1 biji bawang besar – beli online di sini 1-2 tangkai daun kari setangkai dua 4 ulas bawang putih (saya guna pes sendiri) – beli online di sini 1 inci halia –beli online di sini Serbuk kari (saya gabung 2 jenis rempah, 250gm kari ayam/daging Baba’s+ 25gm serbuk kari masak merah cap O) Cili kisar – beli online di sini
1. Gaulkan ayam dengan sedikit serbuk rempah kari. Gaul-gaul manja je. Setakat ada warna kuning sikit-sikit. Saya suka ayam yang dipotong kecil-kecil kerana cepat masak dan lebih terasa.
2. Panaskan minyak masak. Tak perlu banyak, sekadar separuh ketinggian potongan ayam tu. Goreng sekejap ayam yang kita dah perap tadi sampai hilang warna pucat ayam mentah. 3. Jangan lama sangat nanti air ayam dia kering. Dan rempah kari kurang meresap bila kita masukkan dalam kuah nanti. Kelebihan lain masak sekejap dan potong kecil kecil adalah supaya bahagian isi dia tak mengembang dan tawar kalau masak lama-lama.
4. Minyak goreng ayam tadi, kita guna untuk tumis pula. Tumis sampai kekuningan. 5. Lepas itu boleh masukkan 1 sudu cili kisar. Saya guna ‘ibu sambal’ pak bidan je. Cili kisar akan bagi rasa melayu sikit pada rasa kari hampa kecewa.
6. Masukkan pes serbuk kari kacukan mamak yang kita dah jadikan pes sikit tadi. 7. Proses tumis dari masukkan bawang sampai masukkan pes kari ini, api kena besar. Perlahan sedikit api bila bunyi desiran pes kari ini mulai hilang dan mula berbuih-buih. Masa ni perlahankan api sekejap untuk bagi rempah pecah minyak.
*Tips untuk memudahkan pecah minyak adalah kita gunakan minyak yang banyak. Jangan risau, minyak yang terlebih boleh dikeluarkan sebelum makan nanti. 8. Lepas pecah minyak sikit, (tak lama pun, dalam 3 minit lepas kita masukkan pes kari tadi), masukkan ayam yang kita dah goreng sedikit tadi. 9. Tambahkan air, jangan banyak sangat, sampai ngam-ngam tenggelam potongan ayam tadi. 10. Masukkan tomato, serai, dan kentang (saya dah rebus siap siap) dan biarkan masak dalam api sederhana besar. Aduk-aduk bila perlu. 11. Bila kuah dah sebati, tambahkan garam dan gula (saya pakai gula melaka) mengikut citarasa masing-masing.
Lauk singgang sememangnya sinonim dengan orang-orang Pantai Timur. Jika anda biasa makan Ikan Singgang kuah putih, apa kata kali ni cuba Singgang Ikan Tenggiricara Terengganu pula. Kuahnya berwarna kuning kerana menggunakan kunyit hidup. Padu boh…Resipi ini adalah perkongsian dari saudaran Wan LuQman yang diambil dari ibunya sendiri. Bila dah resipi mak-mak ni, memang padu rasanya. Dapat pula makan bersama dengan budu, ulam-ulaman dan ikan goreng. Memang tak ingat dunia la jawabnya. Jom cuba!
CARA MASAK SINGGANG IKAN TENGGIRI TERENGGANU
BAHAN-BAHAN:
Ikan Tenggiri
2 biji kunyit hidup (besar ibu jari boleh tumbuk kasar)
1. Masukkan semua bahan-bahan dalam periuk dan isi air sampai bahan tenggelam.
2. Tutup periuk, biarkan mendidih dan biarkan hingga masak.
3. Perasakan dengan sedikit garam dan gula mengikut citarasa anda.
4. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih. Lagi bertambah sedap jika dimakan dengan tempoyak budu, ulam-ulaman dan telur dadar sebagai pelengkap hidangan.
INFO: Boleh tukar dengan ikan yang lain seperti ikan kembung, tongkol dan sebagainya.
Nasi Goreng Sardinperkongsian saudari Tengku RosElyza Raja Muhammad ini nampak sangat sedap dan membuka selera. Bahan-bahan yang digunakan juga sangat ringkas dan mudah diperolehi. Bagi anda yang belum ada idea nak masak menu apa untuk keluarga, sajian ini antara yang terbaik dan boleh dicuba. Semua pasti sukakannya. Jom lihat cara-cara penyediaan.
CARA MEMASAK: 1.Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi dan ikan bilis hingga lumat. Bilangan cili boleh diubah mengikut tahap kepedasan yang digemari.
2. Bila bahan tumbuk sudah lumat, masukkan garam dengan secukupnya. Ketepikan.
3. Panaskan minyak dan goreng ikan sardin. Tutup kuali bagi mengelakkan minyak terpercik kerana ikan sardin ini akan meletup-letup bila digoreng.
4. Ikan sardin yang telah siap digoreng perlu dihacurkan.
5. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk bersama cili kisar hingga pecah minyak.
6. Masukkan ikan sardin tadi. Masak hingga hancur namun tidak perlu masak terlalu lama kerana ikan telah masak.
7. Seterusnya masukkan telur. Gaul rata dan masukkan nasi yang telah diperoikan. Gaul rata.
8. Untuk menambahkan seri nasi goreng, tambahkan kicap lemak manis dengan secukupnya. Gaul hingga rata.
9. Akhir sekali masukkan hirisan kubis dan juga kacang panjang. Gaul sampai semua bercampur rata dan lembut.
Menu Arab memang kesukaan rakyat Malaysia. Aromanya yang berempah dan cukup wangi tu dari jauh dah boleh bau. Dah nikmati makanan berempah tu dibalas pulak dengan pencuci mulut lemak berkrim, terbaiklah.
Manisan Arab lemak berkrim dan manis itu kaya dengan rasa susu, mentega dan krim masakan yang lazat. Resipi dah ada dah ni, jomlah cuba asah skil masak menu Timur Tengah dulu, mesti famili anda teruja.
1. MANAKKISH
BAHAN-BAHANNYA :
1 keping roti pizza
10 gm zaitun hitam | dicincang halus
10 gm bijan
1/2 biji cili benggala hijau dan merah | dihiris hiris
1 biji tomato | dipotong bulat
3 sudu makan minyak zaitun
1 sudu teh garam
CARA MEMASAK : 1. Campurkan minyak zaitun, zaitun hitam yang telah dicincang tadi ke dalam mangkuk adunan. 2. Kemudian lenserkan minyak zaitun ke atas roti pizza dan taburkan kesemua bahan campuran tadi ke atas roti pizza tadi. 3. Akhir sekali hiaskan dengan cili benggala dan tomato di atas inti yang telah ditabur ke atas roti pizza tadi. 4. Bakar selama 15 minit dengan suhu 180 c.
Saiz hidangan : 5 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Sajian Arab untuk sarapan dan minum petang Keistimewaan : Gabungan zaitun dan bijan yang enak
Info Chef : Sesuai untuk mereka yang gemarkan ‘topping’ bukan daging. Sajian berkhasiat tanpa lemak atau rendah lemak.
2. LAMB SHANK BUKHARY
BAHAN-BAHAN :
4 ketul daging kambing shank (bahagian kaki bawah lutut /betis)
4 sudu makan rempah bukhary
3 sudu makan puri tomato
1.5 liter air stok rebusan daging
2 biji bawang besar /dikisar
10 ulas bawang putih/ diketuk
5 sm halia
2 batang kayu manis
50 gm daun ketumbar /dihiris halus
5 biji bunga cengkih
5 biji buah pelaga
5 biji bunga lawang
5 biji cili hijau /dipotong 2.5 sm
2 biji tomato dipotong empat
2 sudu makan minyak masak
2 sudu makan minyak sapi
Garam secukup rasa
Sedikit pewarna saffron
CARA MEMASAK : 1. Rebus daging sehingga 30 minit 2. Angkat dan keluarkan daging, ketepikan. 3. Panaskan oven pada suhu 250 celcius selama 10 minit. 4. Panaskan minyak masak dan masukkan sekali minyak sapi. 5. Tumis bawang besar dan bawang putih dan masukkan cili hijau berserta rempah ratus empat sekawan. 6. Masukkan pula rempah bukhari dan puri tomato, kacau dan tumis hingga pecah minyak. 7. Masukkan hirisan daun ketumbar dan tomato 8. Masukkan air rebusan kambing 9. Masukkan garam dan pindahkan kesemua bahan di dalam dulang pembakar dan tutup dengan kertas aluminium 10. Bakar di dalam oven selama 1 setengah jam pada suhu 250 celcius. Keluarkan dan ia siap dihidang.
Saiz hidangan : 4 – 6 orang Waktu memasak : 1jam 40 minit Cara memasak : Rebus, tumis dan bakar Jenis hidangan : Lauk utama Arab Keistimewaan : Sedap dimakan bersama nasi bukhari atau roti Naan/roti Arab
INFO CHEF: Semasa membersihkan daging buangkan tisu liat agar ia mudah empuk.
3. AYAM HANITH PANGGANG
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam (2 kg) / dipotong empat
2 sudu rempah hanith
1/2 sudu makan garam halus
1/2 sudu pewarna saffron
2 biji bawang holland /dimayang
1 biji lemon /dihiris bulat
CARA MEMASAK : 1. Campurkan dan gaul rata rempah hanith, garam dan pewarna saffron. 2. Ayam yang telah dibersihkan ditabur rata dengan rempah 3. Lapik lapisan aluminium di atas dulang, dan susun ayam di dalam dulang pembakar. 4. Taburkan bawang holland dan susun hirisan lemon di atas ayam. 5. Bakar dalam oven yang dipanaskan dengan suhu 250 darjah celcius selama 2 jam 6. Ayam masywi sedia dihidang
Saiz hidangan : 4-5 orang Waktu memasak : 2 jam Cara memasak : Bakar Jenis hidangan : Lauk utama Arab Keistimewaan : Jus ayam yang terhasil bercampur rempah sungguh lazat
INFO CHEF: Ayam biar diperap dengan bahan-bahan ramuan agar rasanya lebih sebati dan meresap ke dalam daging
4. BASBOSA
BAHAN-BAHAN :
500 gm semolina @ suji (tepung berbiji /kasar dibuat dari gandum durum )
250 ml air
250 gm gula
50 gm mentega @ minyak sapi /dicairkan
8 gm serbuk penaik
10 gm serbuk kulit kayu manis
1 sudu makan tahina (pes@ sos bijan)
350 gm sirap (campuran gula dan madu,)
300 gm kacang pistachio
CARA MEMASAK : 1. Campurkan semolina dengan serbuk kulit kayu manis, serbuk penaik dan gula hingga sebati. 2. Masukkan mentega yang dicairkan dan kemudian masukkan air secara sedikit sedikit sedikit. Gaulkan dan campurkan sekali sahaja. 3. Sapukan sos bijan di atas dulang pembakar. 4. Tuangkan campuran tadi perlahan-lahan di dalam dulang pembakar (ketebalan hanya 2 sm sahaja. 5. Biarkan campuran berehat selama 8-12 minit dalam suhu bilik, sebelum ia dibakar ( boleh juga dibuat pada sebelah malam untuk dibakar esoknya) 6. Letakkan kacang pistachio di atasnya dan tekan perlahan agar ia melekat pada permukaan. 7. Masukkan dulang ke dalam oven yang sudah dipanaskan, dan bakar selama 20 minit dengan suhu 180 darjah celcius. 8. Keluarkan dulang dan potong bentuk empat segi (5-6 sm) 9. Sambung bakar dalam suhu yang sama. Lagi 20 minit atau sehingga perang keemasan. 10. Keluarkan dulang dan tuangkan sirap panas di atas barbosa tadi. 11. Basbosa siap dihidang.
Saiz hidangan : 35 keping Masa memasak: 1 jam 40 min Jenis masakan : Manisan Cara memasak : Bakar Keistimewaan : Tepung semolina memberikan rasa lembut berbiji. Rasa yang manis dan berkacang dengan aroma kayu manis .
INFO CHEF: Untuk mendapatkan rasa yang lebih ‘kaya’ berkrim anda boleh menambahkan dua sudu makan susu tepung.
5. MOHALABIA MILK PUDDING
BAHAN-BAHAN :
1000 ml susu segar
80 gm tepung jagung
60 ml air
2 ml blossom water (esen dari bunga)
5 ml air mawar
100 gm gula
1/2 sudu teh esen vanilla
1 gm mastic @mistekah /jadikan serbuk (sejenis gam arab memberi perisa)
100 ml krim putar
100 gm kacang pistachio
5 gm serbuk kulit kayu manis
CARA MEMASAK : 1. Campurkan susu dan vanila ke dalam periuk, nyalakan api. 2. Selepas 10 minit apabila susu sudah menjadi panas, masukkan gam arab dan gula sambil mengacau hingga gula larut dalam susu. 3. Campurkan air dan tepung jagung sehingga pekat melekit. 4. Apabila susu mula mendidih, masukkan campuran tepung jagung sambil mengacau selama lima minit. 5. Perlahankan api selama lima minit. 6. Masukkan krim putar dan air mawar,sambil kacau perlahan-lahan. 7. Setelah itu alihkan periuk dari api, dan tuangkan mohalabia panas ke dalam bekas sesuai. 8. Biarkan sejuk selama 20 minit dan hiaskan dengan pistachio dan kulit kayu manis di atas 9. Simpan dalam peti sejuk dulu, setelah sejuk baru dihidang.
Saiz hidangan : 7 mangkuk (150 gm tiap satu) Masa memasak : 1 jam 30 min Jenis masakan : Puding Cara memasak : Didih dan reneh, dan dinginkan dalam peti sejuk Keistimewaan : Puding dingin lemak berkrim dan rasa susu yang enak
INFO CHEF : Anda boleh menambahkan biskut mentega sebagai lapisan bawah atau memasukkan serbuk koko di dalam susu jika anda mahukan rasa bercoklat.
6. UMM ALI
BAHAN-BAHAN :
8 biji telur
500 gm susu segar
500 gm krim masakan
200 gm gula halus (castor)
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
70 gm kelapa parut
500 gm puff pastri gulung * boleh dibeli di pasaraya
CARA MEMASAK : 1. Panaskan oven ke suhu 190 C, bentangkan gulungan pastri dan letakkan di atas kertas minyak yang dialas atas dulang pembakar. Bakar selama 15 minit atau sehingga perang. 2. Campurkan kesemua bahan-bahan hingga sebati dan masukkan di dalam satu bekas/kuali dan panaskan hingga suam. 3. Kemudian potongkan puff pastri yang dibakar kepada ketulan kecil dan masukkan di dalam mangkuk. Kemudian tuangkan campuran susu tadi ke atas puff pastri, biarkan direndam selama beberapa minit 4. Masukkan ke dalam bekas pembakar. 5. Masukkan ke dalam oven yang dipanaskan, dan bakar secara ‘steam bake’(meletakkan bekas berisi air di bawah loyang pembakar puff pasti tadi). 6. Sajian siap dihidang
Saiz hidangan : 8 orang Masa memasak : 1 jam 35 minit Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Puding tradisional negara Timur Tengah Keistimewaan : Lemak berkrim dan manis berempah
INFO CHEF : Boleh juga diletakkan kekacang seperti pistachio atau badam ke dalamnya. Umm Ali adalah pencuci mulut berasal dari Mesir. Ia seakan puding roti.