Cuti sehari ni kalau korang tak ke mana-mana mohlah kita cuba buat kuih lagend ni, Seri Muka Pandan. Memang sedap dan tak pernah jemu makan, kalau korang bosan dalam loyang buat dalam bekas plastik tahan panas yang kecil-kecil, lagi senang nak simpan dalam peti sejuk, bila nak makan keluarkan sikit-sikit. Yang lain tak perlu diusik tinggal untuk simpan beberapa hari makan bila teringin. Jimatkan tak payah beli-beli.

SERI MUKA PANDAN
BAHAN-BAHAN:
LAPISAN PULUT:

IKLAN
  • 2 cawan pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1 sudu teh minyak
  • Sedikit garam

BAHAN LAPISAN ATAS

IKLAN
IKLAN
  • 10helai daun pandan
  • 3 cawan santan | kisar dengan daun pandan
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 biji telur gred A
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung kastar
  • 1/4 cawan tepung beras
  • 1 sudu teh garam
  • Sedikit pewarna hijau

CARA MEMASAK:

  1. Cuci pulut dan rendamkan selama 2 jam.
  2. Masukkan pulut yang telah direndam ke dalam loyang yang sudah digris minyak alas plastik.
  3. Tuangkan santan cair yang dicampur sedikit garam. Jika menggunakan bekas plastik sebagai acuan sapukan bekas dengan minyak.
  4. Kukus selama 30minit atau sehingga pulut masak.
  5. Sementara tunggu lapisan bawah masak, sediakan bahan-bahan untuk lapisan bawah.
  6. Setelah pulut masak, tekankan pulut sehingga padat.
  7. Sediakan pula bahagian atas, satukan santan dengan daun pandan, kisar dan tapis.
  8. Kemudian campurkan campuran santan daun pandan tadi dengan gula, dan telur ke dalam blender dan kisarkan lagi.
  9. Masukkan tepung gandum, tepung kastard, tepung beras, garam dan pewarna. Kisar lagi sampai sebati.
  10. Kemudian masukkan adunan yang telah diblender ke dalam periuk atau kuali.
  11. Masakkan sebentar adunan dengan api perlahan. Kacau guna whisk sehingga naik wap.
  12. Tuangkan adunan pandan ke dalam loyang pulut tadi, atau bekas plastik kecil tadi dan kukus lagi selama 15-20 minit dengan api sederhana.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI