1. Mula-mula, sediakan pucuk ubi dulu. Ambil bahagian pucuk sahaja ye. Saya tak potong-potong, jadi ambil daun yang pendek-pendek saja. Daun yang dah tua panjang semua reject ye, kang tercekik pula.
2. Rebus pucuk ubi. Saya rebus dalam setengah jam hingga sejam. Rebus lama sampai lembut. Dah rebus tu, angkat dan toskan.
3. Kemudian, sediakan itik. Potong itik jangan besar sangat dan jangan kecil sangat. Sedang-sedang saja.
4. Rebus itik dengan kiub knorr,thyme dan mild curry powder. Ini supaya nak bagi hilang bau dan sedap dimakan.
5. Rebus sampai boleh cucuk dengan garpu. Apabila daging sudah lembut, angkat dan toskan.
6. Kemudian, panaskan minyak. Goreng itik tadi sampai agak garing. Angkat dan toskan. Ketepikan.
7. Kemudian siapkan bahan-bahan balado. Saya guna ikan bilis sebagai pengganti belacan sebab ahli keluarga tak makan belacan. Bawang kalau nak lebihkan pun boleh.
8. Goreng semua bahan balado dalam minyak goreng itik tadi sampai layu. Hati-hati sebab cili boleh jadi ‘peluru berpandu’ bila panas. Dah layu tu, toskan dan kisar tanpa air.
9. Kemudian, tumis bahan kisar tadi sampai garing dan naik bau.
10. Masukkan perasa semua dan asam keping. Kacau rata. Bila sambal dah cukup rasa semua, masukkan itik.
11. Masukkan sekali pucuk ubi tadi. Kacau rata dan biar pucuk agak kering sedikit. Siap untuk dihidang.
Kuetiau Kung Fu menu yang sesuai untuk makan malam. Makan panas-panas ada pula kicap cili potong memang mantap.
Letak segala jenis sayuran dan juga haiwan, mesti meriah dan menyelerakan.
Kalau ada stok yee mee dekat rumah boleh jadikan alternatif selain kuetiau. Memang sedap pasti tak menyesal kalau buat.
KUETIAU KUNG FU
BAHAN-BAHAN (untuk 3 orang makan):
500 gm kuey teow/ 3 keping yee mee
3 biji telur
Sedikit lada sulah
CARA MEMASAK:
1.Panaskan sedikit minyak. Pukul 1 biji telur dgn lada sulah hingga rata dan masukkan kuetiau anggaran seorang makan kacau rata. Goreng hingga garing. Angkat dan Ketepikan.
BAHAN-BAHAN KUAH:
3-4 ulas bawang putih – ketuk
1 mangkuk isi ayam
5 ekor udang
3 ekor sotong
1 batang karot dihiris
2 pohon sayur sawi
1 mangkuk bunga kubis
1 sdk lada sulah
1 kiub ayam
1 1/2 sdb tepung jagung + air sikit
Air anggaran 4 cawan
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
Masukkan isi ayam dan kacau rata. Masukkan air dan biarkan kuah mendidih kemudian masukkan sotong dan udang.
Setelah mendidih, masukkan bunga kubis, carrot dan sayur sawi.
Akhir sekali, masukkan kiub pati ayam dan garam secukupnya.
Masukkan air bancuhan tepung jagung. Masak hingga kuah pekat.
Tuang kuah atas kuey teow yang telah digoreng tadi. Tabur bawang goreng, jika suka. Sedia untuk dihidangkan.
Selain goreng bakar atau gulai, ikan juga sedap dibuat sup atau singang, sesuai sangat untuk anda yang tak ada selera makan. Namun sering menjadi masalah, ikan bila dimasak sup ada sedikit rasa hanyir jika tidak dicuci bersih. Agar sup ikan anda tidak menjadi sia-sia, cuba lima tip ini.
Ikan Yang Sesuai
Sebaiknya pilih ikan laut seperti ikan merah, kerap, tenggiri dan beberapa jenis lagi yang berisi putih dan berisi lembut.
Pastikan Ikan Segar
Yang terbaik adalah ikan segar dari pasar kerana ia akan rasa lebih sedap bila dimasak berbanding ikan yang telah difrozen. Pilih ikan yang tidak barbau hanyir, insangnya masih berwarna merah dan tekstur isinya masih kenyal.
Bersihkan Ikan
Cuci bersih ikan dari sisik, isi perut darah dan ingsang ikan di bawah air mengalir hingga betul-betul bersih hingga hilang bau hanyir. Boleh juga menggunakan perahan limau nipis, cuka atau air asam jawa untuk menghidar bau hanyir terutamanya pada ikan air tawar.
Gunakan Bahan Perapan Dan Rempah Ratus
Salah satu cara mudah menghilangkan bau adalah dengan menggunakan bahan tumisan seperti halia, lengkuas, serai, bawang putih, daun limau purut, kemangi atau salam. Fungsinya untuk mengatasi bau hanyir dari ikan.
Selepas Sup mendidih Baru Masukkan Ikan
Tekstur isi ikan sangat lembut. Oleh itu anda perlu masukkan ikan apabila sup telah mereneh. Apabila ikan sudah masak dan cukup rasa segera tutup api dan sup ikan sedia dihidangkan.
Masak ayam ala mamak nasi kandar ni ada banyak versinya. Yang ni versi empunya resipi Iza Abu Bakar. Katanya anak-anak dan suami cukup berselera menikmatinya.
Masaknya senang aje, moga menjadi inspirasi untuk mencubanya
Ok, jom semak resipi yang dikongsinya ini.
AYAM ALA MAMAK NASI KANDAR
BAHAN KISAR :
1 batang serai
1 biji tomato
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 labu bawang besar
1 sudu serbuk ketumbar
1 sudu serbuk jintan manis
1 1/2 sudu cili kisar
BAHAN TUMIS :
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
BAHAN LAIN :
Ayam
Kicap lemak manis secukupnya
1 batang rosemary segar
Garam dan gula secukupnya
Sedikit daun ketumbar
Minyak masak secukupnya
CARA MASAK :
1. Ayam dibersihkan dan ditos. Kemudian lumur ayam dengan garam dan kunyit.
2. Goreng ayam separuh masak. Kemudian ketepikan.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan korang tumis la buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang.
4. Kemudian masukkan bahan kisar. Biarkan sehingga naik bau.
5. Masukkan kicap lemak manis secukupnya. Masak sehingga mendidih seketika.
6. Lepas tu masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi. Masak sehingga ayam empuk.
7. Setelah mendidih masukkan rosemary, garam dan gula. Seimbangkan rasanya.
8. Kalau kuah agak pekat, tambahkan sedikit je air tau.
9. Masukkan daun ketumbar. Tutup api. Yipppiiee dah siap. Boleh la dimakan bersama nasi panas panas.