Sedap giler!! Dahla mudah membuatnya hanya menggunakan tiga bahan saja. 15 minit je siap boleh telan terus. Siapa yang diet tidak digalakkan makan kacang ni, nanti makan tak berhenti.
3 bahan utama : Kacang tanah ( basuh dan keringkan dulu ) 1 biji telur Tepung bestari pedas
Cara membuat:
1.Gaulkan kacang dengan telur hingga rata. 2.Masukkan tepung sikit demi sikit dan gaul rata. 3.Panaskan minyak. 4.Goreng dalam minyak panas , api sederhana.Rajin-rajin kacau supaya masak sekata dan tak hangus. 5.Angkat dan toskan minyak. 6.Wajib biarkan sejuk dulu dan tos minyak supaya rangup. 7.Dah sejuk baru makan dan simpan dalam bekas kedap udara. *boleh tambah sedikit gula kalau nak rasa manis-manis. Saya memang tak letak sebab nak makan masin-masin pedas.Tepung ni dah masin, jangan tambah garam. Sumber : zita samat
Cara dan pemilihan makanan tak dinafikan menjadi antara punca kanser tapi pada masa yang sama sumber makanan juga boleh menghalang sel kanser.
Ini kerana ada jenis-jenis sayuran yang dibuktikan mampu bertindak sebagai antikanser. Perkara ini dijelaskan Dr. Suri Roowi yang juga bekas saintis di Pusat Penyelidikan Sains Makanan dan Teknologi MARDI.
4 kategori sayur antikanser
“Kalau rujuk dalam jurnal yang diterbit di Kanada 2009, yang mengkaji kesan sayur pada pertumbuhan sel kanser saintis telah membahagikan jenis sayuran antikanser ini kepada empat kategori:
1. Aktiviti antikanser paling kuat iaitu sayur brussel sprouts, kobis hijau, ungu dan kerinting, bawang, bayam.
2. Aktiviti antikanser yang tinggi iaitu asparagus, brokoli, kobis bunga.
3. Aktiviti antikanser yang sederhana iaitu saderi, terung.
4. Aktiviti antikanser yang sederhana iaitu timun, lobak, kentang dan tomato.
Bagi sayur kobis, mungkin tak semua selesa untik mengambilnya. Ada yang mengalami masalah kembung bila makan kobis. Ini disebabkan dalam kobis terdapat gula yang dipanggil raffinose.
Teknik basuh sayur agar bebas bahan kimia punca kanser
Dalam pada itu bagi memastikan sayuran yang kita ambil ini bebas daripada racun yang juga boleh menjadi punca kanser beliau menyarankan kita membasuh sayur dengan beberapa cara.
“Terdapat kajian mengenai teknik pembasuhan sayur yang sesuai. Kita boleh menggunakan cuka. Dengan hanya menggunakan satu sudu cuka saja ketika membasuh sayur kandungan racun pada sayur menurun berbanding menggunakan air.
“Tapi cara terbaik dan termurah adalah menggunakan garam. Masukkan 20gram garam dalam satu liter air untuk membasuh sayur. Rendam selama minit dan bilas. Insya-Allah 95 peratus racun pada sayur akan dikeluarkan,”kata Dr Suri.
Suka tomyam? Ha..Biasanya anda mesti buat tomyam kuah merah yang guna pes tu kan? Apa kata, kali ni cuba pula buat Tomyam Putihasli Thai yang sangat sedap ni. Memang dijamin berselera makan. Hirup kuah panas-panas, waduh… terasa nikmatnya. Saudari Eqienura Mokhtar ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba.
CARA MASAK TOMYAM PUTIH ASLI THAI
BAHAN TUMBUK:
10-15 biji cili padi (ikut tahap kepedasan masing-masing)
1.Sediakan air dalam periuk. Masukkan cili padi, tomato dan bawang putih yang ditumbuk. Biar sampai mendidih.
2. Bila sudah mendidih, terus masukkan bawang putih, cili padi, halia, lengkuas dan serai yang sudah dititik. Masak guna api perlahan.
3.Bawang holland dipotong baji atau boleh potong ikut selera masing-masing.
4. Biarkan sekejap kemudian masukkan sayur. Penting tomato ni dalam tomyam sebab ia tambah rasa masam. Paling elok guna tomato yang besar tu. Masak semua sampai mendidih.
5. Masukkan daun limau purut. Kalau masuk awal nanti kuah rasa pahit dan aroma dia hilang.
6. Perasakan dengan semua bahan perasa dengan secukupnya. Untuk sos ikan, sukatannya jika masak setengah periuk, letak satu senduk. Kemudian ubah suai rasa dengan garam secukup rasa.
7. Masukkan udang.
8. Seterusnya masukkan sotong. Sotong perlu dicelur air panas seketika.
9. Sebelum tutup api, masukkan santan atau susu cair satu senduk. Kacau rata dan rasa garam cukup tak. kalau tak masin tambah lagi. Padamkan api.
10. Akhir sekali perah jus limau nipis. Tutup periuk.
11. Tomyam Putih sedia untuk dinikmati. Tabur daun ketumbar semasa menghidang.
INFO:
Jika buat Tomyam Poktek, tambah seafood lain seperti lala, ketam, dan hirisan isi ikan siakap.
Nak lagi sedap, guna air rebusan kulit udang.
Orang siam tambah gula paste siam sikit bagi manis kuahnya.
Ada satu lagi daun yang orang siam letak iaitu daun ketumbar jawa. Agak keras tapi sedap.
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!