Kuah kacang simple tapi kesedapannya, rasa lemak kuahnya dengan yang dikisar bersama bahan lain menyebakabkan ia di gelar kuah kacang marvelous.
Tak ada kuah kacang maka tak laku nasi impit, sate, atau gado-gado. Kena ada kuah kacang baru ada selera dan sedap nak mencicah!
RESIPI KUAH KACANG SIMPLE TAPI MARVELOUS
BAHAN-BAHAN:
1 kg kacang tanah digoreng tanpa minyak
500-600 grm gula kastor
200grm gula melaka/gula merah
3 sudu makan udang kering
2 setengah sudu teh garam halus
3 biji bawang besar saiz 50 sen lama lebarnya*
4 ulas bawang putih*
4 btg serai*
1 inci lengkuas*
1.5-2.0 ltr air
3 senduk cili kisar
1 senduk minyak masak
Segenggam asam jawa yang kemudian dibancuh pekat dengan air.
CARA MEMASAK:
Untuk penyediaan bahan mentah kuah kacang, bila dah goreng tu, kisar dengan air. Jangan habiskan terus 2L tapi cukup sekadar 1.0 liter dulu dan kisar. Nanti baki air kita tambah kemudian. Udang kering di tumbuk lumat. Serai diketuk dan dikisar bersama bahan yang bertanda* (bila dah siap proses ni baru senang)
Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan kisar dan udang kering tumbuk tadi. Tumis hingga naik bau barulah tambah cili kisar dengan air. Guna api sederhana kecil je untuk pastikan cili kisar pecah minyak.
Tambah air asam jawa, gula putih, gula perang, garam dan air 0.5liter lagi. Masak dengan api perlahan dan kacau sesekali. Kalau nampak pekat sangat, tambahkan sikit lagi baki air atau kesemua. Jadi kite guna 2.0 liter air.
Masak ni dalam 1-2 jam sebab guna api kecil. Biarkan kuah kacang betukar warna gelap, nampak berminyak dipermukaan barulah sedap. Rasa dan jika ada terlebih kurang sesuaikan rasa buat kali terakhir.
Info: Nak makan dengan nasi himpit, sambal ikan, cucur udang, sate semua boleh dan semestinya sedap!
Tip untuk hasilkan resipi kuah kacang simple ni lagi marvelous:
Goreng tanpa minyak dulu kacang tanah atau kita panggil proses sangai. Bila dah masak, ketepikan. Untuk buat kuahnya, tak perlu buang kulit kacang. Nanti dikisar bersama air. Kisar pula jangan terlalu halus, cukup 80-85% baru sedap.
Untuk dapatkan kuah kacang yang cantik, tambah gula perang atau gula merah ke dalam kuah. Nampak warna coklat dan gelap.
Kalau buat utnuk makan sendiri, air jangan letak banyak. Cukup sekadar anggaran 1.5-2 liter untuk dapatkan kuah yang pekat dan sedap.
Suka makan nasi bersama sambal tumbuk bilis? Anda boleh cuba Sambal Tumbuk Bilis Rebung Kantan ni. Istimewanya sambal ni tak guna bunga kantan tau sebaliknya menggunakan rebung kantan. Wow..Mesti sedap & padu. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nur Aisyah ni. Nampak rare!
SAMBAL KANTAN
BAHAN-BAHAN:
2 pucuk rebung kantan
Cili kampung secukupnya – ikut kepedasan yang disukai
1 ulas bawang putih
3 biji limau Kasturi – ambil jusnya
Bilis goreng secukupnya – anggaran segenggam kecil
Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan cili kampung, bawang putih, rebung kantan, garam dan perasa. Tumbuk lumat.
2. Kemudian perahkan jus limau nipis. Gaul rata.
3. Masukkan ikan bilis goreng dan tumbuk hingga lumat sekali lagi.
Jom cuba resipi Sambal Bilis Petai Campur Tempoyak perkongsian saudari SuiSan Aliezsha ni. Sangat ringkas dan mudah tapi rasanya begitu membuka selera.
Bagi anda yang wajib ada hidangan sambal bila setiap kali waktu makan, resipi yang dikongsikan ini wajiblah dicuba. Memang sangat sedap rasanya.
Jadi jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan menu ini dan juga cara masaknya. Selamat mencuba!
CARA MASAK SAMBAL BILIS PETAI CAMPUR TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
Minyak masak
Ikan bilis – beli online disini
4 ulas bawang merah kecil – ditumbuk
5 ulas bawang putih – ditumbuk
Sos tiram – beli online disini
1 keping asam gelugur – beli online disini
Petai
10 tangkai cili api – dihiris
3 labu bawang merah besar – dihiris
2 sudu besar tempoyak
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak. Goreng ikan bilis. Angkat dan ketepikan.
2. Kurangkan sedikit minyak goreng ikan bilis tadi. Tumis bawang kecil dan bawang putih. Masukkan sos tiram dan asam keping.
3. Masukkan petai, cili api dan bawang besar. Kacau sebati. Biarkan bawang besar layu.
4. Masukkan tempoyak dan garam. Masukkan ikan bilis yang sudah digoreng tadi. Gaul sebati. Boleh dihidang.