Bagi yang pernah merasai Bakpia, pasti teringat-ingat akan keenakannya. Bakpia adalah salah satu cemilan atau snek ringan terkenal di negara seberang dan biasanya dijadikan sebagai buah tangan bila bercuti ke Jogjakarta. Nak cuba buat sendiri? Ikuti resipi perkongsian saudari Jalilah Jamaludinyang dirujuk dari resipi Tau Sa Piah dari blog Encik Mat Gebu tiffinbiru.com. Intinya juga boleh dipelbagaikan ikut selera seperti inti kacang merah atau apa-apa sahaja yang digemari. Selamat mencuba!
Popia Vietnam @ Vietnamese Spring Roll ni memang sedap. Intinya terdiri dari isi udang, sayur-sayuran serta herba segar yang digulung dengan ‘rice paper’ dan dinikmati bersama sos. Memang layan! Teringin nak rasa? Resipi perkongsian saudari Noor Liyana di bawah ini pastinya boleh anda cuba. Sangat mengenyangkan. Sesuai juga untuk anda yang sedang dalam proses menurunkan berat badan.
CARA BUAT VIETNAMESE SPRING ROLL / POPIA VIETNAM
BAHAN UNTUK POPIA: Lobak merah – hiris halus Timun – hiris halus Daun salad Daun ketumbar – hiris Daun kucai – jika ada Suhun – celur sekejap & tos – beli online disini Isi udang rebus Isi ketam@ filamen crab – dicelur & dibelah dua – beli online disini Vietnam rice paper / kulit popia vietnam – beli online disini
BAHAN SOS: Sos pencicah thai – beli online disini Daun ketumbar – dicincang Cili padi – dicincang Sedikit garam
CARA MEMASAK: 1.Untuk sos, satukan semua bahan yang dicincang bersama sos pencicah Thai. Sebatikan dan ketepikan seketika.
2. Sediakan 1 pinggan air. Ambil sekeping kulit popia Vietnam dan celup dalam air. 3. Letak kulit popia di atas pinggan, susun lobak merah, timun, daun salad, daun ketumbar, daun kucai, suhun, isi udang dan filamen ketam dengan secukupnya. Gulung kemas.
4. Lakukan proses yang sama hingga bahan habis. 5. Nikmati Vietnamese Spring Roll bersama sos.
Resipi Cucur Viral yang mudah dan sedap, makanan yang amat mudah untuk disediakan ini tetapi pada masa yang sama sangat lazat untuk dihidangkan bersama minuman panas. Sesuai disajikan untuk minum pagi atau petang. Selamat mencuba!
RESIPI CUCUR KEMBONG MANIS
Bahan-Bahan:
*2cwn tepung gandum
*1sudu besar yis kering(saf instant)
*3sudu besar susu pekat
*3sudu besar gula(suka manis blh tambah lg)
*secubit garam
*air secukup nya(air putih biasa)
Cara Memasak:
*campur semua bahan.gaul sebati.adunan x cair x pekat sedang2 mcm cucur biasa tu tutup dan rehat kan 1 Jam.
lepas 1 jam blh la goreng. Selamatmencuba semua.resepi senang,mudah,cpt,sedap
Kemudian masukkan tepung gandum,kacau dgn senduk kayu..nmpk adunan berketul2..tutup api
Sambung kacau lagi,sehingga adunan jadi doh..( Ala2 macam nk buat creampuff gitu)
Keluarkan doh cekodok td,masukkan dlm bekas lain..
Gaul dgn bahan2 yg di dadu..gaul sebati ( agak liat sedikit ye) gaul ala kadar je…doh dah suam2,boleh pegang dgn tgn boleh uli sekejap nk bg bahan2 dadu masuk dlm doh je..
Bulat2kan doh kpd 3 bahagian..(nk buat bentuk 4 segi pun boleh)
Sediakan alas utk nk gelek adunan..& sekeping plastik utk alas bahagian atas doh..
Ambil seketul doh,lapik plastik atas doh..gelek sehingga leper..( jangan nipis sangat)
Potong & kemaskan bahagian tepi sehingga jadi bentuk segiempat
Potong memanjang,kemudian gentel @ gelek dgn kedua2 belah jari,sehingga jadi macam keropok lekor..
Ulang sehingga doh habis
Panaskan minyak yg banyak di dlm kuali,
Apabila minyak dah betul2 panas..goreng sehingga masak
Toskan minyak,sedia dimakan..
Kongsi resipi: Azni Achik
RESIPI CEKODOK PISANG RANGUP
Bahan-Bahan:
500 gram pisang emas (anggaran 15 hingga 20 biji pisang bersaiz kecil)
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam halus
2 sudu besar gula
Cara Penyediaan:
Lenyek pisang sehingga hancur dan tidak berketul
Masukkan garam, gula dan tepung gandum sedikit demi sedikit, jangan masukkan tepung gandum sekaligus kerana tahap serapan tepung adalah berbeza beza dan bergantung pada kuantiti pisang.
Jika adunan masih lembik, tambah lagi tepung sedikit demi sedikit.
Jemput adunan menggunakan hujung jari dan jatuhkan ke dalam minyak panas.
Goreng dan kacau dengan sudip dengan cara membalik-balikkan cekodok sehingga bahagian luar perang dan rangup.
Angkat dan hidangkan.
Tips:
Pastikan jemput tidak berlalu besar untuk mendapatkan saiz cekodok yang kecik, rangup dan sedap
Kredit resipi: Che’ Nom
RESIPI CUCUR IKAN BILIS LEMBUT
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung gandum
Segenggam ikan bilis – belah 2 kalau besar
1 ikat daun kucai – potong pendek
3/4 cawan bawang besar Holland – potong dadu
1 biji cili merah dipotong kecil – tak letak
1/4 sudu kecil soda bikarbanat
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Secubit serbuk kunyit
1/2 cawan air panas mendidih
1 1/2 cawan air biasa – lebih kurang 250 ml
Cara Memasak:
Satukan kesemua bahan di atas kecuali air. Kacau rata. Tuangkan air sedikit demi sedikit ke dalam adunan sehingga mencapai kelikatan yang sesuai. Tak perlu dihabiskan air jika telah sesuai kelikatannya.
Jika terlebih cair, tambahkan 1/2 cawan tepung gandum sedikit demi sedikit. Tuangkan air panas. Biarkan seketika supaya soda bikabanat naik.
Panaskan minyak dan setelah minyak benar benar panas, goreng dengan api sederhana sehingga kekuningan. Angkat dan tos.
Sedap dimakan panas panas. Cicah dengan sos cili atau mayonis atau apa apa yang disukai.
Semua Bahan yang di tandakan * hendaklah digaul rata
Bahan B:
1 cawan sayur kobis bulat yang dihiris halus
1 cawan karet yang dihiris halus
1 cawan daun sop, daun bawang yg telah dipotong
1 biji bawang besar yg dihiris halus
1 biji cili hijau yg dihiris halus / tak mahu pun tak apa. @ saya suka cucur saya bewarna warni
Atau terpulang sayur yang menjadi pilihan anda.
2 cawan air JANGAN dihabiskan, bergantung pada tepung anda, bancuhan jangan terlalu pekat dan cair
Pilihan Lain:
Ikan Bilis hendaklah digoreng dahulu baru dimasukkan kedalam adunan
ATAU
Udang Basah yg buang kulit dan dipotong kecil dan dimasukkan kedalam adunan
CARA MEMASAK:
Bahan B hendaklah dimasukkan kedalam adunan Bahan A
Gaul rata supaya menjadi sebati kemudian baru masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan yg cantik
masukkan Ikan Bilis atau pun Udang yang menjadi pilihan anda rasa tahap kesedapan anda
Rehatkan ADUNAN selama 10 hingga ke 15 minit barulah digoreng
Kredit resipi: cahayahidupku2569.blogspot.com
RESIPI CUCUR UDANG JAGUNG
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung gandum
6 sudu besar tepung beras
2-3 cawan air (lebih kurang, kena masukkan sikit sikit dan adjust kepekatan)
15 ekor udang
1/2 cawan isi jagung atau lebih
1 cawan tauge
1/2 cawan daun kucai
1 ulas bawang besar – dipotong dadu kecil
Sedikit gula (saya suka bagi manis sedikit)
Sedikit garam
Cara Memasak:
Campur kesemua bahan diatas dan kacau rata. Peram sekejap dalam 1-2 jam Barulah digoreng
Goreng (deep fry) dalam minyak panas. Selepas goreng, potong kecil kecil dan hidangkan dengan kuah kacang atau sos cili
Miang Kham, hidangan pembuka selera dari negara Gajah Putih yang sememangnya sangat terkenal. Andai ke restoran Thai, tidak sah kalau tak cuba hidangan ni. Ia berupa daun kaduk yang diisi dengan beberapa bahan sampingan dan sos, dibungkus dan dimakan begitu sahaja. Jika tidak pernah cuba, bahan-bahan isiannya seperti hirisan cili, hirisan limau nipis dan bawang kelihatan agak ‘menggerikan’ namun bila diadun dan dimakan bersama, lain pula rasanya. Memang enak! Jadi bagi yang nak cuba, boleh try resipi di bawah ini.
BAHAN SOS MIANG KHAM:
3 ketul besar gula melaka,
2 1/2 cawan air
Bahan tumbuk @ kisar kering:
1/2 cawan udang kering
1/2 cawan kacang tanah yang telah dibakar atau digoreng
1/2 cawan kelapa goreng.
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Didihkankesemua bahan di atas dengan api perlahan sehingga agak pekat dan sejukkan. (Sos Miang kham boleh tahan lama dan sebaiknya disimpan di dalam peti )
BAHAN-BAHAN MIANG KHAM
Daun kaduk | direndam sebentar dengan garam, basuh dan toskan
Kacang tanah goreng @bakar | dibuang kulit
Kelapa goreng | sebji kelapa dihiris halus, digoreng atau dibakar
Udang kering | bersihkan dan goreng seketika tanpa minyak hingga kering
Halia | dipotong dadu kecil
Bawang besar merah | dipotong dadu
Cili api | dihiris
Limau nipis | dibuang kulitnya dan dipotong dadu
CARA MENIKMATI:
Ambil daun kaduk, isikan dengan sedikit kacang tanah, kelapa goreng, udang kering, halia, bawang besar, cili api dan l;imau nipis.
Sudukan sos dengan secukupnya. Lipat dan nikmati segera.