Jadi ibu ni memang kena kreatif kan? Kalau masak macam biasa kadangkala suami dan anak-anak bosan. Kali ini, jom kita sajikan Gulungan Daging & Telur yang enak ini. Mudah saja nak membuatnya. Hanya gunakan wrap sebagai ‘base’ serta telur, kepingan daging salami dan keju sebagai inti. Gunakan Anchor Cheese Slice yang diperbuat dengan susu dari New Zealand yang tinggi kalsium dan protein. Bukan itu saja, keju ini juga membuatkan hidangan anda bertambah lazat dan berkrim. Boleh cuba nanti.

Resipi Gulungan Daging & Telur Yang Ringkas, Sedap & Penuh Nutrisi

GULUNGAN DAGING DAN TELUR

Resipi Gulungan Daging & Telur Yang Ringkas, Sedap & Penuh Nutrisi

BAHAN-BAHAN:

  • 4 keping Anchor Cheese Slice
  • 2 keping wrap gandum
  • 60gram Anchor Unsalted Butter
  • 50gram Anchor Cooking Cream
  • 4-6 keping kepingan salami daging – panggang
  • 3 biji telur
  • 1 batang daun bawang – cincang
  • Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
  • Chili flakes secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Di dalam mangkuk, pukul telur bersama Anchor Cooking Cream, garam dan serbuk lada hitam secukupnya. Panaskan sedikit Anchor Unsalted Butter di dalam kuali leper, tuang bancuhan telur dan buat 2 keping telur dadar yang agak nipis lalu masak hingga telur masak. 
  2. Ambil sekeping wrap gandum. Sapu dengan sedikit Anchor Unsalted Butter. Susun 2-3 keping salami daging. Letak sekeping telur dadar.
  3. Susun kepingan Anchor Cheese Slice. Tabur cincangan daun bawang.
  4. Gulung wrap dengan kemas.
  5. Panaskan Anchor Unsalted Butter dalam kuali leper non-stick. Letak gulungan tadi lalu pan-grilled dikedua-dua bahagian hingga agak perang.
  6. Angkat gulungan lalu potong kepada beberapa bahagian.
  7. Tabur lebihan cincangan daun bawang dan chili flakes. Hidangkan panas.

 

 

IKLAN

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Resipi Ikan Siakap 3 Rasa Cara Orang Thailand Masak

IKLAN

Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai

Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!

Resipi Tat Telur Sedap Buat Guna Roti Sandwich

IKLAN

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI