Anda dan keluarga suka makan ikan bakar? Ini dia resipi Sambal Perap Ikan Bakarperkongsian saudari Hazarina Zaini yang anda boleh cuba. Masak dan simpan dalam botol atau bekas. Boleh dijadikan stok di dalam peti sejuk. Bila-bila nak masak, tinggal ceduk dan lumur je. Mudah kan? Jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MEMBUAT SAMBAL PERAP UNTUK MASAK IKAN SIAKAP BAKAR
BAHAN-BAHAN: 2 ekor ikan siakap Garam Serbuk kunyit – beli online disini Daun pisang secukupnya Minyak masak Gula melaka @ gula kabung – beli online disini Air asam jawa secukup rasa Daun pandan Garam dan serbuk cukup rasa 2 biji limau kasturi
CARA MEMASAK: 1.Bersihkan ikan. Kelar isinya kemudian lumur garam dan serbuk kunyit di kedua-dua belah. Biarkan seketika.
Ads
2. Untuk menyediakan sambal, kisar semua bahan sambal perap hingga halus. 3. Panaskan minyak masak dalam kuali. Minyak perlu banyak supaya sambal betul-betul masak. Masukkan bahan kisar tadi.
4. Kacau bahan tumis setiap 5 minit supaya tidak hangit. 5. Bila sudah pecah minyak, masukkan gula melaka, air asam jawa secukupnya dan daun pandan. 6. Rasa dan jika perlu, masukkan garam dan serbuk secukup rasa diikuti perahan limau kasturi. Gaul rata dan pastikan rasa masam manis cukup sempurna. Padamkan api.
7. Ambil daun pisang dan letak sedikit sambal.
8. Letakkan ikan untuk dibakar.
9. Lumur sambal pada bahagian sebelah lagi dan tutup dengan daun pisang.
10. Bakar ikan guna api sederhana @ perlahan ikut pan masing-masing. Bakar selama 15 minit. 11. Selepas itu terbalikkan dan bakar sebelah lagi hingga ikan masak sempurna. 12. Ikan Bakar sedia dimakan bersama nasi panas dan ulam-ulaman.
Penat juga memikir lauk apa yang nak dihidangkan buat keluarga. Kalau buat masak lemak pasti ramai yang menggemari.Buat pula menggunakan ikan kembung dengan rasa lemak-lemak.
Kembung Lemak Kunyit
Bahan
2 ekor ikan kembung potong 2
Bahan blend:
Kunyit hidup 1 inci
1 bawang besar
7 tangkai cili padi
1 batang serai di ketuk
2 helai daun kunyit diracik halus
Santan pekat
Asam keping 2 keping
Timato 1biji belah 2
Cara memasak
– rebus bahan blend
-masukkan asam keping dan serai
-masukkan santan pekat
– perasakan garam dan gula
-masukkan ikan
-masukkan tomato
-perlahankan api masukkan daun kunyit
-siap untuk dihidangkan
Tips:
Asam keping boleh juga di gantikan dengan buah belimbing buluh untuk rasa yg lebih lazat
Sedapnya Gulai Ikan Bawal. Makan panas-panas dengan nasi putih memang layan. Ada pula sambal belacan sedap, lagilah bertambah makan. Bagi anda yang nak masak Gulai Ikan Bawal dan Sambal Belacan hari ni, resipi mudah perkongsian saudari Noor Baini Bakar ni antara yang boleh dicuba. Pasti puas hati.
CARA MASAK GULAI IKAN BAWAL SEDAP
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan bawal besar – potong 3
2 sudu makan cili kering kisar
6 sudu makan rempah kari ikan babas – campur sedikit air jadikan pes
1 genggam asam jawa – ramas dengan air secukupnya
1 kotak kecil santan
1 sudu makan cuka
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Sedikit air
Bendi, tomato dan cili hijau secukupnya
Minyak masak secukupnya
BAHAN HIRIS:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 ruas jari halia
BAHAN KISAR:
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 ruas jari halia
1 ruas hari lengkuas
1 batang serai
1 cawan air
BAHAN TUMIS:
1 sudu makan halba campur
Daun kari secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris bersama daun kari hingga garing. 2. Kemudian masukkan halba campur. Perlahankan api supaya halba tidak meletup-letup. 3. Masukkan bahan kisar. Masak lagi hingga air sedikit kering. 4. Seterusnya masukkan cili kisar. Masak lagi selama 15 minit. Jika rempah terlalu kering, tambah sedikit air. 5. Tambahkan pes kari. Masak guna api perlahan selama 30 minit sehingga rempah masak sempurna dan pecah minyak. Lagi lama rempah dimasak, lagi elok hasilnya. Tambah sedikit air supaya tidak hangit. 6. Masukkan air asam jawa. Jika mahu kari yang lebih berkuah, tambahkan air. Masak lagi hingga mendidih. 7. Masukkan satu kotak kecil santan. Boleh juga dikurangkan jumlahnya. 8. Seterusnya masukkan cuka. Ia bertujuan supaya ikan tidak lembik. 9. Tambahkan juga garam dan serbuk perasa. Kacau hingga sekata. 10. Masukkan bendi dan ikan. Biar hingga ikan masak. 11. Akhir sekali, masukkan tomato dan cili hijau. Masak seketika. 12. Sedia untuk dinikmati bersama nasi putih dan sambal belacan.
Mak-mak dan akak-akak yang masih bercuti dan tak tau masak apa malam ni, ini ada tiga menu ikan yang sedap dan boleh korang cuba kalau dah mula muak dengan menu daging. Cara masaknya mudah dan rasa tidak mengecewakaan. Kalau ada tetamu yang datang makan malam pun pasti berselera makan.
.KERABU IKAN TALAPIA BUNGA KANTAN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan Talapia | cuci bersih dan bakar
4 helai daun kaduk | mayang halus
1 kuntum bunga kantan segar | mayang halus
1 tangkai cili merah | mayang halus
5 biji cili padi | hiris halus
1 biji bawang merah | mayang halus
1 biji limau nipis | ambil jus
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Asingkan isi ikan Talapia dari tulangnya.
Masukkan dalam mangkuk, kemudian tambahkan ke dalamnya semua bahan hirisan.
Perahkan jus limau nipis.
Perasakan dengan sedikit garam dan gula.
Gaul rata sehingga cukup rasa.
PERCIK KEMBUNG DAUN KADUK BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan kembung | cuci bersih dan tos
1 cawan santan
4 helai daun kaduk | mayang halus
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Daun pisang secukupnya
BAHAN KISAR:
3 biji cili merah
5 biji cili padi
2cm kunyit hidup
1 batang serai
2cm halia
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras
CARA MEMASAK: 1. Balut ikan dengan daun pisang kemudian bakar tawar. 2. Sementara itu, sediakan kuah percik. 3. Masukkan bahan kisar dalam periuk bersama santan, kacau rata. 4. Renehkan di atas api sederhana. 5. Apabila kuah pekat, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 6. Setelah timbul minyak, taburkan hirisan daun kaduk ke dalamnya. 7. Kacau rata dan tutup api. 8. Buka pembalut daun pisang dari ikan. Letakkan ikan dalam pinggan hiding. 9. Tuangkan di atasnya dengan sos percik dan hidangkan.
.SAMBAL IKAN PARI MALBARI BAHAN-BAHAN:
500gm ikan pari | potong kecil, bersihkan dan tos
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan rempah kari ikan
1 sudu makan pes asam jawa
1 sudu makan sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis
BAHAN PENUMIS:
1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
2 biji bawang besar | mayang halus
4 ulas bawang putih | hiris
2cm halia muda | mayang halus
1 batang serai | titik
1 sudu teh rempah biji
CARA MEMASAK:
Gaulkan ikan pari dengan sedikit garam halus dan serbuk kunyit.
Panaskan minyak, kemudian goreng hingga masak. Ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga wangi.
Kemudian masukkan rempah biji dan daun kari.
Kacau dan kecilkan api. Baru masukkan campuran rempah kari dan serbuk cili.
Tambah sedikit air, pes asam jawa dan sos tomato.
Terus kacau hingga tumisan rempah masak atau terbit minyak.
Masukkan sos tomato, ikan yang telah digoreng, gaul rata.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah seimbang rasa pedas, masam, manis dan kari. Tutup api.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...