Sedapnya Creampuff. Inti kastard pula gebu bak aiskrim menjadikan manisan ini jadi kegemaran ramai. Namun ramai yang ‘takut-takut’ nak cuba kerana fikir ia susah dihasilkan. Anda pula macam mana? Teringin nak cuba buat sendiri? Resipi perkongsian saudari Syaza Atieyra ni antara yang terbaik. Kenapa? Sebabnya, resipi creampuff ni tidak kecut dan elok hasilnya bila siap dibakar. Jom lihat cara-cara penghasilannya.
Bangsa Johor mesti kenal kuih tradisional ni. Kaya dengan rasa labu lemak manis yang cukup berkhasiat. Kuih ni cukup popular di majlis kenduri kendara, jadi manisan untuk hantaran pun boleh. Bahan-bahannya cukup ringkas aje.
Ilmu buat kuih tradisional ni, anak-anak muda elok sangat belajar buat kuih ni. Ni perkongsian cara membuatnya dari Muzzammil Mustafa Sani dari laman webnya dapur.maskulin.com
KUIH KACAU LABU
BAHAN-BAHAN :
350 gram gula pasir
400 ml santan
500 ml air
50 gram tepung jagung | dibancuh dengan sedikit air
1.5kg labu
5 biji telur | dipukul kembang
2 helai daun pandan
Garam
CARA MEMASAK :
1.Masak santan bersama gula dan daun pandan hingga pekat.
2. Kemudian, masukkan telur, labu yang telah dibuang kulit, direbus dan dikisar halus bersama garam.
3. Kacau sebati. Sesudah itu, tuangkan bancuhan air tepung jagung ke dalamnya. Apabila sudah pekat, tuangkan adunan ke dalam loyang. Boleh dibekukan dalam peti sejuk jika suka.
4. Bentukkan kuih mengikut acuan yang digemari. Boleh juga dihias dengan halwa.
Di musim open house ini memang susah nak tolak makanan kerana juadah yang dihidangkan semuanya sedap. Anda yang sedang berdiet terpaksalah pandai memilih menu yang lebih sihat. Atau kalau anda sendiri nak adakan open house, RASA cadangkan cuba selitkan menu sihat seperti dessert Pai Campuran Buah & Oat yang dikongsikan ini. Pasti jadi pilihan tetamu anda yang ingin berdiet.
PAI BUAH –BUAHAN BERSAMA BIJIRIN OAT
BAHAN-BAHAN:
Bahan Isian:
1 biji epal hijau | dadu
6 biji strawberi | dadu
100gm buah blueberi segar – dadu
2 sudu makan gula
Bahan Toping:
150gm kepingan oat
100gm mentega
50gm tepung gandum
135gm gula perang
Sedikit serbuk kulit kayu manis
CARA MEMASAK:
Dalam satu mangkuk, campurkan semua buah yang telah dipotong dadu.
Campurkan bersama gula dan digaul rata.
Masukkan buah tadi ke dalam mangkuk cosserole kecil.
Untuk toping pula, gaul semua bahan hingga rata dan latakkan di atas buah tadi
Tutup keseluruhan permukaan dan bakar pai pada suhu 180C selama 30 minit.
Milo chocolate mousse ni memang sedap dimakan sejuk-sejuk. Kali ini RASA kongsikan resipi hidangan pencuci mulut yang ummmph.
Rasanya tak terlalu manis. Lemak berkrim je sebab menggunakan susu penuh krim. Milo dan coklat gelap pula menambah cita rasa wow.
MILO CHOCOLATE MOUSSE
BAHAN-BAHAN
1 ¾ cawan susu penuh krim 1/3 cawan tepung jagung 60gm serbuk milo 1 sudu besar serbuk koko 2 sudu besar gula 50gm coklat masakan gelap
CARA MEMBUAT:
1. Dalam periuk, satukan semua bahan kecuali coklat masakan gelap. 2. Kacau sebati sehingga tiada tepung yang berketul. 3. Masukkan coklat masakan gelap dan kacau rata. 4. Letak atas dapur, hidupkan api dan masak menggunakan api sederhana.
5. Sentiasa kacau sehingga adunan menjadi sebati dan likat. Tutupkan api. 6. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah dioles dengan sedikit minyak masak. 7. Sejukkan seketika dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam. 8. Untuk dihidang, keluarkan daripada acuan dan taburkan serbuk milo.