Ads

Resipi Dadih Homemade Sedap & Mudah, Confirm Jadi Kegemaran Anak-Anak

Dadih homemade memang sedap. Teksturnya yang lembut dan pelbagai rasa menjadikan manisan ini kegemaran ramai terutamanya kanak-kanak. Di pasaran memang terdapat banyak serbuk dadih segera yang dijual, namun anda juga boleh hasilkannya sendiri di rumah. Bukan sahaja lebih jimat, malah lebih mudah dan puas hati kerana boleh pelbagaikan perisa mengikut cita rasa sendiri.

Jom cuba resipi perkongsian saudari Ros Hatimah Homebakery ini. Sesuai dijadikan pencuci mulut ketika cuaca panas, majlis keluarga atau stok dalam peti sejuk untuk anak-anak.

Resipi Dadih Homemade Pelbagai Perisa

Resipi Dadih Homemade Sedap & Mudah, Confirm Jadi Kegemaran Anak-Anak

Bahan-Bahan Dadih Homemade

  • 20gm agar-agar bertali
  • 23 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 2 sudu teh garam
  • 1 tin susu pekat manis
  • 1 tin susu cair
  • 1 bungkus (200gm) krimer Coffeemate

Cara Buat Dadih Homemade Yang Mudah

  1. Satukan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga sebati.
  2. Buka api dan masak menggunakan api sederhana sehingga agar-agar larut sepenuhnya.
  3. Selepas itu, tapis adunan supaya tekstur dadih homemade lebih halus dan lembut.
  4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut jumlah perisa yang anda mahukan.
  5. Tambahkan sirap atau perisa pilihan seperti jagung, coklat atau tembikai susu bagi menghasilkan variasi rasa yang lebih menarik.
  6. Tuang adunan ke dalam bekas bersesuaian dan simpan di dalam peti sejuk sehingga beku.
  7. Dadih homemade ini memang enak dinikmati ketika sejuk terutama pada waktu tengah hari.

Idea Perisa Dadih Homemade Yang Boleh Dicuba

Resipi Dadih Homemade Sedap & Mudah, Confirm Jadi Kegemaran Anak-Anak

Antara perisa yang sesuai untuk dipadankan bersama dadih homemade ialah:

  • Sirap ros
  • Jagung manis
  • Coklat
  • Tembikai susu
  • Pandan
  • Strawberi
  • Oren

Resipi Dadih Homemade Sedap & Mudah, Confirm Jadi Kegemaran Anak-Anak

Ads

Anda juga boleh mencampurkan potongan buah-buahan kecil bagi menambah rasa dan tekstur yang lebih menarik. Jika sukakan rasa lebih berkrim, boleh tambahkan sedikit susu cair semasa menyediakan adunan.

Tips Hasilkan Dadih Homemade Lebih Sedap

  • Pastikan agar-agar dimasak sehingga larut sepenuhnya supaya tekstur dadih tidak berketul.
  • Gunakan api sederhana semasa memasak agar adunan tidak mudah melimpah.
  • Tapis adunan sebelum dituang ke dalam bekas untuk mendapatkan tekstur lebih licin.
  • Simpan dadih homemade sekurang-kurangnya 4 jam sebelum dinikmati untuk hasil yang lebih sempurna.

Resipi Dadih Homemade Sedap & Mudah, Confirm Jadi Kegemaran Anak-Anak

Resipi Dadih Homemade Sedap & Mudah, Confirm Jadi Kegemaran Anak-Anak

Ads

Memang mudah rupanya nak buat dadih homemade sendiri di rumah. Selain menjimatkan kos, anda juga boleh menghasilkan pelbagai perisa mengikut kreativiti sendiri. Sesuai dijadikan pencuci mulut untuk seisi keluarga.

Kredit resipi & foto: Ros Hatimah Homebakery 

Ads

 

Anda mungkin berminat dengan

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Tambah Tepung Jagung. Ini Rahsia Buat Dadih Sedap Tanpa Guna Serbuk Segera

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Pizza Margherita: Kisah Menarik Pizza Dari Makanan Orang Miskin Jadi Hidangan...

Pizza Margherita mempunyai kisah luar biasa daripada makanan rakyat miskin di Naples sehingga menjadi antara hidangan paling popular di dunia hari ini.