3. Masukkan adunan yis tadi. 4. Uli sampai elastik. Jangan tambah tepung kalau lembik. Uli je sampai tak lekat di tangan. Nak doh yang lembut/ringan jangan tambah tepung ye. 5. Perap selama 30 hingga 45 minit.
6. Tumbuk doh dan uli lagi. Bahagikan kepada bahagian-bahagian kecil. Boleh timbang jika nak bagi berat setiap biji sama.
7. Buat bentuk bulat dulu. Bagi rehat dalam 10 minit. Tunggu doh kembang sikit. Baru tekan sikit doh, kemudian gunting kepada 5 bahagian. 8. Kemudian, baru bentukkan doh. Picit di bahagian hujung-hujung adunan tu. Bila dah bentukkan doh, bagi rehat lagi selama 20 minit.
9. Barulah goreng dengan menggunakan api sederhana je. Angkat dan toskan. 10. Tunggu sejuk baru golek dalam susu tepung ye (susu tepung tu saya guna susu anak je, susu Everyday).
Ads
BAHAN SALUTAN SUSU:
1 cawan susu tepung ½ cawan gula kastor *Gaul bahan di atas. Boleh golekkan donut dalam susu tepung.
Jom ubah selera berbuka, apakata kita masak Hainanese Chicken Chop.
Paling best menu Hainanese Chicken Chop ni adalah ayam yang besar dan rangup di luar, berjus di dalam. Dimandikan dengan sos yang lebih mild, tak muak dan rasa yang lebih fussion. Gerenti menggetar selera berbuka… Jom cuba!
HAINANESE CHICKEN CHOP
BAHAN-BAHAN:
Bahan untuk ayam :
1 ketul dada ayam (basuh bersih dan toskan) 2 sudu kecil oregano 1 sudu kecil serbuk lada sulah 3 sudu besar tepung (dicampur bersama oregano) 1 biji telur (dikacau) 4 sudu minyak masak/olive oil/sunflower oil. dengan lada sulah, Lea & Perrins sos, 2 sudu besar gula dan sedikit garam.
CARA PENYEDIAAN: 1. Perap ayam sekurang2nya setengah jam bersama oregano, lada sulah, dan garam, biarkan seketika sementara menunggu minyak panas. 2. Untuk salutan tepung, campurkan tepung bersama oregano dan salutkan ayam tadi bersama-sama dengan tepung. 3. Celupkan ayam yang sudah disalut tepung tadi kedalam telur, dan pastikan semua bahagian dicelup dan ditutupi telur, 4. oreng ayam tersebut kedalam kuali, dan pelahankan api supaya ayam tidak keras dan tidak terlebih masak. 5. Masak sehingga ayam tersebut sudah kekuningan, toskan dan biarkan ditepi sementara menunggu sos hainan (sos masam manis) dimasak.
BAHAN SOS:
1 biji bawang merah-hiris halus 1 ulas bawang putih- hiris halus 1 sudu kecil oregano 1 sudu besar gula 1 sudu kecil garam 4 sudu besar sos tomato 3 sudu besar sos cili 2 sudu besar air 1/2 biji buah tomato – belah empat 1/2 cawan kacang pis hijau.
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak, dan tumis bawang merah dan putih sehingga naik bau dan layu.
2. Masukkan sos tomato dan sos cili, kacau sebentar sehingga pecah minyak sedikit. 3. Tambahkan air dan biarkan sehingga mendidih dan pekat sedikit.
4. Masukkan buah tomato yang dibelah empat, kacau dan tambah oregano, garam dan gula, rasa dahulu, jika rasanya sudah cukup masam manis, tidak perlu tambah gula atau garam. 5. Akhir sekali masukkan kacang pis hijau, tunggu 1 minit dan hidangkan bersama ayam yang dah digoreng tadi bersama kentang goreng!
P/s: Goreng jejari kentang dan hidangkan bersama ayam dan sos hainan
Dah malam malam gini tetiba rasa lapar pulak. Kalau dapat goreng nasi guna nasi baki tengah hari tadi sedap ni. Boleh makan sambil tengok tv..nyum..nyum.
Penggemar makanan pedas boleh cuba resipii nasi goreng yang ringkas. Makan ketika masih panas buat lagi teruja makan nasi goreng sotong pedas ini.
NASI GORENG SOTONG PEDAS
BAHAN-BAHAN:
Nasi putih (1 pinggan penuh)
BAHAN TUMIS:
1 biji lada merah
8 biji cili padi (tidak suka pedas kurangkan)
3 biji bawang (sederhana)
2 biji bawang putih
1/2 inci belacan
Sedikit ikan bilis (goreng ketepikan)
1-2 ekor Sotong (dipotong)
Kacang, lobak merah (atau sayur-sayur lain kegemaran anda)
Kicap manis
Kicap sotong
1 biji telur
Garam & perasa
Minyak
CARA MEMASAK:
Tumbuk lada merah, cili padi, bawang merah, bawang putih, belacan & masukkan sekali ikan bilis yang telah digoreng tadi (tumbuk jangan hancur sangat bahan tadi)
Panaskan sedikit minyak. Masukkan bahan tumbuk tadi goreng sekejap.
Masukkan sayur kacang panjang, lobak merah dan sotong.
Gaul rata dengan api sederhana. Masukkan kicap sotong dan kicap manis (sukatan agak-agak secukup rasa)
Pecahkan telur gaul rata dengan bahan tumisan tadi & masukkan nasi.
Kacau dan rasa jika tawar letaklah sedikit garam.
Goreng dalam 2 ke 3 minit &dan boleh tutup api. Sedia untuk dimakan.
INFO:
Boleh tukar berapa banyak kandungan cili padi yang anda suka. Ikut tahap kepedasan anda.
Boleh makan bersama ulam seperti timun, salad atau tomato.
Menu Arab memang kesukaan rakyat Malaysia. Aromanya yang berempah dan cukup wangi tu dari jauh dah boleh bau. Dah nikmati makanan berempah tu dibalas pulak dengan pencuci mulut lemak berkrim, terbaiklah.
Manisan Arab lemak berkrim dan manis itu kaya dengan rasa susu, mentega dan krim masakan yang lazat. Resipi dah ada dah ni, jomlah cuba asah skil masak menu Timur Tengah dulu, mesti famili anda teruja.
1. MANAKKISH
BAHAN-BAHANNYA :
1 keping roti pizza
10 gm zaitun hitam | dicincang halus
10 gm bijan
1/2 biji cili benggala hijau dan merah | dihiris hiris
1 biji tomato | dipotong bulat
3 sudu makan minyak zaitun
1 sudu teh garam
CARA MEMASAK : 1. Campurkan minyak zaitun, zaitun hitam yang telah dicincang tadi ke dalam mangkuk adunan. 2. Kemudian lenserkan minyak zaitun ke atas roti pizza dan taburkan kesemua bahan campuran tadi ke atas roti pizza tadi. 3. Akhir sekali hiaskan dengan cili benggala dan tomato di atas inti yang telah ditabur ke atas roti pizza tadi. 4. Bakar selama 15 minit dengan suhu 180 c.
Saiz hidangan : 5 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Sajian Arab untuk sarapan dan minum petang Keistimewaan : Gabungan zaitun dan bijan yang enak
Info Chef : Sesuai untuk mereka yang gemarkan ‘topping’ bukan daging. Sajian berkhasiat tanpa lemak atau rendah lemak.
2. LAMB SHANK BUKHARY
BAHAN-BAHAN :
4 ketul daging kambing shank (bahagian kaki bawah lutut /betis)
4 sudu makan rempah bukhary
3 sudu makan puri tomato
1.5 liter air stok rebusan daging
2 biji bawang besar /dikisar
10 ulas bawang putih/ diketuk
5 sm halia
2 batang kayu manis
50 gm daun ketumbar /dihiris halus
5 biji bunga cengkih
5 biji buah pelaga
5 biji bunga lawang
5 biji cili hijau /dipotong 2.5 sm
2 biji tomato dipotong empat
2 sudu makan minyak masak
2 sudu makan minyak sapi
Garam secukup rasa
Sedikit pewarna saffron
CARA MEMASAK : 1. Rebus daging sehingga 30 minit 2. Angkat dan keluarkan daging, ketepikan. 3. Panaskan oven pada suhu 250 celcius selama 10 minit. 4. Panaskan minyak masak dan masukkan sekali minyak sapi. 5. Tumis bawang besar dan bawang putih dan masukkan cili hijau berserta rempah ratus empat sekawan. 6. Masukkan pula rempah bukhari dan puri tomato, kacau dan tumis hingga pecah minyak. 7. Masukkan hirisan daun ketumbar dan tomato 8. Masukkan air rebusan kambing 9. Masukkan garam dan pindahkan kesemua bahan di dalam dulang pembakar dan tutup dengan kertas aluminium 10. Bakar di dalam oven selama 1 setengah jam pada suhu 250 celcius. Keluarkan dan ia siap dihidang.
Saiz hidangan : 4 – 6 orang Waktu memasak : 1jam 40 minit Cara memasak : Rebus, tumis dan bakar Jenis hidangan : Lauk utama Arab Keistimewaan : Sedap dimakan bersama nasi bukhari atau roti Naan/roti Arab
INFO CHEF: Semasa membersihkan daging buangkan tisu liat agar ia mudah empuk.
3. AYAM HANITH PANGGANG
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam (2 kg) / dipotong empat
2 sudu rempah hanith
1/2 sudu makan garam halus
1/2 sudu pewarna saffron
2 biji bawang holland /dimayang
1 biji lemon /dihiris bulat
CARA MEMASAK : 1. Campurkan dan gaul rata rempah hanith, garam dan pewarna saffron. 2. Ayam yang telah dibersihkan ditabur rata dengan rempah 3. Lapik lapisan aluminium di atas dulang, dan susun ayam di dalam dulang pembakar. 4. Taburkan bawang holland dan susun hirisan lemon di atas ayam. 5. Bakar dalam oven yang dipanaskan dengan suhu 250 darjah celcius selama 2 jam 6. Ayam masywi sedia dihidang
Saiz hidangan : 4-5 orang Waktu memasak : 2 jam Cara memasak : Bakar Jenis hidangan : Lauk utama Arab Keistimewaan : Jus ayam yang terhasil bercampur rempah sungguh lazat
INFO CHEF: Ayam biar diperap dengan bahan-bahan ramuan agar rasanya lebih sebati dan meresap ke dalam daging
4. BASBOSA
BAHAN-BAHAN :
500 gm semolina @ suji (tepung berbiji /kasar dibuat dari gandum durum )
250 ml air
250 gm gula
50 gm mentega @ minyak sapi /dicairkan
8 gm serbuk penaik
10 gm serbuk kulit kayu manis
1 sudu makan tahina (pes@ sos bijan)
350 gm sirap (campuran gula dan madu,)
300 gm kacang pistachio
CARA MEMASAK : 1. Campurkan semolina dengan serbuk kulit kayu manis, serbuk penaik dan gula hingga sebati. 2. Masukkan mentega yang dicairkan dan kemudian masukkan air secara sedikit sedikit sedikit. Gaulkan dan campurkan sekali sahaja. 3. Sapukan sos bijan di atas dulang pembakar. 4. Tuangkan campuran tadi perlahan-lahan di dalam dulang pembakar (ketebalan hanya 2 sm sahaja. 5. Biarkan campuran berehat selama 8-12 minit dalam suhu bilik, sebelum ia dibakar ( boleh juga dibuat pada sebelah malam untuk dibakar esoknya) 6. Letakkan kacang pistachio di atasnya dan tekan perlahan agar ia melekat pada permukaan. 7. Masukkan dulang ke dalam oven yang sudah dipanaskan, dan bakar selama 20 minit dengan suhu 180 darjah celcius. 8. Keluarkan dulang dan potong bentuk empat segi (5-6 sm) 9. Sambung bakar dalam suhu yang sama. Lagi 20 minit atau sehingga perang keemasan. 10. Keluarkan dulang dan tuangkan sirap panas di atas barbosa tadi. 11. Basbosa siap dihidang.
Saiz hidangan : 35 keping Masa memasak: 1 jam 40 min Jenis masakan : Manisan Cara memasak : Bakar Keistimewaan : Tepung semolina memberikan rasa lembut berbiji. Rasa yang manis dan berkacang dengan aroma kayu manis .
INFO CHEF: Untuk mendapatkan rasa yang lebih ‘kaya’ berkrim anda boleh menambahkan dua sudu makan susu tepung.
5. MOHALABIA MILK PUDDING
BAHAN-BAHAN :
1000 ml susu segar
80 gm tepung jagung
60 ml air
2 ml blossom water (esen dari bunga)
5 ml air mawar
100 gm gula
1/2 sudu teh esen vanilla
1 gm mastic @mistekah /jadikan serbuk (sejenis gam arab memberi perisa)
100 ml krim putar
100 gm kacang pistachio
5 gm serbuk kulit kayu manis
CARA MEMASAK : 1. Campurkan susu dan vanila ke dalam periuk, nyalakan api. 2. Selepas 10 minit apabila susu sudah menjadi panas, masukkan gam arab dan gula sambil mengacau hingga gula larut dalam susu. 3. Campurkan air dan tepung jagung sehingga pekat melekit. 4. Apabila susu mula mendidih, masukkan campuran tepung jagung sambil mengacau selama lima minit. 5. Perlahankan api selama lima minit. 6. Masukkan krim putar dan air mawar,sambil kacau perlahan-lahan. 7. Setelah itu alihkan periuk dari api, dan tuangkan mohalabia panas ke dalam bekas sesuai. 8. Biarkan sejuk selama 20 minit dan hiaskan dengan pistachio dan kulit kayu manis di atas 9. Simpan dalam peti sejuk dulu, setelah sejuk baru dihidang.
Saiz hidangan : 7 mangkuk (150 gm tiap satu) Masa memasak : 1 jam 30 min Jenis masakan : Puding Cara memasak : Didih dan reneh, dan dinginkan dalam peti sejuk Keistimewaan : Puding dingin lemak berkrim dan rasa susu yang enak
INFO CHEF : Anda boleh menambahkan biskut mentega sebagai lapisan bawah atau memasukkan serbuk koko di dalam susu jika anda mahukan rasa bercoklat.
6. UMM ALI
BAHAN-BAHAN :
8 biji telur
500 gm susu segar
500 gm krim masakan
200 gm gula halus (castor)
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
70 gm kelapa parut
500 gm puff pastri gulung * boleh dibeli di pasaraya
CARA MEMASAK : 1. Panaskan oven ke suhu 190 C, bentangkan gulungan pastri dan letakkan di atas kertas minyak yang dialas atas dulang pembakar. Bakar selama 15 minit atau sehingga perang. 2. Campurkan kesemua bahan-bahan hingga sebati dan masukkan di dalam satu bekas/kuali dan panaskan hingga suam. 3. Kemudian potongkan puff pastri yang dibakar kepada ketulan kecil dan masukkan di dalam mangkuk. Kemudian tuangkan campuran susu tadi ke atas puff pastri, biarkan direndam selama beberapa minit 4. Masukkan ke dalam bekas pembakar. 5. Masukkan ke dalam oven yang dipanaskan, dan bakar secara ‘steam bake’(meletakkan bekas berisi air di bawah loyang pembakar puff pasti tadi). 6. Sajian siap dihidang
Saiz hidangan : 8 orang Masa memasak : 1 jam 35 minit Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Puding tradisional negara Timur Tengah Keistimewaan : Lemak berkrim dan manis berempah
INFO CHEF : Boleh juga diletakkan kekacang seperti pistachio atau badam ke dalamnya. Umm Ali adalah pencuci mulut berasal dari Mesir. Ia seakan puding roti.