
Resipi Ayam Masak Kicap Pedas Pekat antara menu yang sentiasa disukai ramai. Cara masakannya ringkas sahaja tetapi menu ini punya aura yang tersendiri. Bila masak, memang akan habis selain menjadi menu kegemaran seisi keluarga. Bahan-bahan pun tidak banyak. Ada berbagai versi Ayam Masak Kicap Pedas Pekat, kali ini kita cuba resipi seperti yang dikongsikan oleh Nurul Ateekah
RESEPI AYAM MASAK KICAP PEDAS PEKAT

BAHAN-BAHAN
Ayam (dicuci bersih)
8 sudu besar cili kisar
1 biji kentang (dibelah panjang)
1 batang serai (diketuk)
1 sudu kecil rempah sup
1 biji tomato (dibelah)
1 biji bawang merah (potong bulat) – BELI ONLINE
1 biji cili merah (potong serong) –BELI ONLINE
1 biji cili hijau (potong serong)
1 sudu kecil pes asam jawa + 1 cawan air (air asam jawa)
½ cawan kicap manis
Gula –BELI ONLINE
1 kiub ayam (jika perlu)

CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak, masukkan ubi kentang dan gorengkan sehingga keperangan (Angkat dan ketepikan)
2. Kemudian, gorengkan ayam sehinga masak (angkat dan ketepikan).

3. Keluarkan sedikit minyak. Gunakan minyak yang sama untuk menumis. Masukkan serai dan masak sehingga naik bau.

4. Masukkan cili kisar dan masakkan sehingga pecah minyak.

5. Masukkan rempah sup, kicap, gula dan air asam jawa. Gaulkan dan biarkan masak seketika.




6. Masukkan ayam dan ubi kentang yang telah digoreng tadi, bawang merah, cili merah, cili hijau dan tomato. Gaulkan kesemuanya sehingga sebati.



7. Angkat dan siap untuk dihidang.
Sumber kredit: Nurul Ateekah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Rupanya Kena Guna Api Kuat Barulah Nasi Goreng Kampung Terlajak Sedap, Ikut Resipi Ini
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Ayam Goreng Mamak Rangup Di Luar & Juicy Di Dalam. Memang Ketagih Nak Makan

Kalau makan di kedai mamak, ayam goreng memang jadi lauk wajib untuk hidangan.Tambah pula dapat makan ayam rangup, memang ralit dibuatnya. Lain macam sedap ayam goreng mamak ni. Nak cuba boleh la cuba resipi ni. Best makan dengan kuah campoq, terasa mcm kat kedai nasi kandaq ja. Jangan lupa papadom . Masak ni untuk menu tengah hari atau makan malam memang padu.
AYAM GORENG MAMAK
1 ekor ayam dicuci bersih
Bahan kisar :
6 ulas bawang putih – BELI ONLINE DI SINI
2 inci halia – BELI ONLINE DI SINI
2 sudu makan serbuk kari ( abg guna kari daging )
1 sudu makan lada putih…
Bahan-bahan :
6 sudu makan tepung jagung -BELI ONLINE DI SINI
6 sudu makan tepung beras BELI ONLINE DI SINI
3 tangkai daun kari
Cara membuat:
1.Campurkan bahan kisar dengan tepung beras, tepung jagung dan daun kari. Tambahkan air jika terlalu pekat. Jangan terlalu banyak air nanti tak rasa pula.
2.Perap selama 1 jam lagi lama perap lagi rasa. Panaskan minyak, goreng sehingga garing.
Selamat mencuba
Kredit : Zahir Derashid
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Klik sini
BOLEH DAPATKAN AIR FRYER DENGAN HARGA BERBALOI DI SINI
Peniaga Kongsi Resipi Ayam Percik Sedap. Boleh Cuba Masak Untuk Keluarga.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Mi Sua Tiram Sedap. Masak Sendiri Memang Puas Hati

Pernah cuba makan Mi Sua Tiram @ Taiwanese Oyster Mee Sua? Bagi yang pernah rasa pasti tahu keenakan hidangan ini. Ia merupakan salah satu sajian popular dari Taiwan. Saudara Hasbullah Ahmad ada kongsikan resipinya. Bolehlah cuba masak sendiri. Terjamin halal dan lebih bersih. Pasti puas hati menikmatinya. Jom cuba!
CARA MASAK MI SUA TIRAM TAIWAN / TAIWANESE OYSTER MEE SUA

BAHAN-BAHAN:
Mi sua – beli online disini
Sotong kering – beli online disini
Kepingan bonito (katsuoboshi/ikan tuna salai) – beli online disini
Air atau stok ayam
Kicap masin – beli online disini
Sedikit gula
Hirisan halia
Bawang putih
Sedikit serbuk ketumbar – beli online disini
Lada putih – beli online disini
Bawang goreng – beli online disini
Bancuhan tepung jagung – beli online disini
(Sukatan bahan bergantung kepada jumlah yang ingin disediakan. Boleh sesuaikan ikut selera)
BAHAN HIASAN/TOPPING:
Minyak / bawang goreng
Isi ayam – direbus & dicarik
Tiram
Minyak cili – beli online disini
Daun ketumbar/sup/parsli – hiris halus
Cuka hitam (sebagai perisa tambahan/kondimen) – beli online disini
Dapatkan MUZY STAINLESS STEEL DRILL-FREE RACK dengan HARGA DISKAUN DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Mula-mula sekali, sediakan bahan hiasan @ topping. Untuk membuat minyak / bawang goreng, goreng bawang merah yang dihiris nipis dgn sedikit minyak.
2. Bila sudah garing, toskan bawang untuk hiasan. Minyak boleh disimpan untuk dituang atas sup setelah masak.
3. Tiram dibersihkan dengan air dan sedikit garam. Setelah bersih, celup dalam bancuhan air dan tepung kanji. Tujuannya adalah supaya tiram tak kecut & sedikit berjus )
4. Rebus tiram sekejap sehingga masak dan ketepikan.
5. Minyak cili ikut citarasa sendiri. Boleh hasilkan dengan menggunakan serbuk cili api, bawang putih, halia, bijan dan sedikit minyak. Yang penting ia tidak hangit & ada aroma pedas-pedas cili. Nak senang lagi, beli minyak cili atau sambal udang kering di pasaraya.
6. Untuk kuah dan mi, rebus sotong kering dan kepingan bonito (katsuoboshi/ikan tuna salai), bersama dgn air atau stok ayam, kicap masin, sedikit gula, hirisan halia, bawang putih, sedikit serbuk ketumbar dan lada putih.
7. Setelah mendidih, tutup api dan biarkan dalam 6-7 minit sebelum bahan campuran tadi ditapis keluar.
8. Buka kembali api dan masukkan bawang goreng. Bila mendidih.
9. Masukkan mi sua dan rebus sehingga mi masak dan lembut.
10. Mi boleh dipotong dengan gunting supaya lebih pendek.
11. Pekatkan kuah dengan bancuhan tepung jagung dan sesuaikan rasa mengikut selera.
12. Masukkan minyak bawang yang disediakan sewaktu goreng bawang di awal tadi.
13. Hias dengan bahan-bahan hiasan/topping. Mi Sua Tiram sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Hasbullah Ahmad
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Mushroom Chicken Pie Mudah, Tanpa Uli. Hanya Guna Pastri Segera
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Kelas Online Rasa kini kembali & ianya PERCUMA!

Nak belajar teknik buat biskut yang enak? Jom sertai Kelas Online RASA bersama Chef Azreen, founder Dapur Kakhajjah.
Kelas Biskut Kudap-Kudap
Tarikh: 13 Ogos 2022 (Sabtu)
Masa: 10.30 pagi
Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
APA YANG AKAN ANDA DAPAT?
* Ketahui teknik hasilkan biskut yang enak
* Berpeluang mulakan bisnes biskut sendiri
* Demo step by step oleh pakar
Berminat nak join? FREE je tau. Daftar sekarang DISINI
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Mudah & Sedap, Koleksi Pelbagai Resipi Nasi Goreng Untuk Keluarga

Kadangkala pening kepala memikirkan apa menu untuk disajikan buat anak-anak dan suami masa sarapan. Apa kata anda cuba pelbagai jenis resipi Nasi Goreng yang RASA kongsikan ini. Lebih mudah kerana menu ni memang ringkas dan sedap. Masa dan tenaga juga boleh dijimatkan. Selamat mencuba!
1. NASI GORENG CILI KERING TUMBUK

BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk besar nasi sejuk yang dah diramas
Garam secukup rasa
6-7 tangkai cili kering (rendam sampai lembut)
5 biji bawang kecil
4 ulas bawang putih
1/2 cawan ikan bilis
Sedikit minyak
2 biji telur
CARA MEMASAK:
1. Tabur rata garam atas nasi.
2. Tumbuk cili kering sampai lumat. Tumbuk sekali bawang dan bawang putih. Akhir sekali tumbuk ikan bilis. Biar semua sebati.
3. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk sampai garing.
4. Masukkan telur. Kacau.
5. Masukkan nasi. Kacau sampai semua sebati, secukup rasa & berasap. Siap untuk dinikmati.
2. NASI GORENG ISI IKAN LADA TUMBUK

BAHAN-BAHAN:
2 cawan nasi sejuk
Isi ikan goreng secukupnya (boleh ganti ikan bilis goreng)
1 paket perencah nasi goreng ikan bilis adabi
Garam secukup rasa
Segenggam cili kering (basuh bersih, potong, rendam air panas sampai lembut, toskan)
3 biji bawang besar – hiris
3 ulas bawang putih – hiris
2 biji telur
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Kisar kering @ tumbuk bawang besar, bawang putih dan cili kering sampai hancur.
2. Tabur isi ikan, perencah nasi goreng dan garam atas nasi.
3. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar tadi sampai garing. Pecahkan telur. Biar 10 saat baru kacau.
4. Masukkan nasi dan gaul rata sampai semua bahan sekata dan masak. Hidangkan.
3. NASI GORENG ULAM BUDU

BAHAN-BAHAN:
3-4 biji bawang besar
4-5 ulas bawang putih
Cili api merah
Segenggam ikan bilis
Nasi sejuk secukupnya
Garam secukup rasa
Budu
2 batang serai
3-4 helai daun limau purut
Segenggam daun kesum
Cili api hijau
Ulam ulam (empunya resipi guna pucuk paku merah, timun dan kubis. Lagi sedap kalau ada pegaga, selom, ulam raja, petai, jering, hempedu bumi & bunga kantan)
Sedikit minyak
Limau nipis
Keropok keping
CARA MEMASAK:
1.Hiris halus serai, daun limau purut, daun kesum, cili api hijau dan semua ulam-ulaman.
2.Kisar kering atau tumbuk bawang besar, bawang putih, cili api merah dan ikan bilis.
3. Tabur rata garam atas nasi. Jangan banyak sangat kerana ikan bilis & budu sudah masin.
3. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sampai garing.
4. Masukkan nasi. Kacau dan tuang budu. Kacau sampai semua sebati. Rasa. Kalau kurang perasa, tambah apa yang patut.
5. Masukkan semua bahan hiris. Kacau semua sampai masak dan rata.
6. Sebelum makan, perah limau nipis, gaul nasi & makan dengan keropok.
4. BEEF PATTI FRIED RICE

BAHAN-BAHAN:
3-4 cawan nasi putih sejuk
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 biji bawang holland
1 paket perencah nasi goreng ayam
Garam & lada hitam secukup rasa
Sedikit minyak
3 keping daging burger (potong dadu)
CARA MEMASAK:
1. Ramas-ramas nasi. Tabur perencah, garam dan serbuk lada hitam di atas nasi.
2. Kisar kasar semua bawang.
3. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sampai naik bau. Masukkan daging burger dan kacau sampai garing.
4. Masukkan nasi tadi. Kacau rata. Kalau nak pedas, boleh tambah cili api yang diketuk. Siap untuk dinikmati.
5. NASI GORENG KAMPUNG & TELUR MATA

BAHAN-BAHAN:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji cili api
Segenggam kecik ikan bilis
6 biji kacang buncis (hiris bulat halus)
Sekeping isi ayam (hiris halus)
Nasi sejuk secukupnya
Minyak untuk menumis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Relaikan nasi. Kemudian tabur garam, serbuk perasa dan serbuk kunyit. Jangan gaul, biar sahaja.
2. Tumbuk kasar bawang, bawang putih, cili api dan ikan bilis.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi sampai garing. Masukkan isi ayam. Kacau sampai sebati.
4. Masukkan nasi dan hirisan kacang buncis. Kacau rata sampai masak. Siap.
TIP: Nak tahu garam sudah merata dalam nasi goreng, tabur garam bersama serbuk yang berwarna (contoh: serbuk kunyit atau serbuk lada hitam) atas nasi sebelum digoreng. Jadi bila masuk nasi dalam kuali, kacau rata. Bila warna kunyit atau lada hitam kelihatan merata, ia bermakna garam pun sudah rata.
6. NASI GORENG SARDIN

BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk nasi (ramas dan tabur sedikit garam)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu makan cili boh / cili giling
2 cili api (ketuk)
Sedikit pes asam jawa
1 tin kecik sardin (buang separuh sos. Isi sardin lenyek separuh hancur)
Sedikit minyak
Sedikit kicap manis
CARA MEMASAK:
1. Kisar bawang besar dan bawang putih. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar, cili boh dan cili api sampai garing.
2. Masukkan sardin, pes asam jawa dan kicap manis. Kacau rata.
3. Masukkan nasi. Kacau sampai semua sebati. Siap.
7. NASI GORENG ISI IKAN

BAHAN-BAHAN:
4 cawan nasi sejuk
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk perasa
2 ekor ikan goreng – ambil isinya dan racik halus
2 biji telur
3 tangkai kacang panjang – hiris
Minyak untuk menumis
BAHAN TUMBUK KASAR:
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji cili api
CARA MEMASAK:
1. Ramas nasi sampai hancur. Tabur atas nasi garam, serbuk kunyit, serbuk perasa dan isi ikan goreng diracik halus.
2. Tumbuk bawang besar, bawang putih dan cili api. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk sampai garing.
3. Masukkan telur dan kacau. Masuk nasi bersama kacang panjang hiris dan kacau rata sampai masak. Siap.
8. NASI GORENG SEAFOOD CHICKEN CHOP

BAHAN-BAHAN:
3 cawan nasi sejuk (relaikan)
Garam secukup rasa
1 sudu kecil gula
2 senduk cili kisar (lada kering+bawang besar+bawang putih diksiar halus)
1/2 senduk minyak
Udang dan sotong hiris secukupnya
Sayuran pilihan (saderi,lobak,brokoli dan bunga kubis)
2 sudu sos ikan
2 sudu sos tiram
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak. Tumis cili kisar sampai garing. Masukkan udang dan sotong. Kacau sampai masak.
2.Tabur garam rata atas nasi.
3. Masukkan gula, sos ikan dan sos tiram ke dalam kuali. Tambah sayur. Kacau sebati.
4. Masukkan nasi yang telah digaram tadi. Kacau 3 ke 4 minit menggunakan api besar. Siap.
CHICKEN CHOP
BAHAN-BAHAN:
4 keping peha ayam (buang tulang)
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
1 cawan tepung gorengan bistari
1/2 cawan tepung jagung
3 sudu air
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Pukul telur dengan garam sampai berbuih. Masukkan peha ayam. Perap 20 minit.
2. Masukkan semua tepung dan air. Kacau sampai semua ayam bersalut tepung.
3. Panaskan minyak, goreng ayam sampai garing.
4. Hidangkan Chicken Chop dengan nasi goreng seafood td. Jika suka, picit sos cili dan mayones dengan secukupnya.
9. NASI GORENG UDANG GERAGAU

BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk nasi sejuk
1 bawang besar
2 ulas bawang putih
Cili api
Segenggam udang geragau kering
Sedikit air
Sedikit minyak
1 biji telur
Kacang panjang (hiris halus)
Garam & serbuk pati ayam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Kisar kasar bawang bawang, cili api dan udang geragau.
2. Tabur rata garam dan serbuk pati ayam atas nasi
3. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sampai garing. Masukkan telur, kacau.
4. Masukkan kacang panjang dihiris dan nasi. Kacau rata sampai nasi masak. Siap untuk dihidang.
10. NASI GORENG KHOMOK/KUNYIT

BAHAN-BAHAN:
3 mangkuk nasi putih
Garam, serbuk kunyit dan ajinomoto secukup rasa
1 sudu teh gula
1 senduk kecik minyak
4 ulas bawang putih – ketuk
1 biji bawang besar – hiris halus
2-3 biji cili api – ketuk (lebihkan jika suka pedas
Sawi bok choy secukupnya – potong
1 keping dada ayam – potong dadu
3 sudu sos ikan
CARA MEMASAK:
1. Gaul nasi sampai relai. Tabur garam, gula, serbuk kunyit & ajinomoto di permukaan nasi. Jangan kacau. Biar je. Ketepikan.
2. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili api sampai naik bau. Masuk ayam. Kacau rata.
3. Masukkan sos ikan dan kacau. Masukkan nasi tadi dan kacau lagi sampai nampak serbuk kunyit rata. Bila serbuk kunyit dah rata bermakna garam, gula dan perasa pun dah rata.
4. Masukkan sayur dan kacau lagi sampai semua masak.
5. Nasi goreng sedia dihidang.
11. NASI GORENG BUDU ISI IKAN

BAHAN-BAHAN:
3 mangkuk nasi sejuk – diramas
Garam secukup rasa
3 ekor isi ikan
1 biji bawang merah besar – dadu halus
3 ulas bawang putih – diketuk
Cili api secukupnya – ketuk
Minyak untuk menumis
Budu secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak. Tabur rata garam atas nasi.
2. Tumis bawang besar, bawang putih dan cili api sampai naik bau.
3. Masukkan isi ikan yang diramas kasar. Kacau sampai garing.
4. Tambah budu. Kacau sampai agak kering.
5. Masukkan nasi dan kacau sampai masak. Siap.
12. NASI GORENG KEROPOK

BAHAN-BAHAN:
Cili api secukupnya – hiris
Cili besar – hiris
4 ulas bawang putih – hiris
1 biji bawang besar – hiris
Segenggam keropok keping mentah
Sedikit air
Nasi sejuk secukupnya
2 biji telur
Sedikit minyak
Garam, serbuk perasa dan serbuk kunyit.
CARA MEMASAK:
1. Masukkan keropok keping mentah dalam pengisar, patah-patahkan sikit. Masukkan air. Rendam kejap.
2. Masukkan semua bahan hiris ke dalam pengisar tadi. Kisr kasar semua bahan.
3. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sampai garing.
4. Pecahkan telur. Biar beberapa saat. Kacau sikit. Masukkan nasi sejuk yang sudah diramas / direlaikan.
5. Tabur garam, serbuk perasa dan serbuk kunyit. Kacau rata sampai masak.
6. Hidang nasi goreng bersama telur mata kuning cair dan keropok keping goreng.
13. NASI GORENG PATTAYA (CHICKEN BALL KICAP)

BAHAN-BAHAN:
3 pinggan nasi putih – yang sudah disejukkan dan diramas hancur
Beberapa biji chicken ball – belah 2
Segenggam cili api – ditumbuk halus
Kicap manis secukupnya
2 ulas bawang putih – diketuk
Bahan perasa secukupnya
Sayur pilihan
CARA MEMASAK:
1. Tumis bawang putih dan cili api hingga garing. Masukkan chicken ball. Kacau rata.
2. Masukkan nasi, kicap dan bahan perasa. Kacau rata.
3. Masukkan juga sayur. Goreng selama 10-15 minit, kemudian tutup api.
UNTUK TELUR DADAR:
1 biji telur – dipukul dengan secubit garam
Sedikit minyak
Tisu dapur
1 cawan nasi goreng
CARA MEMASAK:
1. Celup tisu dlm sedikit minyak, tatakan dalam kuali. Biar hingga kuali betul-betul panas.
2. Tuang telur dan ratakan. Letak nasi di tengah-tengah telur dadar.
3. Balut nasi dan biar sampai telur masak.
4. Angkat perlahan-lahan ke dalam pinggan. Hidangkan bersama sos cili.
Kredit resipi & foto: Nur Fakhira Mohd Rosli
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Makan Satu Dah Kenyang. Resipi Mi Gulung Sedap Untuk Makan Malam
Sapu Butter & Minyak Bijan. Tip Buat Nasi Ayam Biasa Jadi Lebih Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

