Ayam Masak Semur Versi Dari Jawa, Indonesia

Siapa di sini pernah makan Ayam Masak Semur? Atau nama komersilnya, ayam masak kicap tapi yang ini versi dari Jawa, Indonesia.

Cara penyediaannya pun cukup ringkas dan mudah. Menerusi perkongsian daripada saudara Mohd Rozmie, antara bahan utama yang perlu ada ialah kentang dan tomato.

Katanya, Ayam Masak Semur ini adalah salah satu masakan kegemaran keluarganya. Sekali buat, mesti ulang makan dua tiga kali.

RESIPI CARA BUAT AYAM MASAK SEMUR

BAHAN-BAHAN:

½ ekor ayam
1 biji bawang holland – beli online DI SINI
4 ulas bawang merah – beli online DI SINI
4 ulas bawang putih – beli online DI SINI
½ inci halia – beli online DI SINI
2 biji cili hidup – beli online DI SINI
2 biji kentang
2 biji tomato
Rempah 4 sekawan
5 sudu besar kicap manis – beli online DI SINI
Kiub ayam – beli online DI SINI
Lada sulah – beli online DI SINI
Gula, garam

Ayam Masak Semur Versi Dari Jawa, Indonesia

TONTON Makan Di Mana Eps 14:  Malas Nak Masak? Order Je Makan Dari Daporoy_ 

TONTON  Minit Ekspress Special Bersama MAGGI®: Mi Kari 

CARA-CARA:

IKLAN

1. Panaskan kuali dan minyak masak untuk goreng ayam. Goreng ayam sehingga masak (tak perlu garing). Ketepikan.

Ayam Masak Semur Versi Dari Jawa, Indonesia

Ayam Masak Semur Versi Dari Jawa, Indonesia
2. Panaskan 1 senduk baki lebihan minyak goreng ayam tadi. Abaikan kerak yang terdapat di kuali. Nanti kerak tersebut akan sebati dengan masakan.

Ayam Masak Semur Versi Dari Jawa, Indonesia
3. . Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau atau garing.

Ayam Masak Semur Versi Dari Jawa, Indonesia
4. Masukkan cili hidup dan rempah 4 sekawan. Masukkan bawang holland. Tumis sehingga sedikit layu. Masukkan kicap manis kacau sehingga semuanya sebati.

Ayam Masak Semur Versi Dari Jawa, Indonesia

IKLAN

Ayam Masak Semur Versi Dari Jawa, Indonesia

Ayam Masak Semur Versi Dari Jawa, Indonesia
5. Masukkan ayam goreng tadi, kacau sehingga kicap sebati dengan ayam. Masukkan kentang dan tomato yang telah dipotong.

Ayam Masak Semur Versi Dari Jawa, Indonesia

Ayam Masak Semur Versi Dari Jawa, Indonesia
6. Masukkan semangkuk air. Kalau suka berkuah lebih, boleh lebihkan air. Masukkan 1 sudu gula, 1 sudu kecil garam dan kiub ayam. Perasakan dengan sedikit serbuk lada sulah.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Ayam Masak Semur Versi Dari Jawa, Indonesia

IKLAN

Ayam Masak Semur Versi Dari Jawa, Indonesia

Ayam Masak Semur Versi Dari Jawa, Indonesia
8. Biarkan mereneh antara 10-15 minit supaya kuah betul-betul meresap ke dalam isi ayam. Dah siap.

Ayam Masak Semur Versi Dari Jawa, Indonesia

Kredit resipi & foto: Mohd Rozmie

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Chicken Grill Dengan Sos Blackpepper Mushroom Homemade

Ayam Pandan Air Fryer, Aroma Yang Memikat Selera

Cara Salut Tepung Ayam Goreng Supaya Berkerinting Macam KFC

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI