separuh je tau. Jangan letak semua. Kena selang selikan adunan tepung dan cecair. Tapi kebanyakan resipi kek memang macam tu. Saya hanya menurut perintah.
8. Putar hingga sebati.
9. Masukkan buttermilk tadi
10. Masukkan baki tepung tadi. Putar lagi. Saya ni tak rajin nak guna banyak bekas, jadi saya letak soda bikarbonat dan cuka dalam bekas cawan buttermilk je. Tuang dalam adunan tadi.
11. Gaul rata.
12. Saya masukkan dalam 2 loyang saiz 7 inci. Nak guna loyang 9 inci pun boleh. Bakar selama 30 minit suhu 170 api atas bawah. Jangan bakar terlalu lama. Nanti kek kering. Asal cucuk kat tengah dia dah tak melekat pada lidi bolehlah keluarkan dari oven.
13. Kek dah siap. Elok hasilnya. Tekstur bukan macam kek span. Dia agak padat.
RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 bakal berlangsung di Dataran Merdeka dengan penghasilan 16,000 pek bubur lambuk bersama anggota bomba dan komuniti sebagai percubaan rekod Malaysia.