Pernah cuba makan Bergedil Tempe? Sedap tau. Biasanya kalau buat bergedil, ia dihasilkan dari ubi kentang yang diadun bersama bahan-bahan lain. Nak cuba Sesutu yang lain dari biasa? Menu BergedilTempe perkongsian saudari Rosmy Hashim ni boleh anda cuba. Pasti sedap dan membuka selera. Sangat berbaloi untuk dicuba.
CARA BUAT BERGEDIL TEMPE PALING SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
2 keping tempe
2 biji telur
1 pokok daun bawang
Sedikit hirisan bawang besar
2 ulas bawang putih – tumbuk
1 biji cili hijau – hiris
Sedikit serbuk perasa
CARA MEMASAK:
1. Patahkan tempe dan tumbuk hingga lumat.
2. Gaulkan tempe bersama daun bawang, bawang besar, bawang putih, lada hijau, serbuk perasa dan sebiji telur. Gaul rata.
3. Cubit doh dan kepalkan ikut saiz yang dikehendaki. Simpan seketika dalam peti sejuk bagi mengelakkan bergedil hancur semasa digoreng.
4. Pecahkan sebiji lagi telur dan pukul sedikit. Celup bergedil tadi dan goreng menggunakan api kecil hingga garing.
5. Bergedil siap dimasak dan sedia untuk dinikmati.
Anak-anak memang sukakan nuget. Oleh sebab itu snek ini lebih elok jika dibuat secara homemade. Bila buat sendiri, anda boleh tentukan bahan-bahan yang digunakan menjadikan ia lebih berkhasiat serta sihat untuk dinikmati. Paling penting terjamin kebersihan dan status halalnya. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nor Azliza Ismail ni. Anda pasti sukakannya.
NUGET AYAM HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
4 keping isi ayam | hiris dan kisar
2 biji telur
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar |optional
1 sudu teh lada putih
3 sudu besar tepung gandum atau breadcrumbs.
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT:
1. Gaul semua bahan dan kukus. Anggaran 1/2 masak.
2. Kemudian bentukkan mengikut kesukaan. Jika suka cheese, boleh campurkan dalam isi ayam.
3. Setelah siap, celupkan dalam telur dan kemudian gaulkan dengan breadcrumbs.
4. Kemudian goreng sehingga masak. Angkat dan sedia dihidangkan.
Warnanya yang cantik berwarna-warni pasti disukai kanak-kanak. Selain dijadikan makanan snek untuk anak-anak dan keluarga ia juga boleh dijadikan sebagai bungkusan pemberian semasa acara harijadi, kenduri-kendara dan juga sebagai bisnes sambilan menambah duit tabung.
Agar-agar kering ini merupakan sejenis kuih tradisional lama. Ia merupakan agar-agar dalam pelbagai bentuk dan berwarna yang dijemur sehingga kering dan boleh tahan lama.
Resepi mudah dan sedap Agar-Agar Kering
Bahan:
200gm agar-agar tali
1kg gula batu
3kg gula pasir
5liter air ( sukat dgn botol mineral 1ltr )
Pewarna makanan
Cara-caranya:
Rendam agar-agar tali sekejap supaya lembut
Masukkan air ke dlm periuk dan masukkan agar-agar tali yg sudah dibasuh
Didihkan dan masukkan gula batu dan gula pasir
Masak dgn api sederhana sehingga larut gula dan agar-agar
Bahagi kpd bbrp bahagian . Dan warnakan dgn pewarna makanan
Tuang ke dlm loyang yg sesuai dan sejukkan sehingga beku
Kalau kreatif apapun bahan makanan boleh dipelbagaikan cara olahannya, termasuklah mi segera. Siapa sangka mi segera boleh gantikan roti untuk burger daging. Rasa memang sedap, nak buat tak susah mana. Mak-mak kalau buat ni mesti anak-anak suka dan teruja nak makan.
BURGER DAGING MI KERING
BAHAN-BAHAN:
UNTUK MI
3 keping mi kering | rebus dan tos
2 biji telur
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk perasa ayam
Piring sos saiz besar | untuk acuan
BAHAN PATTY DAGING:
250gm daging kisar
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu makan serbuk roti
1/2 sudu teh garam halus
BAHAN-BAHAN LAIN:
Hirisan timun
Hirisan tomato
Tomato ceri
Beberapa keping keju
Sos cili secukupnya
Mayones secukupnya
CARA MEMASAK:
Untuk membuat membentuk mi bagi mengantikan roti, pecahkan telur dalam mangkuk kemudian tambahkan garam dan perasa ayam.
Kacau rata, masukkan mi yang telah dicelur ke dalamnya, Gaul lagi.
Seterusnya masukkan campuran telur dan mi dalam piring sos saiz besar sebagai acuan.
Panaskan pengukus dan kukus lima minit.
Setelah mi membentuk seperti roti, bakar pula lebih kurang 7-10 minit supaya mi kelihatan garing keperangan. Setelah siap ketepikannya.
Untuk sediakan petty. Campurkan daging kisar, serbuk lada hitam, serbuk roti dan garam. Gaul rata hingga sebati.
Bentukkan bulat kemudian leperkannya.
Panaskan sedikit mentega di atas kuali leper kemudian goreng daging hingga keperangan lebih kurang lima minit. Jangan terlalu garing, asal masak cukup.
Untuk membuat burger. Ambil dua keping roti mi segera yang telah siap tadi. Sapukan bahagian bawah dengan sos cili, bahagian atas dengan mayones.
Lapiskan atas roti mi lapisan sos cili dengan hirisan timun dikuti, pattie kepingan keju dan tomato.
Akhir sekali lapiskan dengan satu lagi lapisan mi segera yang disapu dengan mayonies..