Chicken Nugget Stick ni nampak sangat sedap dan menyelerakan. Resipinya cukup mudah malah tidak menggunakan banyak bahan. Maklumlah anak-anak memang suka makan nugget. Kalau beli, kandungan garam serta lemaknya buat kita ragu-ragu. Jadi, puan-puan boleh cuba buat sendiri. Rasanya sangat sedap dan ‘moist’. Saudari Nurul Natasya Abidinada kongsikan resipinya. Memang berbaloi untuk cuba.
CARA MEMASAK: 1.Satukan semua bahan diatas dan sebatikan.
Ads
2. Ceduk adunan dan kepalkan pada batang aiskrim, chopstick atau lidi. Tetapi jika adunan susah melekat, bulatkan adunan guna sudu kemudian rebus terlebih dahulu. Kemudian barulah dicucuk pada lidi. Bekukan nugget yang telah dicucuk tadi.
3. Bila sedia untuk digoreng, celup nugget dalam bancuhan telur kemudian salutkan dengan campuran tepung gandum serta tepung jagung. 4. Goreng dalam minyak panas hingga garing keemasan. 5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Sambal Telur Hancur Cili Kering adalah lauk paling senang dimasak dikala buntu dan tak ada idea nak sediakan menu apa untuk keluarga tercinta. Ringkas dan tidak memerlukan banyak bahan. Rasanya yang pedas dan cukup berperisa, membuatkan ia enak dinikmati bersama nasi panas. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nurhayati Nasir ni. Pasti berselera.
CARA MASAK SAMBAL TELUR HANCUR CILI KERING
BAHAN-BAHAN:
Cili kering secukupnya
1 biji bawang merah
3 biji telur
Air asam jawa secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Kisar cili kering & bawang merah. Jumlah cili kering boleh gak-agak sahaja.
2. Panaskan kuali, tuang minyak masak. Boleh letak minyak masak lebih sikit sebab nak bagi sambal cantik .
3. Tumis sambal sampai pecah minyak, kemudian masukkan air & biarkan masak sampai pecah minyak lagi. Ia bertujuan untuk matikan bau cili kering.
4. Bila sudah pecah minyak, masukkan gula, garam dan air asam jawa. Kacau lagi.
5. Akhir sekali pecahkan telur. Biarkan seketika.
6. Bila telur sudah separuh masak, kacau sedikit ikut selera masing-masing nak tekstur telur yang macam mana. Kalau sambal kering, tambah sedikit air. Jangan banyak.
7. Sambal Telur Hancur sedia untuk dinikmati. Enak dimakan bersama kicap.
Masih lagi mood sekolah, mak-mak yang masih mencari menu untuk variasikan bekal anak-anak ke sekolah. Ini ada empat menu gerenti anak-anak suka, selain sedap ia juga berkhasiat dan memberi tenaga kepada anak-anak. Dengan masak sendiri mak-mak tak perlu risau anak beli dan makan apa di sekolah. Jangan lupa cuba 4 menu yang senang masak dan sedap ni.
BEBOLA MI BAHAN-BAHAN:
2 keping mi kering | celur dan tos
1/2 cawan serbuk roti
1/2 cawan isi ayam rebus | carik-carik
1/2 cawan hirisan daun bayam
Sedikit hirisan cili benggala
Sedikit potongan dadu lobak merah
1 biji telur
1 sudu teh serbuk perasa ayam
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 Sudu teh garam
Minyak secukupnya untuk menggoreng.
CARA MEMASAK:
Masukkan mi yang telah dicelur tadi dalam pengisar bersama telur. Kisar hingga sebati.
Keluarkan dalam mangkuk adunan, kemudian campurkan isi ayam, hirisan sayur-sayuran.
Seterusnya masukkan serbuk perasa ayam, lada sulah dan garam. Gaul rata.
Campurkan serbuk roti sedikit demi sedikit hingga menjadi doh lembut.
Bulat-bulatkan doh hingga habis.
Panaskan minyak, kemudian goreng bebola hingga kuning keemasan.
Bebola mi sedia dihidangkan dengan sos cili atau mayones.
SOSEJ MI GULUNG BAHAN-BAHAN:
5-6 biji sosej ayam | potong dua
2 keping mi kering | celur dan tos
1 sudu teh serbuk perasa ayam
1 sudu teh serbuk lada sulah
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan tepung ubi
Lidi satey secukupnya
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Masukkan mi dalam mangkuk, kemudian campurkan dengan garam, lada sulah dan serbuk perasa ayam. Gaul rata dan cukup rasa,
Taburkan tepung ubi atas campuran mi dan gaul rata.
Lilitkan mi pada koktel yang telah dicucuk pada lidi satey. Lakukannya hingga habis.
Panaskan minyak, goreng koktel yang telah bersalut mi hingga garing.
Angkat dan toskan minyak.
Setelah siap hidangkan bersama sos kegemaran anda.
POPIA MI KEJU BERSAYUR BAHAN-BAHAN:
2 keping mi kering | celur dan tos
12 keping kulit popia
1/2 biji bawang Holland
3 ulas bawang putih
1/2 cawan isi ayam dicincang halus
1 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh perasa ayam
1 sudu teh serbuk lada sulah
Sedikit lobak merah | dadu halus
Sedikit hirisan daun ketumbar
Sedikit garam dan gula
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang Holland dan bawang putih hingga kekuningan.
Masukkan rempah kari, kacau sekejap dan masukkan sedikit air.
Setelah pecah minyak masukkan isi ayam dan lobak merah dadu halus.
Terus kacau hingga ayam masak.
Perasakan dengan sos tiram, serbuk perasa ayam, lada sulah, garam dan gula secukup rasa.
Tutup api, masukkan mi yang telah dicelur dan gaul rata. Ketepikan.
Ambil kulit popia, bentangkan dan isi inti mi dan letakkan kepingan keju di atasnya.
Kemudian gulung kulit popia dan kemaskan gulungan dengan sedikit air.
Panaskan minyak, setelah minyak panaskan, kecilkan api. Goreng popia hingga kekuningan.
Popia sedia dihidangkan panas-panas dengan sos pencicah yang ada suka.
.
NAGGUT AYAM SOS LEMON BAHAN-BAHAN:
3 keping tauhu
1 tiup tauhu Jepun
1 cawan isi ayam | carik halus
1/2 cawan hirisan daun ketumbar
1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur ayam
1 sudu makan serbuk pati ayam
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
BAHAN SOS LEMON
1 sudu makan pati oren Sunquick
1 biji lemon | ambil jus sahaja
1 sudu makan tepung jagung | bancuh dengan 1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 ulas bawang putih | cincang
1 sudu teh mentega
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan untuk naggut. Gaul rata.
Masukkan dalam loyang yang beralas plastik dan kukus hingga masak lebih kurang 10-15 minit.
Setelah sejuk, potongkan bentuk empat segi tepat. Gaul dalam tepung yang dicampurkan dengan sedikit garam dan lada sulah. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, kemudian naggut hingga kekuningan, angkat dan toskan minyak.
Sementara itu panaskan mentega atas api kecil, tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan pati oren Sun quick dan jus lemon.
Kacau rata dan masukkan bancuhan tepung jagung.
Kacau rata hingga mendidih menjadi sos pekat. Tutup api.
Setelah siap hidangkan nuggat dengan sos lemon.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Keju mozarella adalah antara keju yang biasa digunakan dalam penghasilan pizza, roti, murtabak , roti nan dan banyak lagi. Semuanya memang sedap dan menjadi kegemaran ramai terutamanya anak-anak. Namun keju mozarella ni harganya agak mahal.
Oleh itu RASA nak kongsikan cara paling mudah untuk menghasilkan keju mozarella yang sedap secara homemade. Hasilnya sama seperti keju yang dibeli di kedai. Jom cuba.
CARA BUAT KEJU MOZARELLA MUDAH GUNA 3 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
300ml susu penuh krim
180gm keju cheddar
2 sudu makan tepung ubi
CARA MEMASAK:
1. Campurkan susu dengan tepung ubi. Kacau rata di dalam periuk.
2. Panaskan di atas api sekecil mungkin sambil dikacau menggunakan pemukul tangan @ whisk untuk mendapatkan tekstur mozzarella yang halus.
3. Masukkan keju cheddar yang diparut sedikit demi sedikit sambil terus dikacau supaya adunan tidak bergentel.
4. Terus sahaja mengacau adunan hingga semua keju cair dan tekstur pekat (ambil masa 10-20 minit). Setelah pekat, tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik.
5. Kemudian tuang adunan keju dalam bekas kering dan masukkan dalam freezer.
6. Bila keju sudah keras, keluarkan dan potong ikut saiz yang anda suka. Keju ini boleh terus digunakan dalam masakan seperti lasagna atau pizza.
Selamat mencuba
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nikmati Final Muzikal Lawak Superstar 2025 dengan tema “Clash of Empire”, gabungan komedi, muzik dan persembahan epik untuk tontonan keluarga. Jangan terlepas malam paling lucu musim ini!