Pizza Hawaian Chickenhomemade resipi perkongsian saudari Aishah Mohamed ni nampak sangat sedap. Hanya guna kepingan wrap dan beberapa bahan-bahan mudah yang lain sahaja. Memang jimat. Sesuai sangatlah dihidangkan untuk keluarga sebagai sajian makan malam. Malah boleh juga dijadikan sajian sarapan. minum petang, atau bila-bila masa yang sesuai. Paling penting sangat mudah. Campak-campak sahaja bahannya, 30 minit dah boleh makan. Jom cuba!
RESIPI PIZZA HAWAIAN CHICKEN SEDAP BOLEH MASAK SECARA HOMEMADE
Ads
BAHAN-BAHAN: 3 keping roti rolls up wraps Gardenia atau sebarang jenama 1 ketul dada ayam – potong dadu Pizza topping grated cheese Bawang holland – potong dadu – beli online disini 1/2 biji cili benggala – potong dadu Nanas secukupnya – potong dadu 5 sudu makan tomato puri – beli online disini 1 sudu makan sos cili – beli online disini Maggi cukup rasa secukupnya 2 sudu makan minyak zaitun – beli online disini
CARA MEMASAK: 1.Potong dada ayam dan 1/2 biji bawang holland menjadi saiz dadu. Kemudian cuci dan gaulkan dengan sedikit maggi cukup rasa dan minyak zaitun. 2.Goreng dalam kuali sehingga ayam dan bawang masak. Tidak perlu sampai garing. 3. Ambil kepingan roti roll up wrap kemudian layurkan seketika di dalam kuali. 4. Campurkan tomato puri bersama sos cili. Gaul rata. 5. Sapu campuran tomato puri dan sos cili diatas setiap keping roti wraps yang telah dilayurkan tadi. 6. Letak campuran isi ayam dan bawang yang telah digoreng tadi diatas wraps dan letak topping cili benggala, nanas serta keju dengan secukupnya. 7. Bakar dalam ketuhar mengguakan api atas selama 15 minit pada suhu 180C. 8. Pizza Hawaian Chicken homemade sedia untuk dinikmati.
Selalunya roti jala makan dengan kuah kari, kuah durian atau sambal, kali ini RASA ingin kongsikan menu roti jalan coklat yang dicecah dengan sos coklat. Gerenti anak-anak tak tolak punya. Lagi sedap bila dalamnya tu ada inti pisang. Rugi tak cuba, tapi kalau nak cuba, ini menu resipinya ye…
.
ROTI JALA PISANG SOS COKLAT BAHAN-BAHAN:
150gm tepung gandum
20gm gula halus
15gm serbuk coklat/koko
1/8 sudu teh serbuk kulit kayu manis | jika suka
1/4 sudu teh garam halus
1 biji telur
250ml santan /susu cair
1 sudu teh pes coklat
1sudu makan mentega
INTI:
Pisang raja bulu | goreng dengan mentega hingga garing
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan kulit kecuali mentega yang dicairkan.
Kacau rata mengguna mixer atau blender, setelah sebati masukkan mentega. Kacau lagi.
Tapis dan masukkan dalam acuan roti jala.
Panaskan kuali non stick leper ukuran lebih kurang 20cm.
Jalakan adunan membentuk jaringan biarkan masak.
Letakkan pisang goreng tadi di roti jala dan gulung.
Sementara itu sediakan sos coklat dengan memasukkan susu cair, garam, gula pasir dan serbuk coklat.
Kacau hingga mendidih, kemudian masukkan coklat gelap, biarkan hingag coklat larut. Pekatkan dengan dengan tepung jagung.
Dalam peti sejuk ada daging tapi kurang pasti nak masak apa? Usah pening-pening kerana enam idea masakan ni boleh membantu anda. Cara memasak yang tidak sukar dan rasanya pun sedap. Nak makan masa tengahari atau makan malam pun sesuai. Selamat mencuba!
1. DAGING MASAK HALIA
BAHAN-BAHAN:
150gm daging ] potong nipis
2 sudu teh sos ikan
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh gula
5cm halia ] hiris nipis dan halus
1 biji bawang besar ] hiris
2 ulas bawang putih ] hiris
1 biji cili merah ] hiris
1 sudu teh cuka
1 sudu teh garam
Sedikit air
3 sudu besar minyak
CARA MEMASAK:-
Daging diperap bersama sos ikan, minyak bijan dan sedikit gula selama 15 minit. Setelah itu goreng daging dengan api yang besar selama 3-5 minit. Angkat dan ketepikan.
Dalam kuali yang sama, tumis halia, bawang besar, bawang putih, cili merah hingga naik wangi. Kemudian masukkan cuka, sedikit gula dan sedikit air, anggaran 1-2 sudu makan.
Akhir sekali masukkan semula daging yang telah digoreng dan kacau sebentar. Tutup api.
Sedia untuk dihidang.
Info chef: Jika suka, boleh tambah sedikit jumlah halia supaya lebih terasa halianya.
2. KURMA DAGING
BAHAN-BAHAN:
150gm daging
1 biji kentang ] belah empat
1 biji bawang besar ] kisar
2 ulas bawang putih ] kisar
5cm halia ]kisar
1 biji cili hijau ] hiris
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
3cm kulit kayu manis
1 tangkai daun kari
1 sudu makan serbuk kurma
50ml santan pekat
250ml air
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu teh gula
Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak. Tumis bahan yang dikisar bersama bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis, daun kari dan cili hijau hingga wangi.
Masukkan santan dan rempah kurma, tumis hingga pecah minyak.
Kemudian masukkan daging, ubi kentang dan air. Masak sehingga daging benar-benar lembut dan kentang empuk. Bolehlah ditambahkan air sekiranya daging dan kentang belum cukup masak.
Biar mereneh sehingga kuah agak memekat. Kemudian barulah dimasukkan garam, serbuk pati ayam dan gula secukup rasa. Kacau sebentar dan tutup api.
Sedia untuk dihidang.
Info Chef:- Untuk mendapat rasa seperti kurma daging Burma, bolehlah dimasukkan daun ketumbar yang telah dihiris pada lima minit terakhir proses memasak.
3. DAGING MASAK HITAM KETUMBAR
BAHAN-BAHAN:
150gm daging ] hiris nipis
10 tangkai cili kering ] kisar
1 biji bawang besar ] kisar
4 ulas bawang putih ] kisar
5 cm halia ] kisar
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
3cm kulit kayu manis
1 sudu teh biji ketumbar ] Tumbuk kasar dan digoreng
2 sudu teh cuka
15ml kicap manis
1 sudu teh serbuk pati ayam
Minyak untuk menumis dan menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:-
Daging direbus bersama cuka sehingga daging lembut dan air rebusan tersebut kering. Kemudian gaul daging bersama 5ml kicap serta digoreng sebentar dengan api yang besar selama 3 minit dan angkat. Ketepikan.
Di dalam kuali yang sama, tumis bahan yang dikisar bersama serbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih, bunga lawang, cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis sehingga garing dan pecah minyak.
Setelah itu masukkan baki kicap manis, serbuk pati ayam dan daging. Kacau sebentar dan tutup api. Tabur biji ketumbar yang telah digoreng ke atas daging.
Siap untuk dihidang.
Info Chef:- Untuk mendapatkan warna daging yang benar-benar hitam, bolehlah ditambah satu sudu teh kicap pekat ke dalam bahann yang ditumis.
4. DAGING MASAK BOMBAY
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A:
150gm daging ] potong nipis dan digoreng separuh masak
50ml pati santan
1 tangkai daun kari
10 tangkai cili kering ] kisar
1 biji bawang besar ] kisar
2 ulas bawang putih ] kisar
5cm halia ] kisar
5cm lengkuas ] kisar
1 batang serai ] kisar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
3cm kulit kayu manis
1 sudu teh serbuk kari daging
2 sudu makan kicap masin
1 sudu teh gula pasir
1/2 sudu teh serbuk pati ayam
Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan bahan yang telah dikisar, bersama daun kari, jintan manis, jintan putih, bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis, serbuk kari daging dan santan. Masaklah hingga pecah minyak.
Setelah itu masukkan kicap masin, gula dan pati ayam, kacau sebentar.
Akhir sekali masukkan daging, kacau selama 2-3 minit dan tutup api.
Sedia dihidang.
Info chef: Tidak perlu tambah garam kerana sudah menggunakan kicap masin di dalam resipi. Tetapi terpulang kepada cita rasa masing-masing.
5. DALCA DAGING ALA MAMAK
BAHAN-BAHAN:
40gm rempah dalca
½ kg daging|dipotong kecil
125gm kacang dhal
350ml santan
2 inci halia
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 biji kentang
2 biji terung bulat
1 batang lobak merah
2 biji tomato
5 tangkai kacang panjang
Sedikit rempah 3 sekawan
125ml air asam jawa
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Rebus kacang dhal sehingga empuk.
Sementara itu, kisar bawang merah bersama bawang putih dan halia.
Tumiskan bahan-bahan tersebut sehingga naik baunya.
Masukkan bahan-bahan kisar bersama rempah dalca.
Masukkan daging dan biarkan sampai empuk
Masukkan santan, air asam jawa, kacang dhal dan ubi kentang dan masak hingga empuk.
Kemudian, masukkan terung, lobak merah, tomato dan kacang panjang.
Masukkan garam secukup rasa dan biarkan mendidih
Info Chef: Kacang dhal hendaklah direbus terlebih dahulu untuk memastikan ia masak lebih sempurna.
6. DAGING SALAI CICAH AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
1 batang daging batang pinang
20gm serbuk kunyit
BAHAN AIR ASAM:
1 biji bunga kantan ] dimayang halus
3 tangkai daun kesum ] dimayang halus
1 biji bawang besar ] dimayang halus
1 biji tomato ] dipotong halus
5 tangkai cili padi ] dipotong halus
200gm asam jawa
300ml air
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Lumurkan daging dengan serbuk kunyit dan salai @ bakar selama 20 minit.
Kemudian untuk membuat air asam pula, satukan bahan mayang halus, bahan dipotong dadu dan bahan dipotong halus ke dalam bekas bersesuaian.
Setelah itu, gaulkan asam jawa dan air di dalam bekas lain dan tapis. Curah ke dalam bekas berisi bahan-bahan tadi. Perasakan secukupnya.
Akhir sekali, potong daging salai nipis-nipis dan hidangkan bersama air asam.
Info Chef: Aroma daging salai yang harum menjadikannya enak dimakan bersama nasi putih dan aneka ulaman.
Tak lengkap sesuatu hidangan melayu tanpa sambal, Untuk sambal Kelantan ini memang popular di Kelantan, sesuai di makan untuk semua jenis nasi. Sesuai di buat masa kenduri, buat sekali banyak boleh tahan sampai sebulan kalau disimpan dalam peti sejuk. Lagi lama simpan lagi sedap, jika sambal ini dibuat awal-awal dan banyak baru rasa sedap makan kerana bila ia terperam dengan asam, garam, dan gula baru dia mesra rasanya.. Selamat mencuba!
RESIPI SAMBAL KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
Cili merah
Cili api
Limau kasturi(blender dgn kulit)
Bawang besar bakar
Bawang putih bakar
Cuka
Manisan kg
Gula
Garam
CARA-CARA:
Kisar semua bahan sehingga hancur.
Sambal kelantan tak guna belacan.
Kisar kering.
Siap. Simpan dalam botol dan masukkan dalam peti sejuk bagi kekal tahan lama.
Resipi sambal jahat? Kenapa dipanggil begitu, sebab sekali makan memang tak cukup, tambah kali kedua pun tak cukup, tambah kali ketiga pun tetap rasa...