Salad kentang sedap penuh rasa lemak berkrim. Kalau versi Melayu, boleh panggil kerabu kentang.
Ia boleh dijadikan sebagai hidangan hidangan pembuka. Makan waktu sedang berehat selepas solat tarawih pun sedap.
Atau bagi yang tak suka makan makanan berat waktu sahur, boleh juga makan salad kentang ini. Hidangan ini boleh dimakan panas atau sejuk.
Menurut puan Siti Hazneza Abdul Hamid, yang berkongsi resipi ini, potato salad atau salad kentang ini seperti salad pembawa (carrier salad). Maksudnya salad yang boleh dijadikan alasan untuk masukkan bahan-bahan lain untuk dimakan.
Hendak tambah brokoli celur? Silakan.
Hendak tambah isi ayam? Silakan.
Ads
Hendak tambah sosej yang dicincang dan digoreng rangup? Silakan.
Okay, ini resipinya ye.
Salad Kentang Sedap Penuh Rasa Lemak Berkrim
Bahan-Bahan:
5 biji ubi kentang – rebus sehingga empuk 4 biji telur – rebus 1 labu bawang besar – cincang halus – boleh beli online di sini ¼ biji lobak merah – cincang halus ½ biji cili hidup (merah) – buang biji dan cincang halus – boleh beli online di sini ½ biji cili muda (hijau) – buang biji dan cincang halus 2 sudu makan daun bawang – dihiris 2 sudu makan daun sup – dihiris 1 batang saderi – dicincang halus
Dadukan ubi kentang yang telah direbus mengikut saiz yang memudahkan untuk dimakan. Ketepikan.
Dalam satu mangkuk, lecek telur rebus menggunakan garfu.
Kemudian tambahkan mayonis, garam, serbuk Rosemary/ oregano/ Italian herbs, serbuk lada hitam kasar, gula dan cuka/jus lemon/ jus limau nipis. Gaul rata.
Masukkan sayur-sayuran yang dah dicincang dan dihiris halus tadi dan gaul rata.
Ads
Setelah itu, masukkan ubi yang didadu dan gaul rata.
Siap untuk dihidang atau disimpan dalam peti sejuk dalam bekas bertutup jika mahu makan sejuk.
Bosan dengan menu yang selalu kita makan. Ubah selera dengan mi segera tapi dibuat kerabu mi segera siam yang menjadi kegemaran ramai.
KERABU MI SEGERA POWER
BAHAN-BAHAN:
3 bungkus mi segera Siam (wajib guna mi segera ini kalau ingin rasa sama)
1 biji tomato dihiris
1/2 labu bwg besar Holland diptg dadu
Segenggam daun ketumbar dihiris
Sedikit lobak merah dipotong halus (pilihan)
Sedikit kobis dipotog halus (pilihan)
1 biji cili merah
1 sudu makan sos ikan
1 sudu besar air limau nipis
2 paket rempah mi segera siam (lagi satu untuk proses akhir)
BAHAN ISI:
Udang, sotong, fishcake, crabstick, fishball
(Udang dibuang kulit dan dibelah 2 baru)
CARA MEMASAK:
1. Panaskn air utk merebus bahan lauk dan mi segera.
2. Masukkan 1 paket rempah mi segera dan tunggu hingga mendidih.
3. Masukkan seafood. Udang dahulu baru fishcake sebentar sahaja. Kalau sotong jangan rebus bersama udang, rebus satu-satu jenis sebab kadar masaknya berbeza. Keluarkan seafood.
4. Dalam periuk rebusan yang sama masukkan mi segera. Bila sudah lembut keluarkan, masukkan dalam mangkuk besar untuk menggaul kerabu. Air rebusan jangan dibuang.
5. Masukkan semua bahan sayur, seafood dalam mangkuk mi. Sendukkn air rebusan, sos ikan dan jus limau nipis serta 1 paket rempah mi siam tadi)
Kalau rasa nak makan kerabu sotong ala Thailand, tak perlu dah beli di kedai kerana anda sendiri mampu hasilkannya sendiri di rumah. Cukup masam, masin dan pedasnya. Makan tanpa nasi pun boleh sebab ada suhun di dalamnya.
KERABU SOTONG SUHUN
BAHAN-BAHAN:
Sotong | dihiris nipis dan dicelur seketika
Bawang merah | dimayang halus
Cuka secukupnya
Limau nipis secukupnya
Cili padi | dihiris
Serai | dihiris nipis
Daun ketumbar | dihiris
Garam dan gula secukup rasa
Kicap sotong secukupnya
CARA MEMASAK
Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk.
Tambahkan bahan perasa seperti kicap sotong, garam dan gula secukupnya.
Siap dan sedia untuk dinikmati.
Nota: Jumlah bahan-bahan bergantung kepada jumlah sotong yang digunakan. Padankan mengikut citarasa anda.
Kerabu Pucuk Paku merupakan salah satu resepi kerabu yang sangat popular. Pucuk paku yang mudah dan berkhasiat seperti zat besi dan vitamin A.
KERABU PUCUK PAKU
BAHAN-BAHAN ASAS:
2 – 3 ikat pucuk paku (disiang tapi ambil bahagian yang muda sahaja kemudian basuh bersih dan celur seketika dalam air yang di didihkan)- bubuh sikit garam dalm air.
Sebiji kecil kelapa (parut – sangai macam hendak buat kerisik tapi jangan sampai warna coklat gelap sangat)
BAHAN TUMBUK:
5 biji cili merah
1 biji bawang besar
1 sudu makan belacan yang digoreng terlebih dahulu
1 sudu makan udang kering- di cuci bersih & rendam air panas 10minit…toskan
1 sudu kecil serbuk lada hitam (kasar)
BAHAN PERASA:
garam
gula
6-7 biji perahan limau kasturi
serbuk perasa (pilihan)
CARA MENYEDIAKANNYA:
Bahan yang sudah ditumbuk campurkan dengan bahan asas
Perasakan bahan yang sudah dicampur. Gaul rata.
Akhir sekali masukkan pucuk paku yang sudah dicelur. Gaul lagi hingga rata.
INFO:
Boleh tambahkan kerang yang sudah direbus.
Jika mahu rasa lagi pedas boleh tambahkan cili padi.