Ikan Bawal Masak Kicap, hidangan ringkas yang mudah untuk disediakan. Goreng garing-garing ikan bawal dengan garam kunyit, makan dengan kuah kicap yang diletakkan bahan-bahan segar memang sedap.
Nak gunakan ikan lain sebagai ganti pun boleh ikut kesesuaian citarasa masing-masing. Garing diluar dan lembut di dalam, boleh rasa manis ikan segar yang enak. Bukan suami je suka, anak-anak pun mesti minta tambah nasi.
Nak cepat lauk sebegini memang sesuai. Goreng telur dadar dan juga ada ulam timun dah cukup menyelerakan. Boleh cuba yang dikongsikan oleh Puan Maryam Hussain ni nanti. Mesti tak menyesal!
RESEPI IKAN BAWAL MASAK KICAP
Bahan – bahan:
1 ekor ikan bawal
Ads
1 biji bawang kecil – dikisar
2 biji bawang putih – dikisar
1 inci halia – dikisar
1 biji bawang holland – dipotong kasar
2 biji tomato – dibelah 4
Sedikit daun ketumbar
Cili besar / cili padi ( jika suka pedas )
Kicap manis
Kicap pekat
Sos tiram
Ads
Sos ikan
Cara memasak:
Gaul ikan bersama garam dan kunyit. Goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan
Blend / tumbuk bawang kecil, bawang putih, dan halia
Panaskan minyak. Tumis bahan kisar tadi hingga naik bau
Masukkan cili kisar hingga pecah minyak. Kemudian, masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap manis, sos ikan. Perasakan dengan garam dan gula tapi hati hati kerana kicap sudah masin
Masukkan ikan yang digoreng tadi. Kemudian, masukkan tomato, daun ketumbar, cili padi dan bawang holland. Gaul sebati
Ini satu lagi resipi yang memang win dan kalau dimasak pasti makan bertambah-tambah. Tetapi kalau buat sambal ni, pastikan cili padi betul-betul masak supaya sambal tahan lebih lama. Anda boleh buat lebih dan gunakan sambal ini untuk resipi lain.
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan talapia sederhana besar } digoreng bersama garam dan kunyit. Ketepikan
20 biji cili api
10 batang cili hijau
2 biji bawang besar
2cm belacan
2 keping asam keping
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Kisar cili api, cili hijau, bawang besar dan belacan. Ketepikan.
2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis semua bahan yang telah dikisar hingga garing dan masukkan bersama asam keping.
3. Tumis hingga bahan kisar garing dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Apabila sudah masak, tuang sambal berkenaan di atas ikan yang telah digoreng tadi.
Alangkah enaknya dapat menikmati aneka hidangan Melayu asli seperti asam pedas, masak lemak cili padi, kari dan sebagainya lagi untuk hidangan sekeluarga atau rakan-rakan. Tak susah pun untuk anda cuba masak sendiri di rumah. Dijamin enak dan pasti puas hati.
1. ASAM PEDAS IKAN PATIN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan Patin – bersihkan, potong
20 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm halia
2 batang serai – ketuk
5-6 batang bendi
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Daun kesum secukupnya
Sedikit air asam jawa
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya
Cara membuat:
Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia. Ketepikan.
Panaskan minyak, tumis semua bahan yang dikisar tadi hingga terbit bau. Kemudian masukkan serai ke dalam periuk, masak hingga pecah minyak.
Masukkan air asam Jawa dan setelah mendidih, masukkan kepingan ikan patin.
Seterusnya masukkan daun kesum dan akhir sekali masukkan sayur bendi. Perasakan dengan garam secukup rasa. Biarkan seketika. Tutup api.
Sedia untuk dihidangkan.
2. AYAM MASAK LEMAK CILI API
1/2 ekor ayam – bersihkan, potong
1/2 kg santan
5 batang cili ap – ditumbuk halus
3 biji kentang – dipotong dadu
1 batang serai – ketuk
1 biji tomato – belah empat
2 sudu kecil serbuk kunyit
1 helai daun kunyit
Santan secukupnya
Air masak secukupnya
Garam secukupnya
CARA MEMBUAT:
Panaskan periuk dan masukkan sedikit air, separuh santan, serbuk kunyit dan serai ke dalam periuk. Kacau sedikit.
Setelah mendidih, masukkan ayam dan kentang dan tutup seketika supaya ayam dan kentang cepat masak.
Setelah ayam masak, masukkan lebihan santan tadi ke dalam periuk dan kacau sekata.
Masukkan tomato, cili merah dan daun kunyit untuk hiasan. Kacau seketika dan tutup api.
Siap untuk dihidangkan
3. KARI DAGING ISTIMEWA PAK KASIM
BAHAN-BAHAN:
1/2kg daging – bersihkan dan hiris
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 cm halia
-5 sudu besar serbuk kari daging
2 sudu kecil serbuk cili kering
3 biji kentang – dipotong dadu
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
Daun kari secukupnya
Santan secukupnya
Minyak masak secukupnya
Sedikit daun kari/daun bawang
CARA MEMBUAT:
Kisar bawang merah,bawang putih dan halia hingga lumat. Ketepikan.
Panaskan minyak, masukkan rempah kari daging dan serbuk cili kering ke dalam periuk. Kacau hingga naik minyak.
Kemudian masukkan kentang, daging dan separuh santan ke dalam periuk. Tutup periuk seketika.
Kemudian masukkan lebihan santan tadi ke dalam periuk. Perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau perlahan dan sebati. Tutup api.
Menjelang hari merdeka, banyak mengimbau kita akan nostalgia lampau. Terutamanya lauk pauk zaman nenek moyang kita dulu.Hari ni kita berkongsi resipi orang lama dari azianhasan. Kak Yan memang suka daun kadok. Kalau nampak ada jual di pasar, memang selalu beli. Rebus sampai lembut dan cicah dengan sambal belacan. Dah cukup sedap. Bila Kak Yan cuba buat otak-otak ikan dan guna daun kadok, lagi lah Kak Yan suka. Daun kadok ini bila dimasak, memang akan mengeluarkan satu bau. Ini yang menjadikan dan kadok ini istimewa. Rasa daun kadok yang agak lemak memang sesuai digandingkan dengan otak-otak. Jika tak berapa suka dengan rasa dan bau daun kadok, hanya guna daun pisang sahaja. Boleh juga masaknya menggunakan air fryer dengan suhu 180 darjah selama 15-20 minit.
Otak-Otak Ikan Daun Kadok Bahan-bahannya: 300g isi ikan (dikisar) 1 biji kuning telur 1 sudu besar tepung 4 keping daun pisang 10 keping daun kadok 10 toothpick
Bahan Sos 1 sudu besar cili kisar 4 sudu besar santan pekat 1/2 sudu teh serbuk kunyit-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu teh serbuk kari ikan-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu teh kicap cair 1 sudu teh garam 1 sudu besar jus limau 1 batang serai (dihiris halus) 1 helai daun kunyit (dihiris halus)
Cara membuat: 1.Campurkan ikan bersama telur, tepung jagung dan bahan sos. Gaul rata. 2.Letakkan campuran ke atas daun kadok dan daun pisang dibawahnya. 3.Balut dengan kemas dan sematkan ‘toothpick’ dan susun di atas pengukus. 4.Kukus selama 15-20 minit.
Kredit: azianhasan
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...