Mungkin ada masih rasa sangsi nak membakar kek, takut menjadi ke sebaliknya. Resipi kek karamel pelangi kukus memberi anda idea untuk menghasilkan kek secara kukus. Hasilnya gebu dan lembut.

Bahan-bahan:

2 sudu besar gula kasar. (Taburkan dalam loyang bagi rata dan bakar dalam oven lebih kurang empat minit atau sehingga gula cair dan perang. Jangan bagi hangus. Ketepikan.

Bahan-bahan untuk karamel:
1 tin susu cair
1/3 cawan susu pekat. Kalau suka manis boleh tambah lagi
2 sudu besar tepung kastard
3 biji telur
2 biji kuning telur sahaja
Sedikit esen vanila

1. Kisar semua ni bagi sebati dan berbuih-buih.

2.Masukkan dalam loyang yang berisi gula hangus tadi. Kukus selama 20 atau 25 minit.( Jangan lama sangat)

Bahan-bahan untuk kek:
2 cawan @ 250gram tepung self raising (guna jenama mfm)
5 biji telur gred A
2 sudu besar gula kastor
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
(apa-apa minyak masak pun boleh, minyak jagung lagi elok)
Esen vanila sikit
Pewarna ikut nak letak warna apa

IKLAN

Cara memasak:

1. Campurkan semua sekali dan kisar sampai putih dan gebu.

2.Kemudian boleh bahagikan apa saja warna yang korang nak.

 

 

3.Cucukkan dulu permukaan karamel yang sudah suam-suam kuku tadi. Jangan letak semasa kek karamel panas-panas nanti terbantut kek korang.

4.Letak selang seli warna itu sampai habis.
5.Kemudian kukus selama satu jam kalau korang guna loyang 8 inci atau 9 inci.

6.Kalau loyang 5 inci boleh bahagi 6 atau 5. Loyang 6 inci dapat 4.Kukus selama setengah jam.

*satu pesanan terpenting. Api kukus tu jangan kuat. Steamer trio x sesuai. Nanti kek korang terbantut tumbesarannya.

Kredit : Teratai Putih

Ada yang nak shopping barangan rumah, boleh layari https://invol.co/cloqny

LIHAT JUGA RESIPI BERIKUT:

Chicken Floss Bun Yang Lembut & Sedap

Cara- Cara Buat Muffin Coklat Chip Naik Merekah, Enaknya.

Bangkit Keju Cair Di Mulut, Sedap Berkrim Mudah DiBuat