Anda suka makan Kuih Dangai? Boleh cuba resipi Dangai Kukus perkongsian Puan Nurul Hairi. Rupanya kuih ini sangat mudah untuk disediakan. Jadi jika ada kelapa parut, boleh cuba buat kuih ni. Tak perlu bakar pun tau. Kukus sahaja. Rasanya sama enak dengan Kuih Dangai bakar. Sangat berbaloi untuk dicuba. Jom lihat cara-caranya.

CARA MEMBUAT KUIH DANGAI KUKUS (ANGGARAN 26 BIJI SAIZ LOMPANG KECIL)

Resipi Dangai Kukus Sedap & Mudah, Guna Acuan Lompang
BAHAN-BAHAN:
3 cawan kelapa parut putih
1 cawan tepung pulut – beli online disini
Sedikit garam
Gula merah atau gula melaka secukupnya – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Masukkan 3 cawan kelapa parut putih bersama 1 cawan tepung pulut dan sedikit garam.
2. Gaul manja semua bahan hingga sekata.
3. Masukkan 1 sudu penuh kelapa parut tadi ke dalam acuan. Tekan sedikit kelapa dan buat lubang di tengah.
4. Masukkan 1 sudu kecil (membukit) gula merah atau gula melaka.
Resipi Dangai Kukus Sedap & Mudah, Guna Acuan Lompang 5. Sediakan air kukusan. Nak lebih wangi, masukkan 4 helai daun pandan ke dalam air kukusan tersebut untuk aroma yang lebih wangi.
6. Setelah itu boleh kukus Kuih Dangai tersebut sehingga kuih masak.
Resipi Dangai Kukus Sedap & Mudah, Guna Acuan Lompang7. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Resipi Dangai Kukus Sedap & Mudah, Guna Acuan LompangResipi Dangai Kukus Sedap & Mudah, Guna Acuan Lompang
Kredit resipi & foto: Puan Nurul Hairi

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Suka makan? Dapatkan lebih banyak resipi harian yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

IKLAN

Buat Sendiri Risoles Sedap, Mudah & Tak Guna Banyak Bahan

Risoles Ragout Ayam. Sajian Minum Petang Sedap & Simple

Resipi Ikan Siakap 3 Rasa Cara Orang Thailand Masak

IKLAN

Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!

Resipi Tat Telur Sedap Buat Guna Roti Sandwich

IKLAN

 

Tonton lebih banyak video masakan terbaru yang mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI