Sedapnya Gulai Kuning Nasi Berlauk ni. Ia adalah salah satu menu popular di Kelantan yang biasa dinikmati sewaktu sarapan. Andai waktu pagi, sarapan tanpa Nasi Berlauk ni memang tak sah. Sangat sedap dan harus dicuba andai berkunjung ke negeri Cik Siti Wan Kembang.
Kalau negeri lain gulai ni nampak macam masak lemak kuning . Tapi istimewanya ada telur rebus, ikan tongkol, kacang panjang dan timun dan tak perlu lauk sampingan atau nak kena masak sayur lagi. Jom kita cuba resipi perkongsian dari Rose Mawar Merah ini.
CARA MASAK GULAI KUNING NASI BERLAUK STAIL KELANTAN
BAHAN-BAHAN ( boleh tengok sukatan dalam foto ):
10 keping ikan tongkol 2 asam keping – beli online disini 5 biji telur rebus 250ml santan | kotak kecil- beli online disini Garam secukup rasa Gula secukup rasa
BAHAN KISAR: 1 biji bawang besar 1 sudu makan serbuk kunyit @ kunyit hidup 5 ulas bawang putih 10 biji cili padi hijau –beli online disini 5 tangkai cili kering – beli online disini 1.5 sm lengkuas | dihiris dulu baru dikisar
Ads
10 biji cili api merah dan hijau untuk masuk terus dalam kuah Timun | hiris tebal Satu ikat kecil kacang panjang | dipotong dan diasing *Ketiga bahan ini masuk akhir sekali bila gulai dah masak.
CARA MEMASAK : 1. Mulakan kisarkan bahan-bahan untuk di kisar .
2. Ikan tongkol rebus dulu letak air paras ikan aje, Nanti air ikan akan keluar. Masukkan asam keping dan garam masak hingga tinggal separuh.
3. Santan, cili api merah dan hijau, kacang panjang dan timun celur asing, masukkan akhir sekali bila gulai dah masak.
4. Masukkan santan dan bahan kisar di dalam periuk,masak dengan api sederhana hingga pecah minyak. Sentiasa kacau supaya santan tidak berketul. 5. Bila kuah dah menggelegak masukkkan ikan bersama air rebusan ikan tadi. Perasakan dengan garam dan gula.
6. Masukkan kacang panjang, timun dan cili api, tunggu seketika boleh tutup api.
RESIPI BONUS SAMBAL NASI BERLAUK :
*cili besar merah,cili api,limau kasturi,cuka,garam & gula. Kisar semua
Kadangkala kira rasa blur tak tahu apa nak masak. Macam semua benda dah kita buat. Kan? Nah, RASA berikan idea untuk anda masak malam nanti.
AYAM PANGGANG KENTANG BERKEJU
Bahan-bahan
500 gram isi dada ayam (potong dadu)
2 biji kentang (belah empat)
1/2 biji cili benggala hijau (potong dadu)
1/2 biji cili benggala merah (potong dadu)
1 biji bawang Holland (potong dadu besar)
2 tangkai daun rosmary segar
1 sudu teh serbuk thyme
1 sudu teh empingan cili
1 sudu teh serbuk lada hitam
4 sudu makan minyak zaitun
2 sudu makan yogurt
½ cawan parutan keju
3 sudu minyak zaitun
1/2 biji lemon (jus sahaja)
Garam secukup rasa
Cara memasak
1. Campurkan ayam, kentang, cili benggala merah dan hijau, bawang Holland, daun rosemary, serbuk thyme, serbuk lada hitam, empingan cili, jus lemon, yogurt dan minyak zaitun. Gaul rata.
2. Perap lebih kurang 15 minit di dalam peti sejuk.
3. Sementara itu panaskan ketuhar dengan kepanasan 180C.
4. Keluarkan ayam dan letakkan di atas aluminium foil dan taburkan parutan keju di atasnya.
5. Balut bahan perapan dan kemaskan balutan.
6. Akhir sekali bakar dalam ketuhar lebih kurang 15 minit.
7. Keluarkan dari ketuhar dan sedia dihidangkan panas-panas.
DENDENG DAGING BERLADO
Bahan-bahan
500 gram daging (rebus dan hiris nipis dan lebar)
10 biji cili merah
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 biji tomato (potong dadu)
1 batang serai (ketuk)
2 cm halia
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Sedikit air rebusan daging
Cara memasak
1. Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih dan cili merah. Ketepikan.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging yang telah direbus terlebih dahulu hingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang telah ditumbuk kasar tadi hingga terbit harum.
4. Setelah itu masukkan daging yang telah digoreng tadi. Tambahkan serai dan hirisan halia. Perasakan dengan garam, dan gula secukup rasa.
5. Jika suka, tambahkan sedikit air rebusan daging agar tidak kering. Masak hingga semua rempah meresap ke dalam daging.
6. Angkat dan sedia dimakan dengan nasi panas.
IKAN MASIN JENAHAK SAMBAL PETAI
Bahan-bahan
100 gram isi ikan masin jenahak (dipotong dadu)
100 gram isi petai
1 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang merah (dikisar kasar)
2 ulas bawang putih (dikisar kasar)
3 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan air asam jawa
1 sudu makan sos cili
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
Cara memasak
1. Cuci ikan masin dan petai kemudian toskan berasingan.
2. Panaskan minyak goreng ikan masin dan petai secara berasingan dan ketepikan.
3. Keluarkan minyak tinggalkan sedikit untuk menumis.
4. Tumiskan bawang merah dan putih kisar hingga wangi kemudian masukkan pes cili.
5. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa dan pecah minyak.
6. Masukkan ikan masin dan petai kemudian gaul rata.
7. Tutup api dan hidangkan.
Selalu kan bila kita goreng ikan masin, bila keluar dari kuali kepalanya tertanggal. Isinya juga mudah hancur. Sudahnya ikan masin goreng tu tak molek rupanya bila dihidang atas pinggan.
Ada teknik dan petuanya kalau nak hasil ikan goreng masin nampak sempurna. Ni min kongsikan petua turun temurun yang diamalkan oleh Norlaili Hashim dari Pekan, Pahang ini. Senang aje petuanya.
PETUA 1 :
BAHAN-BAHAN :
Ikan gelama masin Tepung gandum
Langkah petuanya ; 1. Bersihkan ikan dan buang siripnya
2. Ambil satu sudu tepung dan letakkan pada ekor ikan masin.
3. Ratakan sapuan pada ekor
4. Kemudian barulah panaskan minyak dan goreng ikan masin hingga garing.
Foto : shipton-mill.com
PETUA 2 :
BAHAN-BAHAN :
Ikan masin
Langkah petuanya : 1. Setelah dibuang siripnya basuh ikan masin pada air mengalir.
2. Usah merendam ikan masin. Cara ini akan membuatkan ikan masin jadi lembut dan apabila digoreng akan hancur.
Senang kan, jom ikut petua ini.
Sumber : Norlaili Hashim
ANDA SEDANG MENCARI AIR FRYER TERBAIK, JOM LAYARINYA DI SINI.
Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai, Dapat Yang Ni Confirm Tak Cari Lauk Lain! Tengah musim durian pula sekarang ni memang sesuai lah masak menu macam ni.
Memang sedap bila dapat makan Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai. Makan pula dengan nasi panas, memang boleh buat makan bertambah-tambah. Yang nak diet tu, tangguh dululah dietnya. Bila sudah ada Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai, tak perlulah lauk-lauk lain. Lauk ini sahaja sudah cukup membuka selera. Jom kita cuba resipi Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai seperti yang dikongsikan oleh Muhammad Muktamin Abdul Karim
RESIPI SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS PETAI
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk tempoyak *sukatan ikut suka
Kunyit hidup/serbuk kunyit secukupnya – beli online
Segenggam cili api/padi *ikut level kepedasan – beli online
Garam secukup rasa – beli online
Gula secukupnya *tempoyak baru tak perlu
2 biji bawang besar
2 batang serai *diketuk
Segenggam atau lebih ikan bilis
5 papan petai
1 mangkuk minyak masak *atau secukupnya agar sambal tempoyak jadi kental dan agak garing,kalau tidak sambal akan kelihatan kering dan terlalu lembik
CARA MEMBUAT:
1. Tumbuk cili api bersama garam dan kunyit.
2. Goreng ikan bilis sehingga garing, asingkan.
3. Dengan minyak sama, tumis bahan tumbuk bersama bawang, serai dan tambah sedikit serbuk kunyit.
4. Masukkan tempoyak gaul rata dan biarkan masak sehingga agak garing, kemudian baru masukkan petai dan gaul rata.
5. Tutup api dan masukkan ikan bilis garing dan gaulkan rata. Sedap dimakan ketika panas bersama nasi putih.