Setiap tiga hingga enam bulan, Chef De Partie, Hotel Royale Chulan KL ini perlu mereka resipi baru pencuci mulut dan pastri.

Rasai Nikmat Kek Istimewa Buah-buahan Asli dari Chef Muhammad Khalid

Memiliki 12 tahun pengalaman dalam bidang ini sudah pasti menu kek yang dicipta Chef Muhammad Khalid cukup istimewa. Admin berkongsi resipi kek lazat dari Chef muda ini.

Rasai Nikmat Kek Istimewa Buah-buahan Asli dari Chef Muhammad Khalid

Resipi 1- Kek Mousse Kelapa Mangga

Bahan-Bahan:-

Bahan Kek kelapa:

  • 175 gm telur
  • 134 gm gula halus
  • 112 gm tepung kek
  • 6 gm serbuk penaik
  • 90 gm serbuk badam
  • 90 gm kelapa kering
  • 180 ml susu segar
  • 150 gm mentega cair

Bahan Jeli Mangga:

IKLAN
  • 350 gm puri mangga
  • 40 ml jus lemon
  • 160 gm gula
  • 15 gm gelatin
  • Beberapa kiub mangga (ikut suka)

Bahan Mousse Kelapa:

  • 600 gm kelapa puri / bahan 1
  • 300 gm gula halus / bahan 1
  • 800 gm krim putar
  • 20 gm gelatin / cairkan dengan sedikit air

Cara Memasak:

Kek kelapa:
1. Bagi memasak kek kelapa, kacau gula dengan telur hingga kembang, Kemudian tepung sedikit demi sedikit dan campurkan semua bahan-bahan lain dan kacau lagi hingga sebati.
2. Masukkan ke dalam dulang pembakar dan ratakan
3. Bakar di dalam ketuhar selama 15 minit pada suhu 180 darjah celcius.

Jeli Mangga :
1. Campurkan semua bahan dan masak atas api sederhana sehingga gelatin dan gula cair serta larut.
2. Kemudian masukkan mangga kiub ke dalamnya.

IKLAN

Mousse kelapa:
1. Masak bahan 1 di atas api sederhana dan sejukkan.
2 .Putarkan krim putar hingga separuh kembang.
3 .Akhir sekali masukkan gelatin dan gaul sebati.

Langkah-langkah:
1. Sediakan acuan dan potongkan kek kelapa mengikut acuan.
2. Lapiskan ke bahagian dalam acuan (lapisan bawah sekali)
3. Masukkan mousse kelapa ke dalam acuan sehingga separuh
4 .Masukkan sedikit jeli mangga sebagai lapisan tengah
5. Akhir sekali masukkan lebihan mousse kelapa sehingga memenuhi acuan.
6. Simpan dalam peti sejuk semalaman
7. Keluarkan dari acuan dan hiaskan mengikut kreativiti dan citarasa anda.

INFO CHEF : Selain mangga kiub anda boleh sahaja menggunakan buah-buahan beri.

Rasai Nikmat Kek Istimewa Buah-buahan Asli dari Chef Muhammad Khalid

IKLAN

Resipi 2-

Pir Rebus Bersama Jala Emas Dan Sos Vanila Pic

Bahan-bahan:-

Bahan pir :

  • 2 biji buah pir
  • 1 batang kayu manis
  • 1 sudu teh serbuk buah pala
  • 200 gm gula perang
  • 500 ml air
  • Beberapa titik pewarna merah (jika suka)

Bahan jala emas:

  • 2 biji telur itik
  • 100 gm gula pasir
  • 50 ml air
  • 1 helai daun pandan

Bahan vanila sos:

  • 1 liter susu segar
  • 1 liter krim masakan
  • 300 gm gula
  • 60 gm tepung kastad
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Beberapa titik perasa buah pic

Cara memasak:
1. Bagi memasak pir, campurkan kayu manis, serbuk buah pala, gula perah dan didihkan sehingga larut kesemua bahannnya.
2. Masukkan buah pir dan rebus selama 18-20 minit sehingga empuk dan toskan
3. Bagi memasak jala emas, mula-mula sediakan air gula (air dan gula pasir dilarutkan) kemudan masukkan daun pandan dan masakkan dalam kuali sehingga ia berbuih dengan banyak.
4. Selepas itu buangkan daun pandan dan biarkan ia terus mendidih.
5. Bagi membuat jala emas pula, masukkan kuning telur ke dalam acuan roti jala dan kiraikan di atas air gula yang sedang mendidih tadi.
6. Dengan menggunakan penyepit , angkat jala dan jirus sedikit air panas dan kemudiannya di masukkan ke dalam penapis, ketepikan.
7. Bagi memasak sos vanila pula, ambil periuk dan masukkan semua bahan dan masak atas api yang sederhana sehingga ia menjadi sedikit pekat.
8. Boleh dituangkan ke atas sajian pencuci mulut pir rebus dan jala emas tadi.

INFO CHEF : Jika anda suka perisa buah-buahan yang lain seperti oren boleh sahaja dmasukkan dalam sos vanilla menggantikan pic.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI