
Kesedapan bakso terletak pada kuah. Bagi menghasilkan kuah yang sedap, bahan-bahannya perlu ditumis. Boleh belajar buat kuah bakso dari perkongsian Awwabin. Menurutnya Awwabin, dia belajar buat bakso dari tukang masak (orang Indonesia) dan telah beberapa kali membuatnya. Hidangan ini cukup untuk satu plastik bihun, atau sekilo mi. Makan panas-panas untuk hidangan makan malam, memang padu.
Kuah Bakso
Bahan A
3 labu bawang putih(kisar)-BELI ONLINE DI SINI
Halia(kisar)-BELI ONLINE DI SINI
3 bungkus sup bunjut
(Tumis semua bahan A)
Bahan B
Lada hitam
(Tumbuk,masukkan dalam kuah)
Bahan C
Bebola daging Ramly.(saya potong dua,sebab nak bagi nampak banyak)
Daging(tak nak letak pun tak apa)
Kaki, leher,kepak ayam
(Rebus semua bahan c)
Sambal Kicap
Cili merah
2 ulas bawang putih
Bawang goreng
Kicap
2 sudu teh cuka
Gula dan garam secukup rasa
Tambah air sikit
(Semua kisar)
Cara memasak:
1.Rebus semua bahan C sehingga empuk.
2.Sementara menunggu rebusan empuk, tumis semua bahan A sehingga kekuningan.
3.Kemudian masukkan bahan A yang ditumis ke dalam air rebusan.
4.Akhir sekali masukkan bahan B.
5.Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Kredit : Awwabin Ismi
Jika anda mencari BARANGAN SEGAR, boleh klik DI SINI.
Sambal Tumis Udang Petai Dan Kuih Keria ,Menu Kombo Untuk Berbuka
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Lima Sajian Korea Popular, Pedas Berempah Sedap Sangat Nih.

Masakan Korea memang kaya dengan penggunaan rempah dan cilinya tersendiri.Sajiannya Korea memang banyak menggunakan kimchi, gochujang ( pes cili Korea), Gochugaru (serbuk cili Korea) dan lada hitam dalam ramuan masakannya.
Kalau anda peminat drama Korea, sajian ini pasti tidak asing lagi. Nah, 5 resipi ni adalahair tangan tenaga pengajar IKBN, Peretak, Kuala Kubu Baru , Selangor.
Jom cuba resipi dari Norshazila Mohamed Rahman, Norazilah Rahman dan Harmayah Argadan, ‘follow’ resipinya ternyata lazat berempah.

.
1. SEAFOOD JAPCHAE (Korea)
BAHAN-BAHAN :
Bahan japchae :
- 200gm dangmyeon @ suhun Korea
- 1 sudu makan minyak masak
- 1 sudu makan minyak bijan
- 1 sudu makan gochugaru *serbuk cili Korea
Bahan seafood :
- 2 ekor sotong | dihiris
- 10 ekor udang saiz XL | dibuang kulit
- ¼ biji bawang Holland | dihiris nipis
- 3 keping cendawan shitake | rendam sampai kembang dan dihiris
- 1/3 batang lobak merah | dipotong nipis fine julienne
- Daun bawang secukupnya | untuk hiasan
- Garam secukup rasa
- Lada sulah secukup rasa
Bahan sos :
- 2 sudu makan kicap cair
- ½ sudu makan gula
- 2 sudu teh bawang putih | dicincang halus
- 1 sudu makan minyak bijan
CARA MEMASAK :
1. Rendam dangmyeon (suhun Korea) dengan air suam, kemudian tos kering dan ketepikan seketika.
2. Panaskan minyak masak, kemudian tumiskan bawang Holland dan bawang putih cincang hingga naik bau. Kemudian masukkan minyak bijan dan gochuru.
3. Masukkan sotong, udang, lobak merah dan cendawan shitake. Kacau sekata.
4. Kemudian masukkan kicap cair, gula, minyak bijan dan dangmyeon. Kacau sebati dan perasakan dengan garam dan lada sulah.
5. Angkat dan hias dengan hirisan daun bawang.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak :Tumis dan goreng
Jenis masakan : Sajian pembuka selera, Korea
Keistimewaan : Gochugaru memberikan rasa pedas manis
Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Pastikan dangmyeon direndam sehingga lembut, dalam anggaran masa 30 – 40 minit dalam air suam.
2. TTEOKBOKKI @ STIR FRIED RICE CAKES

BAHAN-BAHAN :
- 130gm tteokbokki * kek beras panjang
- 1 keping ikan | dihiris
- 2 keping fucuk ikan | dihiris
- 113gm kobis | dihiris
- 3 cawan stok ikan bilis @ air
- 3 sudu makan Gochujang * pes cili korea
- 1 sudu makan kicap cair
- 1 sudu makan gula
- 1 sudu makan bawang putih | cincang
- Daun bawang secukupnya | dihiris serong
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Ambil periuk dan renehkan stok ikan bilis
2. Masukkan pes gochujang dan renehkan selama 5- 8 minit.
3. Kemudian masukkan kek ikan, fucuk ikan, tteobokki, kobis, kicap cair dan perasakan dengan gula dan garam
4. Angkat dan tabur dengan daun bawang.
Saiz hidangan : 3 orang
Waktu memasa : 20 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Sajian pembuka selera @ snek street food, Korea
Keistimewaan : Sajian street food yang sangat mudah dibuat. Rasa pedas dan manis
Anggaran kos : RM 20
INFO CHEF : Tteokbokki (kek daripada beras) ini boleh dibeli yang sudah siap di pasaraya. Untuk tambah rasa pedas lagi boleh ditambah dengan serbuk cili.
3. CHIJEU-BULDAK @ FIRE CHICKEN (Korea)
BAHAN-BAHAN :
- 450gm dada ayam | dipotong dadu
- ¼ cawan gochugaru * serbuk cili Korea
- 2 sudu makan gochujang *pes cili Korea
- 2 sudu teh kicap cair
- 2 sudu teh minyak bijan
- 3 sudu makan minyak masak
- ¼ sudu teh serbuk lada hitam
- 2 sudu makan madu
- 3 ulas bawang putih | dicincang halus
- 1 sudu teh halia dipotong halus
- 2 keping keju
- 3 sudu makan air
- Bawang Holland secukupnya | dihiris nipis untuk hiasan
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Ambil mangkuk dan masukkan gochugaru, gochujang, kicap cair, minyak bijan, serbuk lada hitam, madu, bawang putih, halia dan garam secukup rasa.
2. Masukkan ayam dan gaul hingga sebati, perapkan seketika. Ketepikan.
3. Panaskan minyak masak di dalam periuk dan masukkan ayam yang telah diperap
4. Masukkan air dan tutup periuk seketika, masak ayam dalam 10 minit
5. Buka tudung periuk dan gaulkan ayam, letakkan keju di atas ayam dan kemudian taburkan engan hirisan bawang Holland. Tutup semula tudung, dan biarkan keju cair dalam 5 minit.
6. Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 40 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Sajian utama, Korea
Keistimewaan : Gandingan rasa keju serta pedas lazat yang membangkitkan selera
Anggaran kos : RM 25
INFO CHEF : Pastikan api dikawal supaya jangan terlalu besar. Jika tidak ayam akan jadi hangit dan keras.
4. YANGNYEOM CHICKEN @ SPICY KOREAN CHICKEN WING

BAHAN-BAHAN :
Bahan perap kepak ayam:
- 6 keping kepak ayam
- ½ cawan buttermilk
Bahan campuran tepung :
- ½ cawan tepung ubi kentang
- 2 sudu makan tepung jagung
- 1 sudu teh lada hitam
Bahan sos :
- 1 sudu makan madu
- 4 sudu makan gochujang * pes cili Korea
- 3 ulas bawang putih | cincang
- ½ sudu makan kicap masin
- 1 sudu makan cuka
- 1 sudu makan minyak bijan
- ½ sudu makan bijan putih | sangai
CARA MEMASAK :
1. Perapkan ayam dengan buttermilk selama 20 minit.
2. Dalam mangkuk lain gaul tepung ubi kentang, tepung jagung dan lada hitam
3. Masukkan ayam dan salut dengan tepung.
4. Goreng ayam hingga keemasan, ketepikan seketika.
5. Panaskan minyak dan tumis bawang putih
6. Masukkan pes cili Korea (gochujang), kicap masin, madu, minyak bijan dan cuka, Gaulkan.
7. Apabila sudah masak, tutup api dan masukkan ayam yang sudah digoreng dan gaul.
8. Angkat dan hidangkan. Tabur dengan bijan sebagai hiasan.
Saiz hidangan : 3 orang
Waktu memasak : 40 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Sajian pembuka selera, Korea
Keistimewaan : Rasa rangup ayam goreng disaluti dengan sos yang sungguh berperisa
Anggaran kos : RM 30
INFO CHEF : Jika tiada gochujang boleh juga digantikan dengan cili boh atau cili kering
5.CHAMCHI-KIMCHIJJIGAE @ KIMCHI STEW WITH TUNA (Korea)
BAHAN-BAHAN :
- 150gm tuna
- 340gm kimchi | dihiris
- 1 sudu makan mentega
- 2 ½ cawan air
- 1 sudu makan gochugaru
- ½ cawan jus air kimchi
- 230gm tauhu | dipotong dadu
- Garam secukup rasa
- Daun bawang secukupnya | dihiris
CARA MEMASAK :
1. Cairkan mentega di dalam periuk dan tumiskan tuna.
2. Masukkan kimchi dan gaul sebati. Masukkan air kimchi bagi mengelakkan ia melekat di periuk.
3. Masukkan air dan renehkan seketika dalam 10-15 minit. Masukkan gochugaru.
4. Masukkan tauhu dan perasakan dengan garam .
5. Angkat dan hiaskan dengan taburan daun bawang.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 40 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Sajian utama, Korea
Keistimewaan : Mudah disediakan dan ringkas bahan-bahannya
Anggaran kos : RM 30
INFO CHEF : Usah masak terlalu lama kerana ia akan menyebabkan tauhu hancur
RESIPI : NORSHAZILA MOHAMED RAHMAN, NORAZILAH ABD RAHMAN & HARMAYAH ARGADAN
Terima kasih : Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak, Jalan Ampang Pechah, Kampung Ampang Pechah, Kuala Kubu Baru, Selangor.
ANDA INGIN MENYIMPAN BAHAN BASAH AGAR SENTIASA SEGAR, JOM LAYARINYA DI SINI.
ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI RESIPI INI :
DAN JUGA RESIPI INI :
Sajian Sedap Dari 6 Negara Asia . Idea Inovatif Juadah Rumah Terbuka
RESIPI YANG INI PUN MENARIK JUGAK :
Kari Ayam Kampung Pekat Kerala Dari India & Langkah Buat Chapati Ori .
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Buat Mi Hailam Padu, Sukatan Masak Sekuali Terus

Cara buat mi hailam padu ini sukatan untuk masak sekuali terus. Lebih mudah untuk makan sekeluarga, sekali masak saja.
Hidangan mi ini enak dihidangkan panas-panas, memang berselera makan. Untuk jamu tetamu datang beraya waktu petang atau malam pun sesuai.
Cara buat mi hailam, sukatan masak sekuali terus

Bahan-bahan
500g mi kuning (dibilas & toskan)
Hirisan daging (nipis)
Fish ball / fish cake
Udang / sotong (jika suka)
½ sudu teh lada sulah
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
Sedikit kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
Kicap manis secukupnya
2 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
Sedikit minyak bijan
Garam secukup rasa
1 liter (boleh tambah jika mahu lebih kuah)
Bahan tumis
6 ulas bawang merah kecil (ditumbuk lumat)
4 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
2 sudu besar cili kisar
Minyak masak secukupnya
Sayur- sayuran
1 ikat kecil sayur kailan
1 paket kecil putik jagung (dihiris)
Sedikit kubis bunga
1 batang lobak merah (dihiris nipis)
Cara memasak
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan hirisan daging dan semua jenis sos (sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap pekat, kicap manis). Gaul rata.
3. Tambahkan sedikit air dan masak hingga daging empuk. Masukkan fish ball, fish cake, dan seafood kalau guna. Gaul rata.
4. Tuang dalam 1 liter air (atau lebih jika suka kuah banyak). Masukkan lada sulah dan biar reneh seketika. Tambahkan sayur keras dulu seperti lobak merah, putik jagung dan kubis bunga. Biarkan layu.
5. Kemudian masukkan mi kuning dan kailan. Perasakan dengan garam jika perlu.
6. Tuangkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Akhir sekali, renjiskan sedikit minyak bijan. Gaul sebati dan masak sekejap sahaja supaya mi tidak kembang.
Siap untuk dihidang!
Kredit resipi & foto: NorSilah Abdullah
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Fettuccine Carbonara Sedap Tanpa Sos Segera. Pedas-Pedas ‘Manja’ Ikut Selera Melayu

Menu pasta sudah tidak asing dengan kita, tapi selalunya hidangan ini kita ubah suai ikut cita rasa Melayu. Kena ada rasa pedas-pedas barulah kena dengan selera.
Antara hidangan pasta selera Melayu yang boleh dicuba adalah “Fettuccine Carbonara” yang dikongsikan oleh Qasih Jue Aisya ini. Tak menggunakan sos segera, rasa pasta yang pedas pedas ‘manja’ memang enak untuk dimakan seisi keluarga.
Bahan-bahan:
Susu full cream & susu cair
Pasta fettuccine – direbus dan ditos
Tepung Bestari – untuk goreng ayam
1 atau 2 sudu besar tepung gandum
Cili hijau & merah yang telah dibuang biji kemudian cincang halus
Bawang putih – cincang halus)
Bawang holland – cincang halus)
Cendawan butang – potong nipis
4 sudu besar mentega
2 keping keju
1 biji kuning telur
Dada ayam secukupnya – dipotong kecil

Kuning telur
Serbuk lada hitam
Daun basil
Oregano
Chili Flakes
1 ketul pati kiub ayam
1 sudu besar jus limau nipis

Cara membuat:
- Cairkan mentega dalam kuali, tumis goreng bawang putih dan bawang holland sehingga layu, kemudian masukkan cili merah, hijau dan cendawan butang.
2. Ayam potong kecil kemudian salut dengan tepung Bestari. Sebelum digoreng celup sekali lagi dalam tepung bestari baru.
3. Goreng ayam sehingga agak keemasan. Ketepikan.

4. Kemudian tumis bila bawang, cendawan serta cili. Apabila tumisan sudah layu, masukkan susu cair dan susu full cream secukupnya.
5. Masukkan serbuk lada hitam, oregano, chili flakes, kuning telur, secubit garam, keju dan kiub ayam bersama bancuhan tepung gandum. Kacau sehingga sebati. Jika kuah pekat tambah air sedikit demi sedikit. Kacau sebati.

6. Perasakan kuah ikut cita rasa sendiri. Boleh tambah sedikit jus limau nipis (jika suka) untuk mengurangkan rasa lemak susu.
7. Kemudian masukkan ayam goreng dan kacau sekejap. Jika kuah agak pekat tambah sedikit air. Siap.

8. Kemudian boleh tuangkan ke atas pasta fettuccine yang siap direbus. Jika ingin lebih pedas boleh tambah chili flakes.
9. Ok dah siap macam nilah rupanya.

Sumber:Artikel olahan dari MINGGUAN WANITA & Qasih Jue Aisya
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

