Lobak merah sering digunakan dalam masakan. Selain dimakan begitu sahaja boleh juga dibuat jus yang enak rasanya. Mempunyai banyak khasiat iaitu A,B dan C, potassium, kalsium dan alpha karotin. Parutan lobak merah juga enak dijadikan bahan untuk membuat kek. Memang sudah lama teringin nak nikmati kek karot yang sedap. Selalu membelinya jika mahu tapi kali ni kita cuba sendiri ikut resipi Syed Munawwar. Boleh makan puas, tak habis boleh simpan frozen.
CARROT CHEESECAKE
Bahan-bahan:
125gm krim keju
150gm mentega tanpa garam
230gm gula kastor
Ads
5 biji telur gred A atau B
230gm tepung gandum (diayak)
1 sudu teh serbuk penaik (diayak)
1 sudu teh esen vanila
50gm parutan lobak merah (perah air lobak merah dahulu)
Cara memasak:
1. Ayak bahan kering. tepung gandum dan serbuk penaik dan ketepikan dahulu.
2. Panaskan oven suhu 160c-180c
3. Putar krim keju,mentega dan gula kastor sehingga kembang.
4. Masukkan telur satu persatu sambil pukul.
5. Masukkan bahan kering yang telah diayak sedikit demi sedikit. Lepas masukkan bahan kering jangan overmix.
Ads
6. Masukkan parutan lobak merah dan esen vanila. Kacau rata guna spatula.
7. Masukkan ke dalam loyang bulat saiz 8 inci. Letakkan loyang ke dalam loyang yang lebih besar. Bakar dengan kaedah water bath/steam bake selama 45-60 minit atau sehingga masak
8. Sejukkan dahulu sebelum di potong. Sedia dihidangkan.
Pernah makan menu sardin yang dimasak bersama dengan baked beans?‘Rare’ sangat kan menu ni. Mungkin anda rasa pelik namun apabila sudah mencubanya, pasti anda akan suka dengan rasanya.
Menerusi perkongsian daripada Tina Zahra Zamanuddin ini, dia mendapat inspirasi daripada resipi Raja Permaisuri Agong sendiri iaitu Tuanku Azizah yang dikongsikan dalam laman sosial.
Menu sardin dengan baked beansini sedap dimakan dengan lempeng kelapa berlemak.
RESIPI CARA BUAT SARDIN WITH BAKED BEANS
BAHAN-BAHAN:
1 tin sardin (saya guna tin kecil) 1 tin baked beans (saya guna tin kecil) – beli online DI SINI 4 ulas bawang putih | mayang halus – beli online DI SINI Bawang merah kecil yang banyak (yang ini boleh agak mengikut yang digunakan) | mayang tebal sikit – beli online DI SINI 15 cili padi merah & hijau (dalam 4 batang mayang untuk ditumis, bakinya koyakkan sikit supaya keluar pedas) – beli online DI SINI 2 sudu besar cili giling (jika suka,tapi saya tak pakai sebab malas nak kisar) – beli online DI SINI 2 sudu besar sos cili – beli online DI SINI 2 sudu besar sos tiram – beli online DI SINI 2 sudu besar kicap manis – beli online DI SINI Daun bawang sikit | dimayang 4 biji tomato kecil | potong 4 Garam, gula, perasa (jika perlu, tapi saya tak pakai sebab dah sedap terasa)
TONTON Minit Ekspress Special Bersama MAGGI®: Mi Kari
CARA-CARA:
1. Goreng dulu ikan sardin (untuk hilangkan hanyir tapi hati-hati kerana ikan akan meletop kuat). Angkat dan ketepikan. 2. Tumis bawang putih dan sedikit bawang merah bersama cili padi yang diracik sehingga naik bau. 3. Masukkan lebihan sos sardin, sos cili, sos tiram dan kicap. Tumis sebentar dan masukkan lebihan bawang merah dan cili tadi. 4. Seterusnya masukkan baked beans. Gaul rata kemudian masukkan tomato dan masak seketika. 4. Akhir sekali, masukkan sardin yang dah digoreng dan daun bawang. Gaul rata dan siap!
Kisar halus semua bahan bertanda * dan masukkan kelapa. Perap dalam 4 jam dan boleh masak. Kalau tak nak perap pun tak apa. Adunan memang agak cair supaya lempeng lembut nanti.
Ibu-ibu yang suka buat roti, jom cuba buat sosej sendiri. Boleh buat roti sosej yang sedap. Isi ayam terutama bahagian dada selalunya kurang dapat sambutan kalau dimasak. Bahagian kepak, paha selalu lebih dulu dipilih untuk dimakan. Jadi, kalau ada bahagian dada ayam, lebih baik diasingkan dan dibuat sesuatu jenis makanan yang lain. Misalnya sosej ayam. Jom buat sosej ayam sendiri.
SOSEJ AYAM HOMEMADE
BAHAN-BAHAN
• 200 gram isi ayam
• 1 biji telur ayam
• Lobak merah
• Daun sup
• Bawang holland sebelah
• 2 ulas bawang putih (BELI DI SINI)
• 1 sudu kecil lada hitam
• Garam dan gula (BELI DI SINI)
• 2 sudu besar tepung ubi
• 1/4 cawan air
CARA MEMBUAT
1. Kisar semua bahan di atas sehingga halus.
2. Masukkan dalam plastik aiskrim atau aluminium foil.
3. Kemudian kukus atau rebus dalam tempoh 15 minit.
4. Keluarkan sosej dari plastik atau aluminium foil dan goreng. Kalau guna aluminium foil elok kukus.
5. Sedia dihidang.
Melihatkan gaya Siti Elizad ke dapur bersama Chef Wan yang tidak kekok membuktikan Elizad memang pandai memasak. Malah beliau beruntung kerana Chef No.1 Malaysia itu sudi menjemputnya berkongsi dapur menyediakan dua menu kegemaran dan wajib ada setiap kali Ramadan.
Sambil memasak dan bercerita akan nostalgia Ramadan dengan Chef Wan, Elizad teringatkan istimewanya air tangan arwah ibu. Katanya setiap kali puasa, arwah ibu rajin ke dapur dan pakar dalam menyediakan Masak Lemak Cili Padi dan rendang.
“Air tangan mak memang super sedap, tiada tandingan. Istimewanya masakan mak, apa sahaja lauk pauk yang dimasak mesti di dalamnya dirampaikan dengan sayur atau ulam-ulaman. Terutamanya dalam Gulai Lemak Cili Padi atau rendangnya, sebab tu di keliling rumah mak penuh dengan pokok ulam-ulaman, paling tidak pucuk ubi,” ujar Elizad bila bulan puasa suka masak Rendang Campur (campuran pelbagai organ dalaman) Rendang Ayam Tua Campur Pucuk Ubi, Masak Lemak Cili Padi dan Kuah Kacang Campur Paru yang dimakan dengan Nasi Impit.
Selain lauk pauk, Elizad juga suka manisan seperti Serawa Durian Dengan Sagu, Tepung Pelita dan Murtabak Daging. Sebab itulah dia begitu teruja dan seronok bila dijemput untuk bergandingan dengan Chef Wan dalam Program Rasa Nostalgia Ramadan. Untuk episod ini Chef Wan menyediakan dia menu kegemarannya iaitu Gulai Lemak Cili Padi Daging Bersama Pucuk Ubi Kayu dan Serawa Durian Bersama Sagu. Korang yang ingin mencuba resipi masakan yang disediakan oleh Chef Wan dengan Siti Elizad, RASA kongsikan di sini.
GULAI LEMAK DAGING CILI PADI & PUCUK UBI KAYU
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | hiris nipis
1 ikat pucuk ubi| ambil daun muda sahaja
2 batang serai | titik
1 helai daun kunyit |siat-siatkan
500ml santan pekat
500ml santan cair
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR:
30 biji cili padi
4cm kunyit hidup
CARAMEMASAK:
Masukkan santan cair dalam periuk bersama daging dan serai. Renehkan atas dapur.
Setelah mereneh, masukkan bahan kisar, kacau dan biarkan mereneh hingga daging empuk.
Masukkan santan pekat, kacau dan biarkan seketika kemudian masukkan pucuk ubi kayu.
Kecilkan api dan terus kacau, bila pucuk ubi layu, masukkan belimbing buluh dan daun kunyit.
Perasakan dengan garam, secukup rasa dan biarkan mereneh lebih kurang 3-4 minit.
Tutup api, gulai sedia dihidangkan.
SERAWA DURIAN RSAMA SAGU HALUS
BAHAN-BAHAN:
10 ulas durian segar
2 helai daun pandan
50gm sagu mata ikan
1 keping gula Melaka
Sedikit gula pasir | jika suka
500ml santan pekat
100ml susu cair | jika suka
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Cuci sagu mata ikan di bawah air mengalir, kemudian toskan.
Sementara itu masukkan santan, gula Melaka dan daun pandan dalam periuk.
Didihkan hingga gula Melaka cair, masukkan durian, gaul rata .
4 Terus renehkan dan masukkan sagu dan sentiasa kacau perlahan di atas api sederhana.
Jika kurang manis boleh tambahkan sedikit gula pasir dan secubit garam.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
JANGAN LUPA TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN BERSAMA CHEF WAN DAN ARTIS UNDANGANNYA YANG LAIN.
Antara selebriti undangan yang memeriahkan program ini ialah Erra Fazira, Ummi Aida, Amy Mastura, Rozita Che Wan, Noorkumalasari, Abam Bocey, Hisyam Hamid, Bell Ngasri, Siti Nordiana dan ramai lagi.