
Hati teringin nak masak kek buatan sendiri. Kadangkala bila beli tak dapat sebagaimana rasa yang kita inginkan. Terlebih manis dan sebagainya. Ini min kongsi cara mudah buat kek span tanpa guna oven. Korang pasti teruja nak buat.
Resipi kek pandan span
5 biji (blend sehingga gebu)
Secawan gula halus
1 sudu kecil Pewarna hijau
1 sudu kecil penuh Ovelete
Bahan B (ayak sama)
2cawan gandum
1sudu kecil baking soda
1 sudu kecil baking powder
Bahan C
Setengah cawan minyak
Secawan air masak pandan(bukan panas)
Cara memasak:
1.Ambil bahan blend masukkan ke dalam bekas bahan B dan kacau sebati (kacau manja secara manual saja)
2.Kemudian masukkan minyak kacau sikit then masukkan air kacau sebati “adunan mcm cair tak pekat”.
3.Masukkan ke dalam loyang (sapu minyak sikit supaya kek xmelekat bila dah masak nanti) dan kukus atau bakar sehingga masak (40 minit)
Kredit resepi: asieyaa asr
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Kek Keju Jepun Lembut, Gebu & Hanya Guna 6 Bahan

Kek KejuJepun@ Japanese Cotton Cheesecake ni memang sedap. Teksturnya sangat gebu dan lembut. Bagi anda yang tercari-cari resipi Kek Keju yang mudah dan tidak menggunakan kos yang mahal, resipi perkongsian saudari Hidayatul Hafiza ni antara yang boleh dicuba. Memang sangat memuaskan.
RESIPI KEK KEJU JEPUN @ JAPANESE COTTON CHEESECAKE
BAHAN-BAHAN:
- 6 biji telur gred A| asingkan kuning dan putih
- 6 keping keju cheddar cheesedale
- 100gm mentega
- 100gm tepung gandum ( sebaiknya diayak) (beli ONLINE)
- 125gm gula pasir
- 300ml susu segar
CARA MEMASAK:
1. Carik-carikkan keju menjadi kepingan kecil. Ambil periuk, masukkan susu dan keju yang dah dicarik tadi.
2. Panaskan susu menggunakan api perlahan sambil dikacau sehingga keju cair.
3. Setelah keju cair, masukkan mentega. Sebaiknya, mentega dipotong kecil bagi memudahkan ia cair.
4. Setelah semua bahan cair, padamkan api dan biarkan seketika.
5. Satukan gula bersama putih telur. Pukul hingga kembang dan bertanduk. Ketepikan seketika.
6. Dalam bekas berlainan, satukan kuning telur dan esen vanilla. Pukul hingga sekata. Kemudian masukkan campuran susu dan keju yang telah dicairkan tadi.
7. Kacau campuran kuning telur dan susu hingga sebati. Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau lagi hingga sebati dan adunan tidak berketul. ( waktu ini, bolehlah mula panaskan ketuhar)
8. Tuang putih telur yang telah dipukul tadi ke dalam adunan. Kaup balikkan adunan sehingga sebati.
9. Sediakan loyang untuk adunan tadi. Sapu mentega disekelilinya. Guna loyang saiz 9 inci. Jika guna loyang ‘springform’, balut bahagian luar menggunakan aluminium foil bagi mengelakkan adunan kek keluar.
10. Ambil loyang yang lebih besar, masukkan sedikit air dan letakkan loyang kek tadi. Bakar menggunakan teknik ‘waterbath’.
11. Masukkan ke dalam ketuhar pada suhu 170C selama 20 minit menggunakan api atas bawah.
12. Kemudian turunkan suhu kepada 140C dan bakar lagi selama 40 minit.
13. Setelah kek masak, keluarkan dari acuan dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Hidayatul Hafiza
Tercari-cari KETUHAR baru yang berkualiti dengan harga yang berpatutan? Boleh dapatkan DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik.
Nak lebih banyak resipi kek? Boleh cuba resipi di bawah ni:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Kek Marjerin Kampung Guna Sukatan Cawan. Lembut Gebu Memang Sedap

Anda suka makan Kek Marjerin kampung? Kek ni antara yang paling ringkas dan senang untuk dibuat. Tapi keenakannya, bau harum dan wangi, kalah kek yang mahal. Kalau dekat rumah anda ada marjerin, apa kata cuba resipi perkongsian saudari Norcashmoney Rozaidi ni. Pasti puas hati.
CARA MEMBUAT KEK MARJERIN KAMPUNG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
1 ½ cawan marjerin – beli online disini
1 cawan susu pekat (nak manis boleh tambah lagi dalam ½ cawan) – beli online disini
1 sudu teh esen vanilla (ditambah. Ikut asal tak ada) – beli online disini
4 biji telur
2 cawan tepung naik sendiri – diayak – beli online disini
2 sudu makan serbuk koko – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Panaskan ketuhar pada suhu 170C selama 10 minit.
2. Sementara ketuhar dipanaskan, pukul marjerin dan susu hingga sebati.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul sekadar rata sahaja. Masukkan esen vanilla.
4. Kemudian masukkan tepung naik sendiri. Gaul sebati kemudian bahagikan adunan kepada dua bahagian.
5. Satu adunan dibiarkan pada warna asal dan satu adunan lagi diadun bersama serbuk koko hingga sebati.
6. Ambil loyang yang bersesuaian. Oles dengan marjerin dan boleh dialas dengan baking paper.
7. Tuang adunan ke dalam loyang secara berselang seli atau mengikut kreativiti masing-masing.
8. Bakar kek selama 45 minit atau hingga masa. Masa mungkin berbeza mengikut ketuhar masing-masing. Ubah ikut kesesuaian sendiri.
9. Kek Marjerin enak sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Norcashmoney Rozaidi
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Singgang Daging Jadi Lebih Sedap. Tambah 1 Bahan Ni Comfirm Best
https://www.rasa.my/himpunan-30-resipi-menu-sahur-terbaik-sepanjang-bulan-ramadan/
Mudah, Simple & Sedap. Resipi Kuih Cakoi Goreng Hanya Guna 4 Bahan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Biskut Semperit Susu Paling Mudah. Hanya Guna 4 Bahan.

Bila tiba bulan Ramadan kaum-kaum ibu sudah mula berfikir tentang aneka biskut yang boleh dihasilkan untuk hari raya nanti. Malah kalau nak buat niaga, inilah masanya. Salah satu resipi biskut yang popular adalah Biskut Semperit Susu perkongsian saudari Leeina Qaliena ni. Mudah, guna bahan yang ringkas tapi rasanya sedap! Anda boleh cuba.
RESIPI BISKUT SEMPERIT SUSU 4 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
- 250gm mentega @ buttercup
- 1 cawan susu pekat manis
- 400gm tepung jagung
- 3 sudu makan tepung kastard
CARA MEMASAK:
1. Satukan susu pekat manis dan mentega. Pukul atau gaul hingga sebati dan tidak berketul.
2. Masukkan tepung kastard dan tepung jagung. Gaul sebati dan uli.
3. Uli campuran mentega dan tepung hingga menjadi doh. Jika adunan terlalu lembik, tambahkan tepung jagung sedikit demi sedikit hingga dapat tekstur doh yang sempurna.
4. Dengan menggunakan acuan pecah 15, tekan doh diatas dulang pembakar dan hias menggunakan cip coklat atau hirisan ceri.
5. Biarkan doh biskut selama 10 minit sebelum dimasukkan ke dalam ketuhar. Pastikan ketuhar telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 190C selama 10 minit.
6. Bakar biskut pada suhu yang sama selama 15-20 minit. Sejukkan dan boleh disimpan dalam bekas kedap udara.
INFO: Jika doh lembik, tambahkan tepung jagung sedikit demi sedikit dan uli sehingga doh tidak melekat pada bekas. Elakkan letak tepung dalam jumlah banyak sekaligus bagi mengelakkan doh menjadi keras.
Kredit resipi & foto: Leeina Qaliena
ANDA JUGA BOLEH CUBA: