Masyarakat Arab memang suka dengan sajian daging. Sajian seperti kebab dan shawarma ada sahaja dijual di restoran Arab di negara kita. Tetapi sebenarnya ada banyak lagi menu berasaskan daging yang cukup popular dari negara Timur Tengah ini.

Menu Timur Tengah Berasaskan Daging, Aromanya Sahaja Sudah Membuka Selera.

Jom kita cuba masakan Arab yang sedap menyelerakan ni, Min kongsikan resipi dari Chef Suhaili Mohd Noor. Rugi kalau tak cuba.

1.BEBOLA DAGING KAMBING KEBAB DAN CENDAWAN BUTANG

Menu Timur Tengah Berasaskan Daging, Aromanya Sahaja Sudah Membuka Selera.

BAHAN-BAHANNYA :

  • 500 gm daging kambing kisar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1 biji telur | dipecahkan telur dan kacau
  • 300 gm serbuk roti
  • 2 ulas bawang merah| dicincang
  • 1 ulas bawang putih | dicincang
  • 10 cendawan butang segar- dihiris dua atau empat
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit perasa

Bahan perapan :

  • Setangkai herba thymes | dilurutkan daunnya
  • Setangkai herba rosemary | dilurutkan daunnya
  • 1 sudu makan minyak zaitun
  • 1 sudu makan serbuk paprika

CARA MEMASAKNYA:
1. Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam bekas adunan seperti daging kisar, jintan manis, jintan putih, serbuk etumbar, herba thymes, rosemary, serbuk roti, bwang merah, bawang putih, garam dan
perasa.
2 .Gaulkan dengan sebati dan masukkan telur tadi sebagai bahan pelekat supaya mudah dijadikan bebola.
3. Setelah disebatikan jadikan daging tadi sebagai bebola dan bakar di dalam oven dalam suhu 180 c, selama lebih kurang 15 minit. Masak separuh sahaja.
4. Kemudian setelah masak perap bebola daging kambing dan cendawan sebentar dengan bahan pemerap thymes dan rosemary. Cucukkan bebola daging berselang seli cendawan.
5. Kemudian bakar lebih kurang 1o mint dan sedia untuk dihidangkan bersama yogurt kambing.

Saiz hidangan : 6 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Panggang
Jenis masakan : Kebab
Keistimewaan : Daging berjus dan gabungan cendawan segar nyata lazat

Info Chef : Anda boleh juga mencucukkan tomato ceri, timun, bawang jika mahukan variasi dalam sajian kebab ini.

2. SHAWARMA DAGING

Menu Timur Tengah Berasaskan Daging, Aromanya Sahaja Sudah Membuka Selera.

BAHAN-BAHANNYA :

IKLAN
  • 500 gm daging kisar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh paprika
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 2 ulas bawang merah | dicincang
  • 1 ulas bawang putih | dicincang
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk perasa
  • 2 sudu makan minyak untuk menumis
  • 5 keping roti Arab | untuk digulung

BAHAN (tambahan inti) :

  • 1 biji tomato | dihiris
  • Sedikit daun salad | dihiris
  • 2 biji jeruk timun
  • 50 gm buah zaitun | dihiris
  • Sedikit kentang goreng yang telah digoreng.
  • 2 sudu makan mayonis
  • 1 sudu makan sos cili

CARA MEMASAK :
1. Goreng bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan daging, jintan manis, jintan putih, serbuk ketumbar,paprika dan serbuk cili, garam dan serbuk perasa.
3. Gorengkan sehingga air daging kering.
4. Kemudian sejukkan sebentar.
5. Setelah sejuk, sediakan roti arab, masukkan daging, salad, tomato, jeruk timun, buah zaitun, kentang goreng mayonnaise dan sos cili.
6. Gulungkan ia dan masukkan ke dalam kuali leper atau dapur pemanggang dan biarkan ia masak.
7. Biarkan ia masak lebih kurang 3 minit dan balikkan kedua dua belah.
8. Setelah masak boleh dihidangkan bersama kentang goreng.

Saiz hidangan : 6 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Panggang
Jenis masakan : Ala sandwic
Keistimewaan : Inti daging berempah dengan gulungan roti Arab yang enak

Info Chef : Resipi yang sama boleh juga digunakan untuk inti ayam. Jika ikut cara tradisional Arab, boleh diletakkan batu berbalut aluminium untuk menindih atas pemanggang supaya ia lebih mampat
dan cepat masak.

3. MUTTABAQ

Menu Timur Tengah Berasaskan Daging, Aromanya Sahaja Sudah Membuka Selera.

BAHAN-BAHANNYA :

Bahan Inti Muttabaq:

IKLAN
  • 500 gm daging kisar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 1 biji bawang holland | dipotong dadu kecil
  • 1 ulas bawang putih | dicincang
  • 2 tangkai daun pudina
  • 2 tangkai daun ketumbar
  • 1 biji cili benggala hijau | dipotong dadu
  • 2 biji telur
  • Garam secukup rasa

1 sudu makan minyak untuk menumis

Bahan roti :

  • 1 1/2 cawan marjerin
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh garam
  • 1 1/2 cawan air

CARA MEMASAK :
Inti daging Mutabbaq
1. Goreng bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan daging, jintan manis, jintan putih, serbuk ketumbar,paprika dan serbuk cili, daun pudina, cili benggala hijau garam dan serbuk perasa.
3. Gorengkan sehingga air daging kering.
4. Kemudian sejukkan sebentar.
5. Masukkan 2 biji telur untuk jadi pelekat.

Cara-cara membuat lapisan Mutabbaq
1. Masukkan kesemua bahan lapisan muttabaq.
2. Uli doh itu tadi sehingga lembut.
3. Biarkan rehat seketika.
4. Uli doh dengan penguli doh dan leperkan menjadi bulat sehinga menjadi betul-betul nipis.
5. Kemudian masukkan inti daging tadi dan lipatkan menjadi 4 segi.
6. Masak di dalam kuali leper dengan sedikit minyak.
7. Balikkan apabila ia menjadi keperang-perangan.
8. Masak sehingga ia betul masak di kedua belah..

Saiz hidangan : 4-5 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng dengan minyak sedikit
Jenis masakan : Roti
Keistimewaan : Inti daging berempah dengan ramuan daun pudina

Info Chef : Boleh dimakan dengan yogurt atau sos tomato dan cili cili. Inilah nama asal murtabak, iaitu Muttabaq yang bermaksud dibungkus. Inti daging yang dibungkus.

4. SHISH TAWOOK

Menu Timur Tengah Berasaskan Daging, Aromanya Sahaja Sudah Membuka Selera.

IKLAN

BAHAN- BAHAN :

  • 3 keping dada ayam | dipotong dadu
  • Tomato ceri secukupnya
  • Cili benggala hijau secukupnya | dipotong dadu besar
  • Lidi untuk pencucuk

Bahan perapan:

  • 2 sudu makan yogurt
  • 1 sudu makan serbuk jintan manis
  • 1 sudu makan serbuk jintan putih
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sudu makanserbuk cili
  • 1sudu teh gula
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAKNYA :
1. Campurkan kesemua bahan-bahan perapan di dalam mangkuk adunan.
2. Kemudian perapkan ayam yang telah dipotong dadu tadi selama lebih kurang ½ jam.
3.  Apabila telah diperapkan cucuk kepingan ayam tadi berselang seli dengan tomato dan cili benggala.
4.  Gril di dalam tempat gril atau bakar selama lebih kurang 10 minit atau sehingga masak dan keperang-perangan.

Saiz hidangan : 6 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Panggang /gril
Jenis masakan : Ala sate
Keistimewaan : Isi ayam berjus tambah lazat dengan tomato ceri dan lada benggala bakar.

Info Chef : Boleh dihidangkan bersama salad dan sos bbq

5. KIBBEH

Menu Timur Tengah Berasaskan Daging, Aromanya Sahaja Sudah Membuka Selera.

BAHAN-BAHAN :

  • 300 gm daging kisar (inti)
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 1 biji bawang holland | dicincang halus
  • 1 ulas bawang putih | dicincang
  • 2 tangkai daun ketumbar
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu makan minyak masak untuk menumis

Bahan untuk lapisan luar :

  • 300 gm bulgur wheat atau nasi yang telah dimasak
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu makan minyak masak untuk menggoreng

CARA MEMASAK :
1. Goreng bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan daging, jintan manis, jintan putih, serbuk ketumbar, serbuk cili, daun ketumbar, garam dan serbuk perasa. Ketepikan sebentar
3. Kemudian campurkan bulgur wheat atau nasi yang telah dimasak tadi, tepung ke dalam daging kisar untuk dijadikan bahagian lapisan luar.
4. Kemudian perasakan dengan garam dan gaul sebati.
5. Bentukkan lapisan luar dengan bentuk bujur kemudian masukkan inti daging tadi ke dalam bentuk bujur tadi.
6. Jadikan ia bentuk bujur dan goreng ke dalam minyak penuh.
7. Goreng sehingga warna bertukar coklat.
8. Angkat dan toskan.
9. Boleh dihidangkan dengan yogurt.

Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Sajian Arab
Keistimewaan : Inti yang berjus dengan lapisan kulit rangup

Info Chef : Kibbeh keras di luar dan lembut di dalam. Sesuai dimakan dengan yogurt atau mayonis.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI