
Buah pelam muda memang sangat sedap kalau dimakan dengan kuah rojak. Begitu juga dengan buah lain misalnya nanas, sengkuang, pelam siam, jambu atau betik. Kuah rojak ni senang kata macam pelengkap kalau makan dengan buah yang masam. Tak lengkap rasanya kalau makan buah tanpa pencecah. Lagi-lagi kalau buah yang masam misalnya pelam atau nanas. Kalau korang suka makan buah, mesti ada pencecah kat rumah kan? Kalau tetiba kuah rojak atau pencecah habis, bolehlah try buat sendiri. Senang je. Sedap pun sedap.
KUAH ROJAK

BAHAN-BAHAN
1kg cili sos
1 botol besar kicap manis (apa brand pun boleh)
1kg gula (gula melaka dan gula pasir).
1 botol petis (otak udang)
20 biji cili dikisar halus (kurangkan kalau tak nak pedas)
1/2 cawan kacang tumbuk
1/2 cawan bijan panggang
CARA MEMBUAT
1. Satukan semua bahan dalam kuali. Masak atas api perlahan sehingga pekat.
2. Sejukkan dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

INFO
Resipi ini tahan berbulan-bulan.
Resipi daripada Telegram KakiMakan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sambal Belacan Tumbuk Ni Memang Padu, Resipi Pun Mudah Je

Dah namanya orang Malaysia, tidak lengkap sajian makan tanpa adanya Sambal Belacan. Bagi anda yang memang wajib ada sambal bila tiap kali makan, resipi Sambal Belacan tumbuk guna lesung batu perkongsian saudari Mariana Zainal ini tentunya wajib untuk dicuba. Mudah sahaja tapi rasanya memang terbaik. Rugi kalau tak cuba tau. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI SAMBAL BELACAN TUMBUK BY MARIANA ZAINAL

BAHAN-BAHAN:
25 biji cili padi
1 biji cili merah (cili besar)
1/2 sudu teh gula (jangan banyak. Tak nak sambal jadi manis)
Sedikit bahan perasa
Belacan sebesar ibu jari – beli online disini
1/4 cawan air asam jawa pekat – beli online disini
1 biji limau nipis (perah ambil jusnya)
2 sudu makan air
CARA MEMASAK:
1.Tumbuk cili padi, cili merah, gula, bahan perasa dan belacan menggunakan lesung batu. Boleh guna mesin pengisar tapi lebih sedap jika tumbuk guna lesung.
2. Satukan bahan tumbuk dengan air asam jawa, perahan jus limau kasturi dan air.

3. Kacau sebati dan Sambal Belacan Tumbuk yang sedap sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Mariana Zainal
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Mudahnya Buat Sendiri Sup Cendawan Ala Pizza Hut & Roti Bawang Putih
Buat Sendiri Kacang Goreng Bawang Putih. Sedap & Rangup Berlemak
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Buat Colek Buah Yang Sedap, Pekat Tanpa Guna Belacan. Kuantiti Satu Periuk

Lepas makan nasi, makan pulak colek buah memang ngam. Dapat pulak colek yang dibuat sendiri lagilah sedap.
Satu tip untuk hasilkan colek buah yang sedap adalah kena gunakan belacan. Tapi bagi yang alah atau kurang gemar makan belacan boleh gunakan cara yang dikongsi oleh Ben Safwan.
Resipi colek buah ini rasanya tetap sedap. Sukatan ini juga adalah untuk kuantiti satu periuk, jadi boleh buat stok atau beri pada saudara, jiran atau rakan.
Cara buat colek buah sedap tanpa guna belacan

Bahan:
1 liter air
500 gm gula putih
40 gm udang kering Thailand – dibakar/disangai
5 sudu makan petis udang halal Istiqamah Halim
1 keping besar nise Kelantan ( gula melaka )
150gm bawang putih- cincang dan digoreng
40gm serbuk lada kering halus
250gm kacang tanah goreng – kisar halus
250gm kacang tanah goreng – kisar separa kasar
200gm serbuk asam boi putih
30gm asam jawa
10 sudu makan kicap pekat Jalen
2 sudu teh garam halus ( pink kristal Halalgel )
Cara Membuat
1. Persiapkan bahan. Sangai/bakar udang kering, cincang dan goreng bawang putih, sangai kacang tanah dan bahagi dua. 1 kisar halus 1 kisar separa kasar, sediakan air asam jawa. Air ambil dari total 1 liter tadi.

2. Mula-mula didihkan 1 liter air. Kemudian, masukkan gula putih dan sekeping besar nise. Dah larut semua, kecilkan api.
3. Dalam pengisar masukkan serbuk asam boi putih, 1 bahagian kacang kisar halus, serbuk lada kering halus, bawang putih goreng, garam, air asam jawa bersama isi (biji buang), petis udang dan ambil air gula tu sikit masukkan.
4. Kisar halus semua bahan sebelum masukkan semula dalam periuk. Buka api sederhana kecil dan kacau sebati.
5. Tambah masuk kicap pekat dan masak antara 20 minit dengan api sederhana kecil; Kacau sesekali.

6. Tutup api dan biarkan sejuk seketika barulah masukkan satu bahagian kacang kisar (dikisar separa kasar) untuk tekstur rangup.
Colek ini akan pekat dengan bahan dan tanpa menggunakan sebarang tepung atau agen pemekat lain.

Cara simpan, biarkan sejuk dan letak dalam bekas kecil dan simpan dalam peti ais.
Sumber: Ben Safwan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Sambal Rambutan Pedas & Manis, Begini Cara Buatnya


Ada banyak buah rambutan di rumah dan tak tahu nak buat apa? Jangan risau, rambutan juga boleh dibuat sambal.
Menerusi perkongsian saudara Kamarul Ariffin Nor Sadan, sambal rambutan ini sedap dimakan dengan nasi atau diratah begitu saja.
Sambal ini lengkap ada manis dan pedas, serta rasa lemak bawang putih dan ikan bilis. Resipi ini menghasilkan kuantiti untuk 2-3 orang makan.
RESIPI CARA BUAT SAMBAL RAMBUTAN

BAHAN-BAHAN:
25 biji rambutan
2 tangkai cili merah – beli online DI SINI
2 tangkai cili padi – beli online DI SINI
4 ulas bawang putih – beli online DI SINI
4 ulas bawang merah (kecil) – beli online DI SINI
1 genggam ikan bilis – beli online DI SINI
1 biji limau kasturi – beli online DI SINI
Garam secukup rasa – beli online DI SINI
TONTON Dapur Rasa Live: Roti Pintal Kurma
TONTON Dapur Rasa Live: Mangolian Beef
CARA-CARA:
1. Buang biji rambutan dan isinya kita siat kecil-kecil. Boleh buang biji dengan kupas isinya dengan jari atau guna pisau kalau isi dia jenis tak lekang dari biji.


2. Potong cili seperti di dalam gambar. Bawang merah dan bawang putih tak payah potong. Kita nak tumis dia besar-besar begini. Oh ya, saya menggunakan penggesek cili cobek.
[KLIK DI SINI SERTAI PERADUAN MAGGI RASA]


3. Tumis cili, bawang merah dan bawang putih sampai bahan-bahan ni jadi lembut dan wangi. Guna api sederhana supaya tak hangus luarnya.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
4. Cuci bersih dan keringkan ikan bilis. Kemudian, digoreng sampai garing dan rangup. Selepas itu, campak sekali dalam kuali dengan cili.

5. Bila bilis dah garing dan bahan lain tu dah lembut. Angkat dan toskan lebihan minyak. Rehatkan bahan ni. Biarkan ikan bilis tadi sejuk sedikit dan menjadi rangup.
6. Sekarang kita boleh gesek bahan-bahan ni guna cobek (tempat menggiling lada). Bilis tu akan berbunyi keriuk-keriuk bila digesek. Cili dan bawang akan dilenyek dengan mudah.


7. Jadilah macam ni! Kalau makan macam ni pun dah mengancam sebenarnya, tapi hero kita adalah rambutan. Jadi harap bersabar!

8. Satukan rambutan dan sambal gesek bilis tadi. Gaul semuanya sampai sebati. Saya cuba sedikit apa yang kurang. Bilis saya tak masin, jadi kena tambah garam.

9. Letak sedikit garam. Nak letak belacan pun boleh. Cencaluk atau budu pun boleh je. Itu semua sumber kaya dengan umami (rasa sedap yang nikmat). Baru sedap!

10. Akhir sekali, untuk seimbangkan rasa masin, manis, dan pedas tu, saya perahkan sebiji limau kasturi. Kalau tak cukup pedas, boleh tambah cili padi lagi.

11. Siap! Benda ni, kalau ratah macam tu sahaja pun boleh. Manis dan pedas. Ada rasa lemak dari bawang putih yang kita goreng tadi, dan gurih ikan bilis. Makan dengan nasi pun sangat sedap!
Kredit resipi: Kamarul Ariffin Nor Sadan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

