Garlic Butter Spread ni jika di pasaraya, sebotol kecil harganya boleh tahan mahal. Berbelas ringgit. Kalau nak tahu, anda boleh je buat sendiri di rumah guna bahan-bahan yang sangat ringkas. Malah kosnya berkali-kali ganda lebih murah tau. Nak cuba? Cikgu Afy Al Habibi ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
CARA BUAT GARLIC BUTTER SPREAD
BAHAN-BAHAN:
2 labu bawang putih – cincang halus (beli online DISINI)
Marjerin (sapuan ini tidak rasa masin. Jika mahu masin, tambahkan sedikit garam bukit)
CARA MEMASAK:
1. Panaskan 1 sudu makan merjerin guna api perlahan. Masukkan bawang putih cincang.
2. Setelah bawang telah naik bau dan sedikit garing, masukkan 2 sudu makan mixed herbs. Kacau rata. Bila mixed herbs tadi naik bau, padamkan api. Biarkan sejuk.
3. Dalam mangkuk lain, masukkan 9 sudu makan marjerin. Tambahkan tumisan bawang putih dan herba tadi. Gaul rata.
4. Simpan garlic spread butter dalam bekas kedap udara.
Ads
5. Untuk menikmati garlic spread ni, sapu tipis pada roti sebelum dibakar.
6. Bakar atas non-stick pan. Lebih garing roti, lebih sedap rasanya.
7. Selain disapu pada roti, anda juga boleh menggunakan sapuan ini untuk menyediakan apa-apa sajian kegemaran anda.
Jom cuba buat Kerepek Biji Durian. Maklumlah, durian harganya memang mahal. Sebiji sahaja boleh mencecah puluhan ringgit. Itu belum lagi jika anda beli durian gred premium seperti D24, Musang King, Duri Hitam dan sebagainya. Jadi, alang-alang dah mahal tu, jangan membazir. Bijinya tu boleh dijadikan kerepek. Saudari Zakiah Abdullah ada kongsikan resipinya. Jomcuba!
RESIPI KEREPEK BIJI DURIAN
BAHAN-BAHAN:
Biji durian
Garam halus
Minyak masak
CARA MEMASAK:
1. RENDAM
Kalau nak buat kerepek, biji durian seelok-eloknya direndam semalaman supaya senang nak buang bahagian buah dan sedikit kulit yang masih melekat pada biji durian.
2. KERINGKAN
Selepas dibersihkan, jemurkan biji durian tadi supaya kering sedikit. Jika tidak, biji durian ini akan berlendir seterusnya menyukarkan proses menyagat nanti.
3. SAGAT
Sagat biji durian mengikut ketebalan yang anda gemari. Sebaiknya, sagat nipis supaya kerepek mudah rangup apabila digoreng.
4. GORENG
Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan. Toskan minyak.
5. TAMBAH GARAM
Sebagai penambah rasa, taburkan sedikit garam halus. Gaul rata. Sedia untuk dinikmati!
Selalu hujung minggu cuti masak kan? Jadi, saya nak kongsikan 5 resipi yang ringkas untuk hari Isnin sehingga Jumaat. Resipi yang akan saya kongsikan ini berasaskan Ayam, Daging, dan Tempe. Ada satu lauk ni je sehari pun takpe!
Nak fikir lauk apa nak masak setiap hari bukan benda yang mudah, sebagai surirumah pasti risau masakan yang disediakan tak dijamah kerana tidak bersesuaian dengan citarasa ahli keluarga. Tapi tidak mengapa, saya pasti menu yang bakal saya kongsikan ni boleh menepati citarasa sekeluarga. Tinggal masak nasi dah boleh santap menu ni semua. Jom cuba!
Apa benda yang bergulung tu ? Haah ni ada resipi yang intinya digulung dengan ‘crepe’ tepung. Dalam resipi ni ada yang menggunakan kulit popiah dan tortilla.
Janji ada daging dan sayur-sayuran memang ‘meletop’ rasanya. Snek sihat sedap dimakan petang dan pagi. Cubalah nanti ya.
1.MALAYSIAN ROLL WITH SHRIMP BASIL
BAHAN-BAHAN : Bahan inti :
¼ cawan daun selasih (basil) segar | dibilas dan keringkan, dicincang
6 ekor udang saiz sederhana | masak celur dan potong dua
½ cawan parutan lobak merah
½ cawan sengkuang yang diparut
20gm badam panggang | ditumbuk kasar
3 helai daun salad merah, buangkan urat daun jadikan 6 bahagian
Kulit popiah secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Didihkan air dan celur kesemua sayur-sayuran. Toskan dan bilas selama 30 minit. 2. Rasa inti dan perisakan dengan gula dan garam dan gula, campurkan badam.Gaul sebati. 3. Masukkan inti ke dalam mangkuk dan ketepikan. 4. Tebarkan sekeping kulit popiah di atas papan canai. Letakkan salad di atas kulit popia dan letakkan inti di atas salad, lipatkan di kedua belah hujung popia dan gulungkan.
Saiz hidangan : 5-6 orang Waktu memasak :30 minit Cara memasak : Digaul tanpa masak Jenis masakan : Kudapan Keistimewaan : Sedap dihidangkan bersama mentega kacang
Info Chef : Kacang badam dicampur bersama sayur-sayuran menambahkan vitamin dan khasiat. Badam kaya dengan vitamin E,lemak sihat , serat, protein dan magnesium yang diperlukan oleh tubuh sihat.
2. CHICKEN VEGETABLE WRAP
BAHAN-BAHAN :
1 sudu makan minyak sayuran
1 biji bawang besar | dicincang halus
1 ulas bawang putih | dicincang halus
3 cawan ayam rebus tanpa kulit dan telah disiat-siat
3 cawan salad ‘iceberg lettuce’ | dicincang
¾ cawan tomato yang didadu
11/2 cawan keju cedar yang diparut
1 cawan pistachio panggang
1 cawan kacang pis hijau | toskan selepas dikeluarkan dari tin
6 keping tortillas (diperbuat dari tepung)
CARA MEMASAK : 1. Pijarkan minyak di dalam kuali dengan api yang sederhana. 2. Masukkan bawang dan masak hingga lembut, kira kira 3 minit. 3. Masukkan bawang putih dan masak, kacau selama seminit 4. Masukkan ayam, kacau dan masukkan garam. Biarkan masak 1 hingga 2 minit. 5. Kemudian letakkan tortilla ditengah dua kertas/tisu gulung yang dilembabkan (paper towels) dan masukkan di dalam ketuhar mikro selama 10 saat untuk melembutkan tortilla 6. Sudukan dengan salad di atas setiap satu kepingan tortilla, kemudian letakkan ayam, sayurr, keju cedar, kacang pis dan pistachio. 7. Gulung dan kerat dua. Sajian siap dihidang.
Saiz hidangan : 5-6 orang Waktu memasak : 20 minit Cara memasak : Tumis Jenis masakan : Kudapan sandwich ala burrito Keistimewaan : Inti yang lebih lemak dengan kacang pis dan pistachio
Info Chef; Kandungan kacang pis dan pistachio dipercayai dapat meningkatkan kadar imunisasi badan dan mengurangkan risiko penyakit darah tinggi. Sajian rendah lemak yang menyihatkan.
3. CHICKEN BURRITO
BAHAN-BAHAN :
1 sudu makan minyak masak
1 biji bawang holland /dicincang halus
1 ulas bawang putih/ dicincang halus
100 gm dada ayam/ dipotong kecil
Garam secukup rasa
6 keping tortilla jagung /dibeli siap dari pasaraya
3 cawan salad /dipotong kecil
1 1/2 keju cheddar parutan keju
1/4 sudu teh garam
Bahan sos burrito:
3 sudu makan mayonis
1 sudu teh serbuk paprika
2 sudu makan sos lada hitam
* Dicampur sekali
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak di dalam kuali, api sederhana 2. Masukkan bawang besar dan masak hingga lembut, kira-kira 3 minit. 3. Masukkan bawang putih dan masak, kacau 1 minit 4. Masukkan ayam dan 1/4 sudu teh garam. Masak hingga empuk, ketepikan. 5. Panaskan kepingan tortilla jagung mengikut arahan di bungkusan. 6. Letakkan salad di atas setiap tortila, letakkan ayam yang dimasak tadi, dengan parutan keju chedar dan sos burrito. Gulung tortila dan potong dua.
Saiz hidangan : 2 orang Waktu memasak : 10 minit Cara memasak : Goreng Jenis masakan : Mexico Keistimewaan : Sajian sihat salad dan ayam bersos keju dan burrito
INFO CHEF: Sajian ini sunguh mengenyangkan, sandwic versi Mexico. Sedap dihidang dengan ‘hash brown’
4. HO CHI MINH SPRING ROLL
BAHAN-BAHAN :
170 gm soo hoon (dicelur)
6 ekor udang saiz sederhana (dicelur)
12 keping kulit popia (dicelur)
BAHAN INTI :
1/2 kubis china (dihiris halus)
200 gm lobak merah (dihiris halus)
200 gm timun (dihiris halus)
200 gm saderi (dihiris halus)
200 gm salad Cina (chinese lettuce) (dihiris halus)
50 gm parsli Cina (dihiris halus)
50 gm selasih Thai (sehelai-helai)
50 gm daun ketumbar (dihiris halus)
50 gm taugeh
BAHAN SOS :
1/2 sudu teh sos ikan
1/4 sudu teh gula
1 ulas bawang putih
2 biji cili padi
Air panas secukupnya (1-2 sudu makan)
CARA MEMASAK :
1. Celur soo hoon dalam air mendidih dan terus tos. Kemudian celurkan udang dalam air mendidih sehingga masak. Kulit popia direndam air biasa hingga lembut.
2. Kemudian sediakan dan susun bahan inti di dalam dulang.
3. Susun dan tebarkan kulit popia letakkan 2 ekor udang sedikit soo hoon, daun selasih, taugeh, lobak merah, saderi, daun ketumbar dan salad cina dalam setiap popia.. Biarkan sedikit ruang kosong di kedua hujung kulit popiah untuk membalut.
4. Gulung atau balut ikut kreativiti anda.
5. Di dalam mangkuk kecil campurkan sos ikan, air panas, bawang putih, gula dan cili padi. Jika suka anda boleh masukkan kacang tumbuk.
6. Hidangkan popia Ho Chi Minh dengan sos .
INFO CHEF : Sajian ini adalah sajian salad yang menyihatkan padat dengan sayur-sayuran segar.
Saiz hidangan : 4 orang Waktu Memasak : 3 jam Cara Memasak : Celur Jenis masakan : Vietnam Keistimewaan : Kudapan sesuai untuk mereka yang mementingkan menu sihat.
Resipi sambal kicap Johor yang sedap, padu dan tahan lama! Cicah apa pun jadi — dari pisang goreng hingga soto. Resipi mudah Ani Zam ni memang wajib cuba.