Biasa makan nasi ada telur goreng mata, nikmat sungguh rasanya.Tidak kurang juga yang suka makan telur sarang. Makan laksa ada telur sarang di atasnya barulah lengkap. Ada cara nak menghasilkan telur sarang agar ia jadi sempurna. Boleh ikut cara berikut untuk menghasilkannya dengan jaya.
CARA BUAT TELUR SARANG
Bahan-bahan: 1 biji telur 2 ½ sudu besar air putih/paip Garam pink- sikit kalau nak Minyak yang banyak
Cara membuat: 1.Panaskan kuali dengan api yang besar, tuang minyak yang banyak.
2.Kacau telur, masukkan air, kacau lagi dengan laju sampai berbuih-buih telur 3.Kemudian tuang telur dalam minyak yang panas, Tarik mangkuk tinggi-tinggi supaya telur tu jatuh dengan tali halus dalam kuali lalu merebak ke seluruh minyak. 4.Tutup api besar/kecilkan api. 5.Bila dah nampak tepi garing, boleh terbalikkan.
6.Terbalikkan lagi sekali bila dah garing. angkat dan toskan.
37748834_10216682840813233_443778432162070528_n
7.Kalau tak suka telur garing sangat, boleh kurangkan waktu memasak. Kredit:Yaya Ismail
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Ubi kayu sejenis ubi yang sinonim dengan masyarakat Melayu kerana dari ubi kayu terhasilnya pelbagai jenis makanan yang ternyata sedap olahannya, terutama kuih muih tradisional yang diperbuat dari ubi kayu. Antara yang disukai ramai hingga sekarang adalah talam dan bingka ubi kayu. Bagaikan terasa kenyal tekstur dan lemak manis rasanya. Kalau korang nak cuba, berikut RASA kongsikan resipinya
BINGKA UBI KAYU BAHAN-BAHAN:
1kg ubi kayu | parut dulu baru timbang
2 cawan air
1 cawan santan pekat
3/4 cawan gula kastor
1/2sudu teh garam halus
Sedikit mentega
CARA MEMASAK:
1. Ubi yang telah diparut dicampur dengan air lalu tapis. Biarkan ubi di dalam tapisan selama 20 minit.
2. Buang air dari tapisan ubi tadi perlahan-lahan tetapi ambil lapisan sagu yang liat lalu tuang ke dalam mangkuk.
3. Satukan ubi yang telah ditapis tadi bersama gula, garam dan pewarna makanan ke dalam mangkuk berisi sagu ubi tadi lalu kacau rata.
4. Sapu loyang pembakar dengan mentega. Tuang adunan ubi tadi ke dalam loyang dan ratakan. 5. Boleh juga tambah sedikit mentega dibahagian atas adunan ubi.
6. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 45 minit atau hingga bingka masak.
7. Sejukkan dan potong.
TALAM UBI BAHAN-BAHAN: A: LAPISAN BAWAH:
800gm ubi kayu | parut dulu baru timbang
300ml air
150ml santan pekat
250gram gula
Pewarna kuning
B: LAPISAN ATAS:
800ml air
320ml santan pekat
100gram tepung beras
80gram tepung ubi
80gram tepung gandum
2 sudu teh garam halus
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan A lalu kacau sebati.
2. Tuang ke dalam periuk lalu didihkan atas api yang sederhana. Kacau hingga pekat.
3. Sediakan loyang yang dialas dengan plastiK.
4. Tuang adunan A tadi ke dalam loyang dan ratakan.
5. Kukus selama 40 minit.
6. Dalam mangkuk lain, satukan semua bahan B lalu kacau sebati.
7. Tuang ke dalam periuk lalu didihkan atas api dengan api sederhana. Kacau hingga naik wap.
8. Tuang adunan B ke dalam loyang berisi adunan A yang telah dikukus tadi. Kukus kuih talam selama 30 minit lagi.
9. Sejukkan dan potong mengikut cita rasa dan sedia dihidangkan.
Sedapnya Agar-AgarKering. Dulu-dulu, bila tiba musim nak raya je, ni lah antara kudapan yang nenek serta mak-mak kita duk buat. Cantik je bila disusun dalam balang kuih. Anda nak belajar buat? Jom cuba resipi perkongsian dari saudari Auni Azalia ini. Pasti puas hati.
RESIPI AGAR-AGAR KERING TRADISI
BAHAN-BAHAN:
200gm agar-agar tali
1kg gula batu
3kg gula pasir
5 liter air ( sukat dengan botol mineral 1liter )
Pewarna makanan
CARA-CARA: 1. Rendam agar-agar tali sekejap di dalam air supaya lembut. 2. Masukkan air ke dalam periuk dan masukkan agar-agar tali yang sudah dibasuh tadi. 3. Didihkan dan masukkan gula batu dan gula pasir. 4. Masak guna api sederhana hingga agar-agar dan gula larut sepenuhnya. 5. Bahagikan cecair agar-agar kepada beberapa bahagian dan warnakan dengan pewarna makanan.
6. Tuang ke dalam loyang yang sesuai dan sejukkan hingga beku. 7. Setelah agar-agar beku, potong guna pemotong agar-agar dengan ketebalan sederhana.