Hari raya Aidilfitri tinggal tak berapa lama sahaja lagi. Ada yang masih belum mula buat biskut raya? Bagi anda yang tercari-cari resipi biskut yang mudah tapi sedap, apa kata anda cuba resipi Biskut Telur Rebus @ Biskut Cincin perkongsian saudari Mazliza Ahmad ni. Memang mudah, mudah nak terap dan rasanya sangat sedap. Rugi kalau tak cuba.
CARA MEMASAK: 1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan kuning telur yang telah dihancurkan dan esen vanilla. 2. Keluarkan dari pengadun dan tambahkan tepung. Uli hingga jadi doh. Jika doh agak lembut, tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikt sehingga dapat tekstur doh yang mudah dicanai dan diterap.
3. Terap dengan acuan bulat dan lubangkan ditengahnya dengan acuan yang lebih kecil. Jika tiada, boleh guna apa-apa acuan yang anda ada. 4. Sapu kuning telur pada biskut dan tabur kacang secukupnya.
5. Bakar pada suhu 140-160C selama 15-20 minit atau sehingga biskut menjadi keperangan.
Sekarang ni semua orang nak masak ringkas, cepat dan sedap. Salah satunya menu Daging Dedeng. Dengar macam susah tapi senang sebenarnya. Tak percaya boleh follow je resipi yang dikongsikan ini. Lagi ringkas kalau anda rebus daging dan titiknya siap-siap dan perap seharai sebelum dan simpan dalam peti sejuk. Setengah jam sebelum berbuka baru masak. Comfirm sedap.
DAGING DENDENG BAHAN-BAHAN: 1/2kg daging | rebus hingga empuk 1/2 cawan kicap 3-4 sudu makan cili boh/ pes cili kering BAHAN KISAR: 5 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 3cm halia 1 batang serai 1 biji cili merah
CARA MEMBUAT:
Hiris daging yang direbus empuk, titik bagi leper dan gaulkan dengan kicap pekat manis.
Perap sekurang-kurang 1 jam. Kalau semalaman lagi sedap.
Panaskan minyak, goreng sekejap dan angkat (asal goreng sahaja)
Panaskan lebih kurang 3 sudu makan minyak lebihan goreng daging tadi. Tumis bahan kisar hingga wangi.
Tambahkan cili boh/cili kisar. Kacau lagi hingga pecah minyak.
Masukkan daging goreng tadi, dan lengkapkan rasa jika perlu tambah garam, gula atau perasa. Ikut citarasa.
Kecilkan api dan terus kacau daging hingga betul-betul kering.
Tutup api dan sedia dihidangkan dengan nasi putih, atau nasi impit mahupun lemang.
Rasa penuh bercoklat mampu menjadi terapi minda setelah penat dengan urusan kerja dan rutin seharian. Manis dengan rasa Milo yang enak.
Resipi ini tidak menggunakan tepung gandum dan bahan-bahan pun ringkas sahaja. Selain Milo boleh aje menggunakan minuman koko yang lai seperti Ovaltine atau Vico.
Kadang kita makan nasi di kedai mamak atau restoran nasi kandar, kita rasa ayam dia tu sedap betul kan? Nak tau cara masak lauk ayam macam tu? Nah, RASA berikan resipinya. Boleh buat untuk jamu seisi keluarga.
AYAM STYLE MAMAK NASI KANDAR
Bahan-bahan
1 ekor ayam dipotong kecil
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
Minyak masak untuk menggoreng ayam
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
Bahan Kisar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji buah keras
4 tangkai cili hijau
3 tangkai daun kari
1 inci halia
Caranya: Kisar semua bahan sehingga lembut.
Bahan Tumis
1 biji bawang holand (hiris bulat)
Rempah 4 sekawan
3 tangkai daun kari
Bahan Rempah
2 peket kecil rempah kari daging
6 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
3 sudu besar serbuk kas-kas
Caranya: Satukan Bahan Rempah dengan air dan kacau.
Cara memasak
1. Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng ayam separuh masak. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak, tumis Bahan Tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan bancuhan Bahan Rempah. Tumis lagi sampai pecah minyak.
4. Tambahkan sos tomato dan sos cili 3
5. Tambah air sedikit dan masukkan ayam. Biar mereneh.
6. Hias dengan daun ketumbar. Siap untuk dihidang.
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...