Kerang dibasuh bersih dan toskan. Panggang dalam pemanggang ajaib. Tabur dua sudu makan garam. Kalau nak rebus pun boleh. Kalau bakar, ala-ala kerang bakar. Sedap!
Panaskan minyak dalam kuali, Dah panas, masukkan bahan tumbuk. Tumis hingga terbit wangi. Kemudian masukkan bahan hiris. Kacau sebati.
Masukkan sos tiram. Kemudian masukkan sos chili Thai. Masukkan pula Sunquick. Sesudu makan je. Jangan banyak. Kalau Limau nipis. Perahkan 1/2 biji limau.
Ads
Kacau rata. Kemudian masukkan sedikit garam. Sebab masa kita bakar kerang tadi kita dah bubuh garam. Masukkan gula untuk seimbangkan rasa masam, manis, pedas, masin tu.
Kuah dia dah hampir siap. Mesti likat begini tau. Kalau pekat sangat adjust masukkan air sikit. Jangan cair sangat!
Masukkan kerang. Kacau rata sampai sebati.
Celur Maggi dan toskan.
Akhir sekali, tabur dengan hirisan daun sup. Siap! Ini cukup untuk 4 orang.
Menu viral bertukar ganti dan menjadi ikutan ramai, namun menu kampung yang menjadi warisan ini tetap menjadi pilihan ramai. Kadang-kadang bila teringin makan masakan kampung automatik teringatkan masakan mak kat kampung. Hari ni, RASA kongsikan variasi menu kampung untuk mengembalikan ingatan korang pada ibu di kampung. Keikhlasan dan kasih ibu menjadikan air tangannya sentiasa sedap pada selera anak-anak, walaupun hanya sambal ikan masin. Betul tak?
KARI TULANG BERSAMA REBUNG
BAHAN-BAHAN:
1 kg tulang | cuci bersih dan rebus hingga empuk
150gm rebung jeruk | cuci bersih dan tos
500ml air rebusan tulang
250ml santan
1/2 cawan air asam jawa
2 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
4 sudu makan rempah kari daging
2 sudu makan sebuk cili
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan minyak masak
BAHAN REMPAH PENUMIS:
3cm kulit kayu manis
2 tangkai bunga lawang
6 ulas buah pelaga
5 biji bunga cengkeh
BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah
5 ulsa bawang putih
4cm halia muda
3 cm lengkuas
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan rempah penumis hingga wangi.
Masukkan bahan kisar, kacau rata hingga timbul minyak.
Kemudian masukkan campuran rempah kari dengan serbuk cili yang dibancuh dengan air.
Terus kacau hingga wangi dan tumisan pecah minyak.
Masukkan tulang yang telah direbus bersama rebung tadi.
Kacau rata dan tambah dengan air rebusan tulang.
Biarkan mereneh seketika, kemudian tambahkan air asam jawa dan santan.
Setelah mereneh lebih kurang 3-4 minit, perasakan dengan garam dan gula.
Kecilkan api dan biarkan kari mereneh dan timbul minyak.
Setelah cukup rasa, tutup api dan kari sedia dihidangkan.
KERABU PERUT BERSANTAN
BAHAN-BAHAN:
500gm perut | rebus hingga empuk dan hiris nipis
2 sudu makan kerisik
1 cawan santan
2 batang kacang panjang | hiris halus
1 biji bawang besar | belah dua dan hiris nipis
4 tangkai daun kesum | buang tangkai & mayang halus
10 biji cili padi hijau | hiris halus
2 biji cili merah hiris
2 sudu teh serbuk lada hitam
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan hirisan perut yang telah direbus dalam mangkuk bersama hirisan bawang besar, cili padi, cili merah, daun kesum bunga kantan dan kacang panjang. Gaul rata.
Bancuh kerisik dengan santan, tuangkan dalam mangkuk berisi campuran perut.
Perasakan dengan garam, gula dan perahan jus limau nipis.
Gaul rata dan tambah santan jika perlu.
Setelah cukup rasa, kerabu sedia dihidangkan.
KUPANG TUMIS TAUCHU CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
500 gm kupang frozen | bersihkan, celur dan tos
15 biji cili padi | hriis
15 biji cili merah | hiris
1 biji bawang besar | belah dua dan hiris bulat
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu makan air asam jawa
4 sudu makan minyak masak | untuk menumis
BAHAN KISAR HALUS:
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu makan tauchu
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawah besar hingga layu.
Masukkan bahan kisar, kacau rata hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan hirisan cili padi dan cili merah. Kacau lagi.
Kemudian masukkan kupang yang telah dicelur tadi.
Kacau rata dan tambah air jawa, sedikit garam dan gula secukup rasa.
Kacau rata hingga air kupang kering.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sambal kupang sedia dihidangkan.
GULAI REMPAH TULANG IKAN MASIN & TERUNG BULAT
BAHAN-BAHAN:
1/2kg tulang ikan masih merah/kurau | rendam
2 biji terung bulat | belah empat
500ml santan kelapa
2 keping asam gelugor
2 sudu makan rempah kari ikan
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm halia muda
3cm kunyit hidup
BAHAN TUMIS DARAT:
4 biji bawang merah | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
1 sudu makan rempah campur
1 tangkau daun kari | lurut dari tangkai
CARA MEMASAK:
Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar serta rempah kari, kacau rata.
Masukkan bersamanya tulang ikan masin bersama terung dan asam gelugor.
Renehkan atas api sederhana hingga mendidih dan terung empuk.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya (rasa dulu, jika perlu baru masukkan garam kerana ikan masin sudah masin).
Setelah cukup rasa, ketepikan periuk gulai.
Sementara itu, panaskan sedikit minyak dalam kuali, goreng hirisan bawang merah, bawang putih.
Bila wangi masukkan rempah campur dan daun kari.
Setelah wangi, tutup api dan tuangkan dalam periuk gulai tadi.
Kacau seketika, kemudian gulai sedia dihidangkan.
RENDANG KERING PARU
BAHAN-BAHAN:
500gm paru | rebus hingga empuk & hiris nipis
500ml santan
2 sudu makan kerisik
2 keping asam gelugor
3 sudu makan pes cili kering
Garam dan gula secukupnya
1 helai daun kunyit | carik-carik
1/2 cawan minyak masak
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm lengkuas
2cm halia
3 batang serai
3 biji buah keras
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
Kemudian masukkan pes cili kering, kacau rata hingga pecah minyak.
Masukkan paru, kacau rata dan masukkan santan dan asam gelugor.
Biarkan mereneh atas api sederhana, sekali sekala kacau.
Apabila kuah mula pekat masukkan kerisik, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api dan sentiasa kacau hingga rendang paru kering.
Setelah kering tutup api, taburkan daun kunyit dan gaul rata.
Rendang kering paru sedia dihidangkan.
Anda sedang mencari KUALI NON STICK? Boleh cari DISINI.
Cuti panjang hujung minggu ni sempena sambutan Tahun Baru Cina, Apa kata anda manfaat cuti ke dapur untuk mencuba satu dua resipi yang RASA kongsikan dari Scence Chinese Restaurant, Swiss Garden Hotel & Residences, KL Percayalah memang sedap dan berbaloi cuba sebagai hidangan seisi keluarga bila ahli keluarga semua berkumpul.
CHILLED BAKED FISH BELLY WITH SALAD
BAHAN-BAHAN:
80gm Dried Fish Maw | hiris kecil
30gm bawang Holland | hiris
30gm Chinese Parsley |hiris
10gm cili merah | hiris
10gm cili padi | hiris
20gm daun bawang | hiris
50gm sos cili Thai
10gm serbuk pati limau nipis
10gm sos ikan Thai
20gm salad Iceberg Lettuce | hiris
10gm bunga kantan | hiris
10gm hirisan jeruk bawang
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, goring dried fish Maw hingga garing. Angkat dan toskan.
Campurkan hirisan bawang Holland, cili merah, cili padi bawang jeruk dan bunga kantan. Gaul rata dan ketepikan.
Seterusnya campurkan sos cili Thai, sos ikan Thai bersama serbuk pati limau nipis di dalam campuran bahan hirisan tadi dan gaul rata.
Akhir sekali, hidangkan bersama hirisan salad Iceberg Lettuce, daun bawang dan Chinese Parsley.
Terus hidangkan untuk mendapatkan keranggupan.
DEEP-FRIED CRISPY SOFT SHELL CRAB
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ketam cengkerang lembut | bersih & toskan
1 biji telur
15gm tepung beras
10gm tepung Ting Meng
0.5gm tepung kanji kentang Hong Kong
20gm bawang besar | hiris
10gm daun Chinese Parsley |hiris
10gm salad Iceberg Lettuce | hiris
30 gm timun | hiris
30gm lobak merah | hiris
10gm daun bawang | hiris
0.5gm cili merah | hiris
Sedikit hirisan bunga kantan
0.5gm pati serbuk limau nipis | hiris
20gm sos cili manis Thai
0.5gm sos ikan Thai
CARA MEMASAK:
Campurkan tepung beras, tepung Ting Meng, tepung kanji kentang bersama sedikit lada sulah dan garam. Gaul rata.
Masukkan telur yang telah dikacau dan tambahkan sedikit air. Kacau rata menjadi bancuhan pekat.
Panaskan minyak dalam kuali di atas api sederhana.
Celupkan ketam dalam bancuhan tepung, kemudian goreng ketam hingga garing. Angkat dan toskan minyak.
Campurkan hirisan bawang, cili merah, bunga kantan, timun dan lobak merah, gaul rata.
Seterusnya, masukkan sos cili Thai,sos ikan Thai dan serbuk pati limau nipis di dalamnya, gaul rata lagi.
Kemudian campurkan hirisan salad Iceberg Lettuce dan Chinese Parsley. Gaul lagi.
Akhir sekali masukkan dalam pinggan dan hidangkan bersama ketam goreng tadi.
CREAMY COCONUT PRAWN
BAHAN-BAHAN:
300gm undang putih | bersihkan
10gm daun kari | leraikan dari tangkai
5gm cili padi | hiris halus
20gm kelapa parut
2 biji telur
15gm susu sejat
30gm mentega
20gm salad Iceberg Lettuce
5gm pati serbuk ikan
CARA MEMASAK:
Pecahkan telur, tambahkan susu sejat dan sedikit garam, gaul rata.
Panaskan minyak dalam kuali.
Gaulkan udang dalam bancuhan telur, kemudian goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Mengunakan kuali lain, tumiskan daun kari, cili padi dan kelapa parut hingga wangi.
Masukkan udang, dan perasakan dengan serbuk pati ikan.
Tutup api, angkat dan hidangkan dengan salad Iceberg Lettuce
SZECHUAN MAPO TOFU POT
BAHAN-BAHAN:
1 paket tauhu Jepun
100gm isi ayam cincang
10gm Hong Kong Starch
10gm cili benggala hijau
10gm cili benggala kuning
10gm cili benggala merah
50gm pes cili
30gm cuka
50gm gula
10gm serbuk ikan
20gm kanji kentang Hong Kong
10gm pes cili
10gm sos tiram
5gm kicap
CARA MEMASAK:
Potong dadu tauhu tauhu Jepun dan perasakan dengan kicap cair.
Kemudian kukus lebih kurang lima minit. Masukkan dalam mangkuk dan ketepikan.
Dalam kuali lain. Panaskan minyak kemudian tumiskan pes cili, kacau hingga pecah minyak.
Masukkan daging cincang dan semua jenis cili benggala cincang hingga wangi.
Seterusnya masukkan cuka, sos tiram, gula, garam dan perasa ikan secukup rasa.
Akhir sekali masukkan tepung kanji kentang untuk memekatkan kuah.
Tutup api, kemudian tuangkan di dalam mangkuk yang berisi tauhu Jepun yang telah dikukus tadi.
Taburkan hirisan daun bawang dan hidangkan panas-panas.
.
STEAMED FISH WITH CHAOZHOU STYLE
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap | saiz sederhana & bersihkan.
150gm sawi jeruk | hiris halus
100 tomato | hiris
50gm halia muda | hiris halus
100gm Bai Ling mushroom | hiris nipis
50gm cili padi | hiris
100gm isi ayam | cincang
1 keping tauhu lembut | hiris
30gm sos plum
20gm bawang besar | hiris
20gm Chiniese Parsly | hiris
10gm lobak merah |hiris
20gm minyak masak
CARA MEMASAK:
Kukus ikan hingga masak dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan halia dan bawang besar hingga wangi.
Masukkan sawi jeruk, cendawan Bai Ling, isi ayam cincang hirisan lobak merah, tomato dan tauhu.
Seterusnya masukkan sedikit kuah sup ayam dan perasakan dengan sos plum dan perasa secukupnya. Biarkan kuah mereneh seketika.
Setelah secukup rasa, tutup api dan tuangkan kuah di atas ikan kukus tadi.
Ikan kukus sedia dihidangkan.
DEEP FRIED MUSHROOM WITH SALTED EGG YOLK
BAHAN-BAHAN:
50gm cendawan tiram| bersihkan
40gm kuning telur
5gm serbuk perasa ayam
10gm gula
100gm metenga
100gm tepung gandum
60gm air
CARA MEMASAK:
Di dalam satu mangkuk, campurkan tepung dengan air. Kacau hingga ia sebati.
Celup cendawan satu persatu ke dalam adunan tadi.
Panaskan minyak di dalam kuali hingga 190C. Goreng cendawan secara ‘deep fried’ sehingga ia bertukar menjadi kuning keemasan. Angkat dan toskan dengan tisu dapur. Ulangi langkah hingga selesai.
Panaskan planta di dalam kuali dan masukkan serbuk kuning telur masin, serbuk ayam, gula dan keju parmesan. Kacau sekata.
Masukkan cendawan yang telah digoreng ke dalam adunan tersebut dan kacau sekata.
Resipi kerabu kaki ayam ala Thai. Pedas tapi sedap. Bagi yang menggemari kaki ayam, bolehlah cuba resipi ini.
Kata orang, makan kaki ayam ni awet muda? Betul ke? Selalunya buat sup kan? Tapi kali ini cuba buat kerabu ala Thai ni pulak. Boleh jadi ‘ketagih’ dibuatnya.
Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh DapurShai Anne ini ye. Yang penting, pastikan bersihkan kaki ayam itu elok-elok. Buang kuku jarinya. Ratah boleh, nak makan dengan nasi putih panas-panas pun memang ngam habis!
Rebuskan kaki ayam selama 15 minit. Angkat dan toskan.
Dalam satu bekas, masukkan serai, cili padi merah dan hijau, hirisan tomato, perahan limau nipis, bawang merah, bunga kantan, kacang panjang dan daun ketumbar. Gaul rata.
Tambahkan jus limau nipis dan perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Kerabu Kaki Ayam siap dihidangkan.
Resipi ikan rebus air asam ini antara idea lauk kalau dah jemu dengan lauk bergoreng atau bersantan.Ringkas, sihat dan penuh rasa, lauk kampung yang...