Menu Ayam Goreng Berempah ni nampak mudah tapi untuk dapatkan serat-serat yang rangup dan bergumpal tu kena ada cara dan tekniknya. Nak cuba? Jom lihat resipi perkongsian saudari Murni Rahmat ni. Moga bermanfaat!

 

AYAM GORENG BEREMPAH RANGUP

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1/2 ekor ayam – potong besar-besar

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • Cili kering / serbuk cili – kuantiti cili kering / serbuk cili ikut citarasa masing-masing. Kalau tak nak letak pun tak apa.
  • 3 batang serai
  • 1 sudu makan ketumbar
  • 1/2 sudu makan jintan manis
  • 3 biji buah keras – tak letak pun tak apa
  • 2 biji telur ayam
  • Sedikit asam jawa pekat

BAHAN PERAP AYAM:

IKLAN
  • 1 sudu makan penuh serbuk kari
  • 1 sudu makan tepung beras
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • Garam
  • Sedikit daun kari
  • Secubit gula
  • Sedikit serbuk perasa

CARA MEMASAK:

  1. Satukan bahan kisar dan blend halus. Sebaiknya jangan masukkan air. Jika perlu, hanya setakat untuk membolehkan mata pengisar berpusing.
  2. Bersihkan ayam dan gaul menggunakan bahan kisar dan bahan perap. Biarkan selama 30 minit. Lagi sedap biarkan satu malam.
  3. Panaskan minyak masak menggunakan api sederhana dan masukkan ayam. Tutup kuali dengan penutup periuk sewaktu menggoreng.
  4. 2-3 minit sebelum ayam diangkat kena buka tutup periuk. Kaedah ini untuk mendapatkan ayam goreng yang rangup tapi berjus didalam.
  5. Untuk dapatkan serat yang garing, bila dah siap goreng semua ayam, ambilserdak-serdak yang tinggal dan goreng dengan api sederhana.
  6. Masa tengah goreng tu, kacau-kacauserdak supaya tidak bergumpal atau berketul. Bila dah garing, angkat, tos dan tabur pada ayam goreng tadi.

Nota: Selepas goreng ayam, rehatkan lebih kurang 5-10 minit sebelum dipotong sebab kita taknak ada darah yang keluar lepas ayam dipotong. Selamat mencuba!

IKLAN

Cara-Cara Buat Ayam Goreng Berempah Rangup. Resipi Asli Dari Peniaga Nasi Ayam Berempah Sendiri.

Kredit resipi & foto: Murni Rahmat

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI