Tergoda sungguh bila tengok Buttermilk Lemon Cake ini. Mana tidaknya, aroma mentega yang harum ditambah dengan rasa masam semula jadi dari jus lemon memang memikat selera. Untuk mendapatkan kek yang lebih beraroma, pastikan anda guna Mentega Anchor. Mentega tulen yang diperbuat daripada 100% susu segar lembu dari New Zealand ini adalah pilihan terbaik kerana aromanya saja sudah mampu menangkap selera.
BUTTERMILK LEMON CAKE
BAHAN-BAHAN:
225gram Anchor Butter Unsalted – suhu bilik
380gram tepung gandum
400gram gula kastor
240ml buttermilk
3 biji telur
2 sudu makan jus lemon
2 sudu makan parutan kulit lemon
½ sudu teh soda bikarbonat
½ sudu teh garam halus
BAHAN-BAHAN B (SIRAP):
2 sudu makan air
2 sudu makan gula kastor
2 sudu teh jus lemon
BAHAN-BAHAN C (GLAZE):
120gram gula aising
2 sudu makan jus lemon
CARA MEMBUAT:
Satukan tepung gandum, garam dan soda bikarbonat lalu ayak. Ketepikan.
Di dalam mangkuk kecil, satukan buttermilk, jus lemon dan parutan kulit lemon dan kacau sebati. Ketepikan.
Di dalam mangkuk pengadun, satukan Anchor Butter Unsalted dan gula kastor lalu pukul hingga agak kembang (3-4 minit) pada kelajuan sederhana.
Masukkan telur lalu pukul lagi hingga adunan kembang dan agak ringan.
Masukkan separuh campuran tepung lalu pukul perlahan diikuti dengan separuh campuran buttermilk. Masukkan separuh lagi campuran tepung dan separuh lagi campuran buttermilk. Gaul rata.
Tuang adunan ke dalam acuan kek pilihan yang telah disapu dengan mentega secukupnya. Ratakan.
Bakar kek di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 175-180C selama 50-60 minit atau hingga kek masak sempurna. Sejukkan sebentar dan keluarkan dari acuan.
Untuk membuat sirap; satukan semua bahan dalam kuali kecil lalu didihkan hingga semua bahan cair dan likat. Tuang sirap ke atas kek ketika kek masih agak suam.
Untuk membuat glaze; satukan semua bahan dan pukul menggunakan whisk hingga sebati dan likat.
Setelah kek sejuk dan menyerap sirap tadi, tuang pula glaze diatasnya. Jika suka boleh hias dengan hirisan lemon.
TIP: Parutan kulit lemon akan menaikkan lagi bau dan rasa kek. Buat ia bertambah enak!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Korang mesti teruja dengan nikmat Kek batik indulgence ni. Tengok pun dah terliur. Bukan itu saja ,lembut dan tak keras. Nak dapatkan hasil yang cantik pula ada tipnya.Bayangkan makan sambil pejam mata tanda sungguh nikmat. Follow langkah yang dikongsi oleh Ariana Sofia Ahmad pasti hasilnya buat korang puas hati.
Kek Batik Indulgence
Bahan- bahan kek batik 450gm biskut marie (patah2kan) -BELI ONLINE DI SINI 250g butter – 1 cawan milo (110g) – BELI ONLINE DI SINI 3/4 cawan susu pekat manis(190ml@250g) 1/2 cawan serbuk koko(50g) – BELI ONLINE DI SINI 1/2 cawan air masak(60ml@50g) 1 sudu kecil esen vanila
Bahan-bahan lapisan Cream Cheese 250gm cream cheese 150ml whipping cream ( Anchor) 1 sudu besar gelatin + (1/4 cawan air panas @50ml) -dikacau sebati 3 sudu besar gula custor – BELI ONLINE DI SINI 1 sudu besar susu pekat 1 sudu kecil esen vanila
Bahan-bahan lapisan coklat 300gm milk compound coins (beryls)- BELI ONLINE DI SINI 150ml whipping cream (Anchor) 1 sudu besar butter Double boil semua bahan topping dan kacau sebati.
Double boil ada 3 cara 1. Panaskan whipping cream atas dapur, bila dah panas, tuang terus dalam milk compound dan kacau sehingga sebati bersama butter. 2. Masukkan milk compound, whipping cream dan butter ke dalam microwave. Bila dah panas, coklat akan cair. Buat keluar, kacau bagi sebati. 3. Ambil air panas semangkuk. Dalam mangkuk lain letakkan whipping cream, milk compound dan butter ke dalam mangkuk yang lebih besar. Letak mangkuk tu atas mangkuk air panas tadi dan kacau sehingga coklat cair (guna bekas tahan panas)
* Nak guna dark compound pun boleh.
Cara membuat: 1. Mula-mula kena patahkan biskut marie. Sekeping biskut patahkan empat. Buat yang ni dulu sebab nanti bila coklat dah masak, boleh masukkan terus.
2. Dalam kuali, cairkan butter. Guna api perlahan supaya butter tak hangit.
4. Dah sebati masukkan milo, serbuk koko dan esen vanila. Kacau laju supaya tak berketul.
5. Dah sebati masukkan air masak. Kacau sebati dan terus tutup api. Jangan tunggu mendidih.
6. Masukkan biskut marie dan kacau sebati.
7. Pastikan semua tersalut.
8. Lapik loyang 9″ dengan baking paper. Pastikan baking paper tinggi dari loyang. Ariana guna loyang yang boleh buka kat bawah, senang nak tolak nanti. Ratakan kek ke dalam loyang. Tekan sehingga padat. Masukkan dalam peti ais. Nak cepat keras boleh letak kat freezer.
9. Sebelum buat lapisan cheese. Buat dulu air gelatin. Serbuk gelatin dicampur dengan air panas. Kacau sebati dan ketepikan. Beli yang halal. Ada jual di kedai bahan bakery.
10. Dalam bekas masukkan cream cheese, whipping cream, gula, susu pekat manis dan esen vanila. Mix sehingga sebati dan licin. Pastikan tidak berketul.
11. Masukkan air gelatin dan gaul sehingga sebati.
12. Adunan ni memang nampak cair tapi jangan risau. Gelatin fungsinya untuk memejalkan cheese .
13. Tuang cheese ke tengah-tengah kek supaya cheese rata ke tepi. Masukkan semula dalam peti ais 2-3 jam. Nak cheese cepat pejal, letak dalam freezer
14. Untuk double boil coklat, ariana guna tip yang pertama. Panaskan whipping cream.
15. Tuang whipping cream yang panas ke dalam bekas yang ada milk compound dan butter. Kacau sehingga coklat cair.
16. Cair macam ni.
17. Tuang coklat ke tengah-tengah loyang supaya coklat rata ke tepi. Kalau tak rata, sengetkan sedikit loyang supaya coklat rata. Untuk dapatkan coklat yang licin, jangan sesekali ratakan dengan sudu. Buih kecik atas coklat, cucuk dengan lidi. Masukkan dalam peti ais semalaman @ 5-6 jam
18. Keluarkan kek dari loyang dengan letakkan cawan kat bawah. Kalau guna loyang biasa, tarik je baking paper keatas. Letak terus kek atas papan kek. Kertas baking paper boleh koyak terus bahagian tepi sementara kek masih keras.
19. Sebelum potong kek, rendam pisau panjang ke dalam air panas dalam 10 saat. Kesat dulu dengan kain@ tisu sebelum potong
20. Bahagian tepi tak perlu potong banyak. Agak-agak sahaja. Kalau untuk makan sendiri, tak potong pun xpe.
21.Yang ni dah siap potong. Kotor bahagian tepi papan lap je guna tisu. Jangan tunggu kek sejuk@ coklat dah cair baru nak potong, nanti potongan tak cantik bila coklat dah cair
22. Dah siap potong tepi. Boleh potong petak-petak pulak. Nak senang potong, tanda kat tepi kek anggaran setiap jarak. Ariana potong 7 melintang, 7 memanjang.
23. Untuk potongan petak ni, guna langkah yang sama untuk potong. Tip nak potong supaya coklat tak comot, tekan pisau kek sehingga rapat kek bawah. Walaupun keras jangan stop, nanti biskut pecah. Lepas tu tarik je pisau buat keluar. Jangan keluarkan pisau dengan cara tarik semula ke atas. Nanti coklat comot.
24. Jika masa potong nampak coklat dah cair. Masukkan semula dalam peti ais. Nanti coklat akan keras semula. Atau masa potong tu buat cepat-cepat supaya coklat tak cair.
Hati teringin nak masak kek buatan sendiri. Kadangkala bila beli tak dapat sebagaimana rasa yang kita inginkan. Terlebih manis dan sebagainya. Ini min kongsi cara mudah buat kek span tanpa guna oven. Korang pasti teruja nak buat.
Resipi kek pandan span
5 biji (blend sehingga gebu)
Secawan gula halus
1 sudu kecil Pewarna hijau
1 sudu kecil penuh Ovelete
Bahan B (ayak sama)
2cawan gandum
1sudu kecil baking soda
1 sudu kecil baking powder
Bahan C
Setengah cawan minyak
Secawan air masak pandan(bukan panas)
Cara memasak:
1.Ambil bahan blend masukkan ke dalam bekas bahan B dan kacau sebati (kacau manja secara manual saja)
2.Kemudian masukkan minyak kacau sikit then masukkan air kacau sebati “adunan mcm cair tak pekat”.
3.Masukkan ke dalam loyang (sapu minyak sikit supaya kek xmelekat bila dah masak nanti) dan kukus atau bakar sehingga masak (40 minit)
Kredit resepi: asieyaa asr
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Aneka resipi kek simple, sesuai untuk ‘beginner‘. Jika anda teringin nak makan kek, anda boleh cuba buat sendiri di rumah. Lebih berbaloi kerana boleh dibuat ikut selera dan boleh makan sepuasnya. Kek yang simple boleh jadi extra sedap jika dibuat bersama anak-anak.
Resipi kek simple yang RASA sediakan ni sangat mudah dibuat dan tidak makan masa. Sesuai untuk anak-anak yang baru nak belajar buat kek. Tunggu apa lagi, jom kita cuba!
Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 mencipta sejarah apabila 16,000 pek bubur lambuk berjaya diagihkan di Dataran Merdeka, sekali gus menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records.