Aneka resipi kek simple, sesuai untuk ‘beginner‘. Jika anda teringin nak makan kek, anda boleh cuba buat sendiri di rumah. Lebih berbaloi kerana boleh dibuat ikut selera dan boleh makan sepuasnya. Kek yang simple boleh jadi extra sedap jika dibuat bersama anak-anak.
Resipi kek simple yang RASA sediakan ni sangat mudah dibuat dan tidak makan masa. Sesuai untuk anak-anak yang baru nak belajar buat kek. Tunggu apa lagi, jom kita cuba!
KEK TAPAK KUDA
BAHAN-BAHAN:
1/3 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan gula icing
1/2 cawan salted butter | dicairkan
3 biji telur | gred A
2 biji telur kuning
2 sudu kecil coklat emulco
1 penutup esen vanilla
1/2 sudu makan ovelette
Sapuan coklat
Nestum
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
KEK YOGURT
KEK YOGURT BERRY
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur
190gm gula kastor
50ml susu cair
125ml yogurt
220gm tepung superfine
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecil creamy vanilla
1 cawan blueberi
150gm mentega | dicairkan
5 sudu besar strawberi
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
BURNT CHEESECAKE
BAHAN-BAHAN:
3 Biji telur
250g cream cheese
½ cawan gula halus
125 ml whipping cream
2 sudu besat tepung gandum
Sedikit esen vanilla
Cara-cara boleh lihat di video… Let’s Cooking!
BROWNIES CREAM CHEESE
BAHAN-BAHAN:
250 g butter
250g chocolate compund
100g gula icing
80g serbuk koko
180g tepung gandum
250 g brown sugar
200g cream cheese
1/2 biji lemon (diperah jusnya)
4 biji telur
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanilla
Cara membuatnya boleh lihat divideo ya…Let’s Cooking!
MUFFIN COKLAT
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus Adunan Mufin Coklat
4 biji telur
180gm minyak
150ml air
100gm cip coklat
Cara membuat boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
Nota: Boleh gunakan minyak jagung atau mentega untuk dapatkan tekstur muffin yang lebih ‘moist’.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Terasa Nak Makan Kek Coklat? Cubalah Kek Oreo Susu Ni. Guna 2 Bahan Je. Mudah! Patutlah Viral.
Minggu lalu hangat mengenai Apam 3 bahan, kali ni ada resipi viral baru yang anda boleh cuba iaitu Kek Oreo Susu yang hanya menggunakan 2 bahan. Ha…tengok gambar macam sedap je. Hanya guna periuk kukusan dan tak perlu bakar pun. Jom cuba! Nanti jangan lupa komen & post gambar kek yang anda cuba buat tu ya.
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket oreo
- 100ml susu dutch lady coklat
- Semi sweet coklat cip (tambahan)
CARA MEMASAK:
- Hancur oreo dgn cream sekali (saya blend jer).
- Kemudian, tuang susu. Kacau sampai rata.
- Masukkan ke dalam loyang.
- Kukus selama 20 minit dengan api kecil.
- Untuk topping atas tu, cairkan coklat cip menggunakan teknik ‘double-boiler’. Kemudian sapu atas kek.
Nota: Resipi kek ini adalah bersaiz kecil. Jika mahu kek bersaiz besar, gandakan bahan 2 @3 kali. Kek dalam gambar menggunakan bahan yang digandakan 2 kali.
Kredit resipi & foto: HanNy Na
15 Resipi Kek Mentega Homemade Yang Paling Sedap & Mudah Dicuba.
Kek mentega sememangnya digemari semua golongan tidak kira usia. Selain rasanya yang enak, ia juga mudah disediakan dan tidak renyah. Namun, kek mentega boleh divariasikan dengan penambahan sedikit elemen moden bagi menepati citarasa moden. Jom lihat resipinya.
1. KEK MENTEGA PANDAN
BAHAN-BAHAN:
- 1 ½ cawan tepung gandum
- 1/2 sudu makan serbuk penaik
- 1/4 sudu teh garam
- 1 cawan mentega | suhu bilik
- 3/4 cawan gula kastor
- 2 biji telur (Gred A)
- 1 sudu teh pes pandan
- 1/2 cawan susu segar
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar pada suhu 180°C. Sediakan loyang bulat bersaiz 8 inci dan alaskan loyang dengan baking paper. Ketepikan.
- Satukan tepung gandum, serbuk penaik dan garam. Kemudian, ketepikan.
- Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati. Masukkan pula pes pandan.
- Campurkan bahan kering secara bergilir dengan susu. Kacau sehingga sebati.
- Tuangkan adunan tersebut ke dalam loyang dan bakar selama 25 hingga 30 minit.
2. KEK MENTEGA STRAWBERI
BAHAN-BAHAN:
- 1 ½ cawan tepung gandum
- 1/2 sudu makan serbuk penaik
- 1/4 sudu teh garam
- 1 cawan mentega | suhu bilik
- 3/4 cawan gula kastor
- 2 biji telur (Gred A)
- 1 sudu teh pes/emulco strawberi
- 12 biji buah strawberi | dipotong kiub
- 1/2 cawan susu
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar pada suhu 180°C. Sediakan loyang bulat bersaiz 8 inci dan alaskan loyang tersebut dengan kertas pembakar. Ketepikan.
- Satukan tepung gandum, serbuk penaik dan garam. Kemudian, ketepikan.
- Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati. Masukkan pula pes/emulco strawberi.
- Campurkan bahan kering secara bergilir dengan susu. Kacau sehingga sebati. Masukkan pula buah strawberi dan kacau sekali lagi.
- Tuangkan adunan tersebut ke dalam loyang dan bakar selama 25 hingga 30 minit.
3. KEK MENTEGA OREN COKLAT URAI
BAHAN-BAHAN:
- 1 ½ cawan tepung gandum
- 1/2 sudu makan serbuk penaik
- 1/4 sudu teh garam
- 1/4 cawan coklat urai
- 1 cawan mentega (suhu bilik)
- 3/4 cawan gula kastor
- 2 biji telur (Gred A)
- 1 sudu teh pes/emulco oren
- Parutan kulit buah oren secukupnya
- 1/2 cawan susu
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar pada suhu 180°C. Sediakan loyang bulat bersaiz 8 inci dan alaskan loyang tersut dengan kertas pembakar. Ketepikan.
- Satukan tepung gandum, serbuk penaik, garam dan coklat urai. Kemudian, ketepikan.
- Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati. Masukkan pula pes/emulco oren.
- Campurkan bahan kering secara bergilir dengan susu. Kacau sehingga sebati. Masukkan parutan kulit buah oren dan kacau sebati.
- Tuangkan adunan tersebut ke dalam loyang dan bakar selama 25 hingga 30 minit.
4. KEK MENTEGA LEMON & KUACI
BAHAN-BAHAN:
- 1 ½ cawan tepung gandum
- 1/2 sudu makan serbuk penaik
- 1/4 sudu teh garam
- 1/4 cawan kuaci
- 1 cawan mentega | suhu bilik
- 3/4 cawan gula kastor
- 2 biji telur (Gred A)
- 2 sudu makan jus lemon
- Parutan kulit lemon
- 1/2 cawan susu
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar pada suhu 180°C. Sediakan loyang bulat bersaiz 8 inci dan alaskan loyang tersut dengan kertas pembakar. Ketepikan.
- Satukan tepung gandum, serbuk penaik, garam dan kuaci. Kemudian, ketepikan.
- Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati. Masukkan pula jus lemon.
- Campurkan bahan kering secara bergilir dengan susu. Kacau sehingga sebati. Masukkan pula parutan kulit lemon dan kacaukan.
- Tuangkan adunan tersebut ke dalam loyang dan bakar selama 25 hingga 30 minit.
5. KEK MENTEGA NENAS UPSIDE-DOWN
BAHAN-BAHAN:
- 1 ½ cawan tepung gandum
- 1/2 sudu makan serbuk penaik
- 1/4 sudu teh garam
- 1 cawan mentega | suhu bilik
- 3/4 cawan gula kastor
- 2 biji telur (Gred A)
- Gula perang secukupnya
- Nanas | dipotong gelung
- Ceri merah | dibelah dua
- 1/2 cawan susu
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar pada suhu 180°C. Sediakan loyang bulat bersaiz 8 inci dan alaskan loyang dengan kertas pembakar. Ketepikan.
- Salutkan nenas dengan gula perang dan susunlan ke dalam loyang permbakar. Letakkan ceri merah di bahagian tengah gegelung nenas tersebut. Ketepikan.
- Satukan tepung gandum, serbuk penaik dan garam. Kemudian, ketepikan.
- Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati.
- Campurkan bahan kering secara bergilir dengan susu. Kacau sehingga sebati.
- Tuangkan adunan tersebut ke dalam loyang dan bakar selama 25 hingga 30 minit. Setelah kek tersebut masak, terbalikkan kek tersebut ke atas pinggan dan kek hidangkan.
6. KEK MARBLE NUTELLA
BAHAN-BAHAN:
- 260gm tepung gandum
- 270gm mentega
- 6 biji telur
- 250gm gula kastor
- 2 sudu makan susu pekat manis
- 1 sudu makan ovalette
- 1 sudu makan serbuk penaik
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1 sudu makan serbuk koko
- 1 sudu makan emulco kopi
- 1 sudu makan air
- Nutella secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan mentega dan susu pekat manis ke dalam mangkuk. Pukul hingga kembang. Ketepikan seketika.
- Kemudian dalam bekas berasingan, satukan gula kastor, telur, esen vanilla dan ovalette. Pukul hingga kembang.
- Masukkan tepung gandum, serbuk penaik dan air. Gaul lagi hingga sebati dan pukul hingga kembang.
- Masukkan adunan mentega sedikit demi sedikit. Gaul rata.
- Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dibiarkan pada warna asal, satu bahagian lagi dicampur dengan emulco kopi serta serbuk koko.
- Tuang adunan kek ke dalam loyang secara berselang seli. Bakar pada suhu 170C selama 45 minit atau sehingga masak.
- Setelah kek masak, sejukkan dan hiaskan dengan nutella.
7. KEK MENTEGA MARBLE
BAHAN-BAHAN:
- 250gm mentega
- 180gm gula
- 250gm telur
- 250gm tepung gandum
- 3 sudu makan susu segar
- 1 1/2 sudu teh esen vanilla
- 3 pewarna makanan pilihan
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar selama 20 atau 30 minit.
- Pukul mentega dan gula hingga kembang, gebu dan bertukar warna menjadi putih. Guna kelajuan rendah, kemudian ubah ke kelajuan sederhana dan kemudian ke kelajuan tinggi
- Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji diikuti dengan tepung. Pukul sebati menggunakan kelajuan perlahan.
- Akhir sekali masukkan susu segar dan kaup balik sehingga sebati.
- Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan warnakan dengan warna pilihan.
- Tuang aduan secara berselang seli dalam loyang bersaiz 9 inci yang telah dilapik dengan baking paper.
- Lorekkan dengan hujung pisau atau chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan.
- Bakar kek pada suhu 180C selama 40 – 50 minit atau sehingga masak. Angkat dan sejukkan atas redai.
- Sedia untuk dinikmati.
8. KEK MENTEGA BADAM
BAHAN-BAHAN:
- 250gm mentega
- 200gm gula kastor
- 5 biji telur
- 220gm tepung gandum
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 50gm serbuk badam
- 50ml susu segar
- 2 sudu makan susu pekat manis
- 100gm badam cincang
- 1 sudu teh esen vanilla
CARA MEMASAK:
- Campurkan mentega, susu pekat manis dan gula ke dalam bekas. Pukul hingga kembang.
- Masukkan telur diikuti dengan tepung gandum yang telah diayak bersama serbuk penaik. Pukul lagi hingga semua bahan sebati.
- Kemudian masukkan susu segar, serbuk badam dan esen vanilla. Kaup balik adunan hingga sekata.
- Tuang adunan ke dalam loyang dan taburkan badam cincang.
- Masukkan kek ke dalam ketuhar dan bakar opada suhu 170C selama 40-45 minit atau sehingga kek masak.
- Sejukkan sepenuhnya sebelum dinikmati.
9. KEK MENTEGA KEJU
BAHAN-BAHAN:
- 100gm mentega
- 80gm krim keju
- 130gm gula kastor
- 3 biji telur
- 120gm tepung naik sendiri
- 1 sudu teh esen vanilla
- Secubit garam
CARA MEMASAK:
- Campurkan mentega dan krim keju. Putar sehingga krim tidak berketul.
- Masukkan gula sedikit demi sedikit. Putar sehingga warna mentega menjadi putih kekuningan.
- Masukkan esen vanilla dan garam.
- Tambahkan telur satu demi satu dan sebatikan.
- Kemudian masukkan tepung dan putar hingga sebati.
- Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 170C selama 30 minit atau sehingga kek masak.
10. KEK MENTEGA PRUN
BAHAN-BAHAN:
- 250gm mentega
- 200gm gula kastor
- 4 biji telur
- 270gm tepung gandum
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 100gm buah prun
CARA MEMASAK:
- Ayak tepung bersama serbuk penaik. Ketepikan seketika.
- Dalam mangkuk berlainan, pukul mentega dan gula kastor sehingga kembang.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji dan tambahkan tepung gandum yang telah diayak. Kaup balikkan hingga sebati.
- Susun buah prun di dalam loyang yang telah digris dan tuang adunan. Bakar didalam ketuhar pada suhu 180C selama 25 minit.
11. KEK MENTEGA JAGUNG KUKUS
BAHAN-BAHAN:
- 130gm gula kastor
- 3 sudu makan mentega
- 1 sudu teh esen jagung
- 200gm tepung naik sendiri
- 4 biji telur
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat
- 100gm krim jagung
CARA MEMASAK:
- Ayak tepung bersama soda bikarbonat. Ketepikan.
- Panaskan periuk kukusan. Oles loyang dengan sedikit minyak. Ketepikan.
- Pukul gula, esen jagung dan mentega sehingga kembang.
- Kemudian masukkan telur satu persatu. Pukul hingga sebati dan kembang.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kaup balikkan sehingga sebati.
- Tambahkan jagung dan gaul lagi hingga semua bahan sekata.
- Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus selama 1 jam.
- Sejukkan kek sebelum dipotong dan dihidangkan.
12. KEK MENTEGA OREO
BAHAN-BAHAN:
- 250gm mentega
- 200gm gula kastor
- 4 biji telur
- 270gm tepung gandum
- 1 sudu teh serbuk penaik | diayak bersama tepung
- 20gm serbuk koko
- 100gm biskut Oreo | dibuang inti
CARA MEMASAK:
- Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan mentega. Perlahankan kelajuan mixer.
- Tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Adun hingga sebati.
- Asingkan sedikit adunan dan campurkan serbuk koko.
- Masukkan sedikit adunan ke dalam loyang dan ratakan. Susun oreo diulangi dengan lapisan koko. Kemudian susun oreo lagi.
- Ulangi langkah nombor 5 hingga adunan habis.
- Bakar didalam ketuhar pada suhu 180C selama 30 minit.
13. BROWNIES BUTTER CAKE
BAHAN BROWNIES:
BAHAN A:
- 140gm coklat masakan hitam
- 50gm mentega
( Panaskan bahan diatas secara double-boiler. Ketepikan)
BAHAN B:
- 1 biji telur
- 50gm gula perang
- 35gm tepung gandum
( Campur semua bahan B ke dalam Bahan A. Pukul rata menggunakan spatula. Bakar pada suhu 180C selama 15-20 minit. Sejukkan sebentar.)
BAHAN KEK MENTEGA:
- 120gm mentega yang sudah dilembutkan
- 100gm gula kastor
- 2 biji telur
- 120gm tepung naik sendiri
- 1/4 sudu teh serbuk penaik | ayak bersama tepung
- 50ml susu cair @ susu segar
CARA MEMASAK:
- Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
- Kemudian masukkan sebiji telur. Pukul. Kemudian barulah dimasukkan telur kedua.
- Masukkan tepung berselang seli dengan susu sehingga habis.
- Ambil 1/3 adunan, campurkan pewarna hitam atau mengikut kreativiti sendiri. Tuang ke atas brownies tadi.
- Bakar semula pada suhu 160C selama 30-40 minit atau sehingga masak.
14. KEK MENTEGA MIXED FRUITS
BAHAN-BAHAN:
- 250gm mentega
- 135gm gula kastor
- 50gm gula merah/perang
- 3 biji telur (saiz B)
- 200gm tepung naik sendiri
- 150gm buahan campur | direndam dengan air suam dan toskan
- 1 sudu teh esen vanilla
CARA MEMASAK:
- Pukul mentega dan gula kastor sehingga kembang dan berkrim.
- Ambil sedikit tepung dan masukkan buahan campuran ke dalam tepung. Gaul dan ketepikan.
- Masukkan telur satu persatu dan putar.
- Masukkan tepung dan diselang seli dengan campuran buahan tadi. Kacau sehingga sebati.
- Panaskan ketuhar dan masukkan adunan ke dalam loyang saiz 7 inci.
- Bakar sehingga masak dengan suhu 175C selama 45 minit.
Info chef: Jika guna tepung gandum biasa, tambahkan 1 sudu teh serbuk penaik.
15. KEK MENTEGA MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
- 250gm mentega
- 125gm gula kastor
- 250gm tepung naik sendiri
- 4 biji telur
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1/2 cawan susu pekat manis
- Kepingan masam manis secukupnya
CARA MEMASAK:
- Pukul mentega dan gula hingga kembang.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul sekejap.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit diikuti esen vanilla dan susu pekat. Putar hingga sebati.
- Masukkan sedikit adunan dan lapiskan diatasnya dengan kepingan masam manis. Bakar pada suhu 170C sehingga keperangan.
- Ulang langkah melapis sehingga adunan habis dan kek masak.
Resipi Sotong Goreng Tepung Yang Sedap, Bersalut Elok & Berkerak Rangup.
Sesekali masak sotong celup tepung memang sedap. Namun ada kalanya tepung tidak bersalut elok pada sotong dan tak rangup. Cuba resipi yang RASA kongsikan ni. Anda pasti puas hati. Sedap, mudah dan dijamin sedap!
SOTONG GORENG TEPUNG DAUN KARI
BAHAN-BAHAN:
- 500gm sotong | potong bulat & keringkan airnya
- 1 biji telur
- 2 sudu makan rempah kari
- 1 tangkai daun kari
- 60gm tepung gandum
- 60gm tepung jagung
- 3 sudu makan tepung beras
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Di dalam satu mangkuk, pecahkan telur, masukkan tepung jagung, tepung beras, tepung gandum, daun kari dan rempah kari. Gaul sebati.
- Kemudian masukkan sotong ke dalam adunan dan gaul lagi hingga sekata. Ketepikan.
- Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan sotong yang telah disalut tepung tadi satu persatu. Goreng dengan api sederhana besar hingga warna kekuningan. Angkat dan tos. Ulangi langkah hingga selesai.
- Sedia dihidangkan.
Info chef: Hidangkan bersama sos pilihan masing-masing. Malah, jika dimakan begitu sahaja pun sudah cukup enak.
BACA:
http://www.rasa.my/tip-untuk-tepung-tak-lerai-dari-sotong-waktu-digoreng/
TIP MEMILIH SOTONG SEGAR
- Bila disentuh,badan sotong segar terasa lebih pejal, keral, kenyal dan tidak lembik ketika ditekan.
- Kepala dan badan sotong tidak tertanggal apabila diangkat.
- Matanya bulat,sempurna, tidak berkedut dan juga bersinar.
- Badan sotong berwarna putih dan terdapat sedikit bintik hitam. Jangan beli jika sotong lembik, kulit terkoyak, berwarna ungu lebam serta kemerahan kerana ia adalah sotong yang lama.
- Sotong segar biasanya masih berlendir dan tidak berbau terlalu hanyir.
- Badan sotong yang terluka atau terkoyak tidak mempunyai kesan hitam.
- Dakwat hitam tidak keluar dari bahagian badansotong.
Semoga tips ini dapat membantu anda untuk menjadi lebih bijak dalam membuat pilihan ketika membeli sotong segar. Selamat mencuba!
ANDA JUGA MUNGKIN SUKA:
Rahsia Bancuhan Ikan Celup Tepung Yang Halus, Rangup & Sedap. Mudah Je Rupanya!