Kadang-kadang tu kan tiba-tiba je teringin lauk kenduri contohnya Daging Masak Hitam. Resipi yang di kongsikan oleh Rusfaniza Abu Yazid di Facebook ni memang pasti menjadi lauk daging masak hitam. Kalau tak percaya korang cuba dulu resipi ni nanti. Senang je rupanya nak masak daging masak hitam ni cuma kena bersabar lebih sikitlah, orang kata lagi lama menunggu lagi sedap hasilnya. Paling best, kalau korang masak lebih, boleh simpan dalam peti ais, dan panaskan semula bila nak makan kemudian hari nanti. Tapi pastikan korang simpan ikut kuantiti yang sedikitlah dan yang boleh dihabiskan terus selepas dipanaskan. Ni admin kongsikan resipi lengkap nak masak daging masak hitam.
DAGING MASAK HITAM
BAHAN-BAHAN:
Daging 2 kilo
kicap manis dan kicap pekat
cili kering 20 tangkai (kisar)
bawang besar 2 biji
bawang putih 10 ulas
halia 5-6 hiris
Ads
serai 2 batang
buah keras 5 biji
kismis 1 genggam(patutnya guna kismis hitam, x dak guna ja yg kuning)
jintan manis 1 sudu kecik
lada hitam 1 sudu kecik
CARA PENYEDIAAN:
1. Perap daging dengan kicap manis, kicap pekat dan cili kering kisar
2. Perap 2-3 jam.
3. Sementara tunggu daging kita kisar bahan-bahan ni dulu
4. Kisarkan bawang besar,bawang putih, dan halia
5. Kisarkan serai,kismis,buah keras,jintan manis, dan lada hitam
6. Minyak panas tumis 4 sekawan.. masukkan bawang kisar
7. Bawang dah garing masukkan rempah yang di kisar pulak
8. Pecah minyak macam ni masukkan daging, api perlahan jangan letak air nanti daging keluar air
Ads
9. Masak sampai kering, ikutkan tak payah tambah gula dan garam lagi dah ngam2 rasa tapi sebab saya suka manis letak juga 2 sudu
10. Nak kering macam ni api perlahan… 3 jam jugak la tapi berbaloi puas makan
11. Lepas panaskan hari ni makan lagi sedap… letak bekas kecil simpan dalam peti ais nak makan panaskan sahaja.
Terasa nak cuba masak Nasi Briyani Udang? Resipi perkongsian di FB oleh Eaim Lyna ni antara yang paling mudah & ringkas boleh puan-puan cuba.
RESIPI NASI BRIYANI UDANG RINGKAS
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras basmathi – dibersih dan rendam 30 minit
5 ulas bawang merah kecil – mayang halus
3 ulas bawang putih – mayang halus
1 inci halia – mayang halus
1 batang serai – dititik
1-2 helai daun bay
5 biji cili padi
1 biji cili merah – dipotong besar
250gm udang besar -dibuang kulit
2 sudu makan rempah biryani
2 sudu makan minyak sapi
2 sudu makan minyak masak
Rempah 4 sekawan
Kismis dan kacang gajus secukupnya
Garam secukup rasa
Sedikit pewarna kuning telur
2 ½ cawan air – untuk masak nasi
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam periuk. Kemudian tumis rempah 4 sekawan bersama bahan-bahan hiris hingga kekuningan.
2. Masukkan rempah briyani yang telah dibancuh dengan sedikit air. Masak hingga pecah minyak.
3. Seterusnya masukkan semua bahan-bahan lain termasuk udang ( kecuali pewarna kuning telur & garam). Bila udang hampir masak, masukkan garam secukup rasa.
4. Masukkan bahan tumis tadi ke dalam periuk nasi. Bila nasi dah masak, baru titiskan pewarna secukupnya. Biar seketika dan jangan gaul terlebih dahulu.
5. Siap untuk dinikmati. Boleh dimakan bersama sambal tumis, telur rebus ataupun kari.
Masyarakat Arab memang suka dengan sajian daging. Sajian seperti kebab dan shawarma ada sahaja dijual di restoran Arab di negara kita. Tetapi sebenarnya ada banyak lagi menu berasaskan daging yang cukup popular dari negara Timur Tengah ini.
Jom kita cuba masakan Arab yang sedap menyelerakan ni, Min kongsikan resipi dari Chef Suhaili Mohd Noor. Rugi kalau tak cuba.
1.BEBOLA DAGING KAMBING KEBAB DAN CENDAWAN BUTANG
BAHAN-BAHANNYA :
500 gm daging kambing kisar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 biji telur | dipecahkan telur dan kacau
300 gm serbuk roti
2 ulas bawang merah| dicincang
1 ulas bawang putih | dicincang
10 cendawan butang segar- dihiris dua atau empat
Garam secukup rasa
Sedikit perasa
Bahan perapan :
Setangkai herba thymes | dilurutkan daunnya
Setangkai herba rosemary | dilurutkan daunnya
1 sudu makan minyak zaitun
1 sudu makan serbuk paprika
CARA MEMASAKNYA:
1. Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam bekas adunan seperti daging kisar, jintan manis, jintan putih, serbuk etumbar, herba thymes, rosemary, serbuk roti, bwang merah, bawang putih, garam dan
perasa.
2 .Gaulkan dengan sebati dan masukkan telur tadi sebagai bahan pelekat supaya mudah dijadikan bebola.
3. Setelah disebatikan jadikan daging tadi sebagai bebola dan bakar di dalam oven dalam suhu 180 c, selama lebih kurang 15 minit. Masak separuh sahaja.
4. Kemudian setelah masak perap bebola daging kambing dan cendawan sebentar dengan bahan pemerap thymes dan rosemary. Cucukkan bebola daging berselang seli cendawan.
5. Kemudian bakar lebih kurang 1o mint dan sedia untuk dihidangkan bersama yogurt kambing.
Saiz hidangan : 6 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : Panggang Jenis masakan : Kebab Keistimewaan : Daging berjus dan gabungan cendawan segar nyata lazat
Info Chef : Anda boleh juga mencucukkan tomato ceri, timun, bawang jika mahukan variasi dalam sajian kebab ini.
2. SHAWARMA DAGING
BAHAN-BAHANNYA :
500 gm daging kisar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh paprika
1 sudu teh serbuk cili
2 ulas bawang merah | dicincang
1 ulas bawang putih | dicincang
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk perasa
2 sudu makan minyak untuk menumis
5 keping roti Arab | untuk digulung
BAHAN (tambahan inti) :
1 biji tomato | dihiris
Sedikit daun salad | dihiris
2 biji jeruk timun
50 gm buah zaitun | dihiris
Sedikit kentang goreng yang telah digoreng.
2 sudu makan mayonis
1 sudu makan sos cili
CARA MEMASAK :
1. Goreng bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan daging, jintan manis, jintan putih, serbuk ketumbar,paprika dan serbuk cili, garam dan serbuk perasa.
3. Gorengkan sehingga air daging kering.
4. Kemudian sejukkan sebentar.
5. Setelah sejuk, sediakan roti arab, masukkan daging, salad, tomato, jeruk timun, buah zaitun, kentang goreng mayonnaise dan sos cili.
6. Gulungkan ia dan masukkan ke dalam kuali leper atau dapur pemanggang dan biarkan ia masak.
7. Biarkan ia masak lebih kurang 3 minit dan balikkan kedua dua belah.
8. Setelah masak boleh dihidangkan bersama kentang goreng.
Saiz hidangan : 6 orang Waktu memasak : 20 minit Cara memasak : Panggang Jenis masakan : Ala sandwic Keistimewaan : Inti daging berempah dengan gulungan roti Arab yang enak
Info Chef :Resipi yang sama boleh juga digunakan untuk inti ayam. Jika ikut cara tradisional Arab, boleh diletakkan batu berbalut aluminium untuk menindih atas pemanggang supaya ia lebih mampat
dan cepat masak.
3. MUTTABAQ
BAHAN-BAHANNYA :
Bahan Inti Muttabaq:
500 gm daging kisar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk cili
1 biji bawang holland | dipotong dadu kecil
1 ulas bawang putih | dicincang
2 tangkai daun pudina
2 tangkai daun ketumbar
1 biji cili benggala hijau | dipotong dadu
2 biji telur
Garam secukup rasa
1 sudu makan minyak untuk menumis
Bahan roti :
1 1/2 cawan marjerin
3 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
1 1/2 cawan air
CARA MEMASAK : Inti daging Mutabbaq
1. Goreng bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan daging, jintan manis, jintan putih, serbuk ketumbar,paprika dan serbuk cili, daun pudina, cili benggala hijau garam dan serbuk perasa.
3. Gorengkan sehingga air daging kering.
4. Kemudian sejukkan sebentar.
5. Masukkan 2 biji telur untuk jadi pelekat.
Cara-cara membuat lapisan Mutabbaq
1. Masukkan kesemua bahan lapisan muttabaq.
2. Uli doh itu tadi sehingga lembut.
3. Biarkan rehat seketika.
4. Uli doh dengan penguli doh dan leperkan menjadi bulat sehinga menjadi betul-betul nipis.
5. Kemudian masukkan inti daging tadi dan lipatkan menjadi 4 segi.
6. Masak di dalam kuali leper dengan sedikit minyak.
7. Balikkan apabila ia menjadi keperang-perangan.
8. Masak sehingga ia betul masak di kedua belah..
Saiz hidangan : 4-5 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : Tumis dan goreng dengan minyak sedikit Jenis masakan : Roti Keistimewaan : Inti daging berempah dengan ramuan daun pudina
Info Chef : Boleh dimakan dengan yogurt atau sos tomato dan cili cili. Inilah nama asal murtabak, iaitu Muttabaq yang bermaksud dibungkus. Inti daging yang dibungkus.
4. SHISH TAWOOK
BAHAN- BAHAN :
3 keping dada ayam | dipotong dadu
Tomato ceri secukupnya
Cili benggala hijau secukupnya | dipotong dadu besar
Lidi untuk pencucuk
Bahan perapan:
2 sudu makan yogurt
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makanserbuk cili
1sudu teh gula
Garam secukup rasa
CARA MEMASAKNYA :
1. Campurkan kesemua bahan-bahan perapan di dalam mangkuk adunan.
2. Kemudian perapkan ayam yang telah dipotong dadu tadi selama lebih kurang ½ jam.
3. Apabila telah diperapkan cucuk kepingan ayam tadi berselang seli dengan tomato dan cili benggala.
4. Gril di dalam tempat gril atau bakar selama lebih kurang 10 minit atau sehingga masak dan keperang-perangan.
Saiz hidangan : 6 orang Waktu memasak : 20 minit Cara memasak : Panggang /gril Jenis masakan : Ala sate Keistimewaan : Isi ayam berjus tambah lazat dengan tomato ceri dan lada benggala bakar.
Info Chef : Boleh dihidangkan bersama salad dan sos bbq
5. KIBBEH
BAHAN-BAHAN :
300 gm daging kisar (inti)
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk cili
1 biji bawang holland | dicincang halus
1 ulas bawang putih | dicincang
2 tangkai daun ketumbar
1 sudu teh serbuk kayu manis
Garam secukup rasa
1 sudu makan minyak masak untuk menumis
Bahan untuk lapisan luar :
300 gm bulgur wheat atau nasi yang telah dimasak
3 sudu makan tepung gandum
Garam secukup rasa
1 sudu makan minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK :
1. Goreng bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan daging, jintan manis, jintan putih, serbuk ketumbar, serbuk cili, daun ketumbar, garam dan serbuk perasa. Ketepikan sebentar
3. Kemudian campurkan bulgur wheat atau nasi yang telah dimasak tadi, tepung ke dalam daging kisar untuk dijadikan bahagian lapisan luar.
4. Kemudian perasakan dengan garam dan gaul sebati.
5. Bentukkan lapisan luar dengan bentuk bujur kemudian masukkan inti daging tadi ke dalam bentuk bujur tadi.
6. Jadikan ia bentuk bujur dan goreng ke dalam minyak penuh.
7. Goreng sehingga warna bertukar coklat.
8. Angkat dan toskan.
9. Boleh dihidangkan dengan yogurt.
Saiz hidangan : 5 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : Tumis dan goreng Jenis masakan : Sajian Arab Keistimewaan : Inti yang berjus dengan lapisan kulit rangup
Info Chef: Kibbeh keras di luar dan lembut di dalam. Sesuai dimakan dengan yogurt atau mayonis.
Sedapnya Nasi Goreng Seafood Sotong perkongsian saudari Nurul Ateekah ni. Maklumlah, ramai yang suka makan Nasi Goreng sebagai hidangan makan malam. Guna perencah segera je tapi rasa macam beli sajian dari restoran. Nah…inilah masanya nak masak menu hebat tapi mudah untuk keluarga. Jom cuba!
CARA MASAK NASI GORENG SEAFOOD SOTONG
BAHAN-BAHAN:
Nasi putih – ikut sukatan pada perencah nasi goreng
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga masak. Angkat dan ketepikan. 2. Dengan menggunakan minyak yang sama, goreng telur. Angkat dan ketepikan. 3. Kemudian masak udang dan sotong hingga masak. Kemudian ketepikan. Jika nak masak waktu tumis bawang pun boleh. 4. Jika minyak berkurang, tambahkan sedikit minyak dalam kuali. 5. Tumis bawang putih hingga kekuningan. 6. Masukkan bawang merah. Tumis lagi hingga kekuningan. 7. Seterusnya masukkan cili hijau, cili merah dan cili kisar (jika suka pedas). Masak hingga pecah minyak. 8. Masukkan perencah nasi goreng diikuti dengan udang, sotong, cendawan dan sayur-sayuran. 9. Tambahkan nasi putih, ikan bilis yang telah digoreng dan telur yang telah digoreng pecah tadi. Gaul sebati. 10. Jika nasi kering, masukkan sos ikan anggarn 2 sudu makan. Gaul sebati dan rasa. 11. Bila nasi sudah berasap dan rasa sempurna, padamkan api dan sedia untuk dinikmati.
TIP: Jika mahu rasa nasi yan betul-betul sedap, masak ikut sukatan nasi di belakang pek perencah.
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...