Image by Freepik

Bagi yang pernah merasai Bakpia, pasti teringat-ingat akan keenakannya. Bakpia adalah salah satu cemilan atau snek ringan terkenal di negara seberang dan biasanya dijadikan sebagai buah tangan bila bercuti ke Jogjakarta. Nak cuba buat sendiri? Ikuti resipi perkongsian saudari Jalilah Jamaludin yang dirujuk dari resipi Tau Sa Piah dari blog Encik Mat Gebu tiffinbiru.com. Intinya juga boleh dipelbagaikan ikut selera seperti inti kacang merah atau apa-apa sahaja yang digemari. Selamat mencuba!

 

 

CARA MEMBUAT BAKPIA INTI KACANG MERAH & COKLAT

.Resipi Bakpia Inti Kacang & Coklat, Cemilan Istimewa Jogja

BAHAN PASTRI

DOH A:

 

DOH B:

  • 120gm tepung gandum
  • 30gm gula aising beli online disini
  • 30gm shortening (lemak sayur)
  • 50 – 60ml air

 

BAHAN INTI KACANG:

  • 3/4 cawan kacang hijau tanpa kulit – rendam 3 – 4 jam beli online disini
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 2 ulas bawang merah kecil – cincang halus beli online disini
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh parutan kulit oren

 

IKLAN

BAHAN INTI COKLAT:

 

CARA MEMASAK:

  1. Untuk doh, bancuh doh A dan B secara berasingan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat pada mangkuk adunan. Rehatkan doh selama 30 minit.
  2. Kemudian bahagikan doh A dan B kepada 15 bahagian yang sama besar.
  3. Ambil satu doh B, leperkan dan letakkan sebiji doh A. Balut doh tadi dan canai memanjang.
  4. Gulung dari bawah ke atas. Kemudian canai gulungan tadi (pastikan gulungan tadi berada dalam keadaan lurus menghadap kita).
  5. Kemudian gulung lagi sekali, seperti mula-mula tadi. Buat untuk semua doh dan ketepikan. Tutup dengan plastik cling buat sementara.
  6. Untuk inti kacang, kisar kacang hijau tadi hingga halus. Gaulkan dengan garam, gula dan parutan kulit oren.
  7. Panaskan minyak dalam kuali, goreng cincangan bawang hingga wangi dan kuning keemasan. Angkat dan ketepikan.
  8. Masukkan kacang kisar tadi dan masak hingga kering.
  9. Angkat dan masukkan bawang cincang goreng tadi, gaul rata.
  10. Sejukkan dan buatkan 15 biji bebola yang sama saiz. (Inti boleh buat awal dan simpan dalam peti sejuk).
  11. Untuk inti coklat, campurkan semua bahan sehingga menjadi seperti pes. Bulatkan menjadi bentuk bebola yang sama saiz. Anggaran berat dalam 15gm.
  12. Untuk membuat Bakpia, ambil satu biji doh tadi, canai doh lebih kurang berdiameter 10 cm.
  13. Letak sebiji inti, balut dengan kemas dan susun dalam dulang pembakar. Buat hingga habis.
  14. Bakar dalam oketuhar pada suhu 180C selama 20 minit.
  15. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidang.

Resipi Bakpia Inti Kacang & Coklat, Cemilan Istimewa Jogja Resipi Bakpia Inti Kacang & Coklat, Cemilan Istimewa Jogja

 

 

Kredit resipi & foto: Jalilah Jamaludin

 

IKLAN

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Resipi Ikan Siakap 3 Rasa Cara Orang Thailand Masak

Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai

Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!

Resipi Tat Telur Sedap Buat Guna Roti Sandwich

IKLAN

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI