Karipap Ikan ni memang sesuai buat minum petang. Goreng garing-garing memang best.
Adunan ini dapatlah dalam 40 biji.Sebahagian boleh buat frozen dan simpan dalam peti ais.Bila nak makan atau tetamu datang ke rumah boleh hidangkan panas-panas.
Karipap Ikan
A. Inti Ikan
20 ekor ikan sardin(direbus asingkan tulang,dihancurkan isi ikan)
1 kotak kecil santan
8 biji bawang merah(dihiris nipis)
2 inci halia (dihiris nipis-nipis)
1 sudu besar halba
Air rebusan ikan
Garam,gula dan perasa
Cara memasak:
1.Mula-mula masukkan ikan dan sedikit air rebusan ikan kacau.Bila hampir kering masukkan santan.Bawang merah dan halba,kacau lagi masukkan garam, gula dan perasa puladan semua bahan dimasak bersama hingga kering atau lembap-lembap sikit. Siap.
B.Kulit karipap
4 cawan tepung gandum
4 sudu besar tepung beras( optional- tujuannya untuk bagi lagi rangup kulit)
1/2 cawan minyak masak
3 sudu besar marjerin
1 cawan air + ais
Garam secukup rasa
Cara membuat:
1.Untuk kulitnya panaskan marjerin dengan minyak dan ketepikan. Campurkan tepung gandum dan tepung beras.Gaul rata.
2.Masukkan marjerin yang kita cairkan tadi.Gaul-gaul dan masukkan air ais batu.Sedikit demi sedikit hingga menjadi doh dan tidak melekat di jari. Doh jangan terlalu keras atau lembik.Biarkan doh rehat dalam 40 minit(boleh masukkan dalam plastik beg atau tutup bekas dengan kain untuk elak doh kering).
3.Kemudian uli balik doh tu sampai jadi licin.Biarkan doh dalam 10 minit.
4.Kemudian bentukkan doh jadi kecil-kecil( dalam 28g++ sebiji) kemudian boleh uli
Ads
5.Masukkan inti dan bentukkan jadi karipap. Goreng dengan api kecil bila kekuning- kuningan, tutup api.Siap.
Kuih Wadai Kepeng, di kalangan masyarakat Banjar kuih ini sangat popular . Kuih ni sangat sedap kerana kekenyalan tepung pulut yang dibentuk bulat kemudian dileperkan dan dipijitkan di tengahnya. Dimakan dengan kuah santan yang lemak manis, Ada orang guna campuran gula Melaka pada kuah, ada yang guna gula pasir. Apapun terserah pada citarasa korang nak buat. Pokoknya kuih ini sedap dan senang je membuatnya.
WADAI KEPENG
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung pulut
Air secukupnya
Pewarna kuning
Secubit garam
BAHAN KUAH SANTAN:
1 keping gua melaka
2 cawan santan pekat
2 helai daun pandan
Secubit garam
Sedikit gula | jika kurang manis
CARA MEMASAK:
Masukan tepung pulut dalam mangkuk bersama secubit garam, gaul rata.
Kemudian masukan air sedikit demi sedikit sambil uli.
Tambahkan pewarna kuning dan uli hingga menjadi doh lembut.
Bulat-bulatkan kemudian leperkan dan tekan ditengah. Lakukan hingga habis doh.
Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan tepung pulut yang siap dibetuk tadi.
Rebus hingga timbul, angkat dan masukkan dalam bekas berisi air sejuk.
Sementara itu, sediakan kuah santan.
Masukkan santan, gula merah, secubit garam dan daun pandan.
Didihkan atas dapur dengan api sederhana sentiasa kacau.
Apabila mendidih, tutup api.
Untuk menghidangkannya, masukkan adunan tepung pulut tadi dalam kuah santan dan hidangkan
Kuih Talam tradisional adalah antara pemanis mulut yang menjadi kegemaran ramai tidak kira tua mahupun muda. Rasanya yang manis, lemak dan pelbagai perisa, memang tak jemu. Anda suka makan kuih ni? Jom cuba buat. Pasti puas hati dan menambat selera.
KOLEKSI RESIPI KUIH TALAM TRADISIONAL MUDAH & SEDAP
1. TALAM LAPIS
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan gula pasir
4 cawan santan
1/4 sudu teh garam
Sedikit pewarna merah dan perisa ros
CARA MEMASAK:
Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 8 inci.
Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.
Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk.
Seterusnya masukkan santan. Gaul rata hingga tidak yang bergentel.
Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.
Masukkan loyang yang telah disapu sedikit minyak ke dalam kukusan.
Tuang 200 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama lima minit dengan api kuat.
Setelah lapisan pertama masak, tuang 200ml adunan merah. Kukus lagi.
Ulang proses hingga habis dengan diakhiri dengan lapisan merah.
Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong.
INFO CHEF: Kuih Talam Lapis yang cantik masaknya, boleh dimakan selapis demi selapis.
2. TALAM LAPIS SAGU
BAHAN SAGU:
1 1/2 cawan sagu
2 cawan air
1 cawan air
BAHAN BAHAGIAN ATAS:
2 biji telur
2 cawan tepung gandum
2 sudu makan tepung jagung
2 cawan santan
2 cawan air
3/4 cawan gula
Sedikit pewarna hijau
1 sudu teh perisa pandan
CARA MEMASAK:
Basuh sagu dan tapis, kemudian ketepikan.
Satukan gula dan air, masak dalam periuk hingga mendidih dan gula hancur.
Masukkan sagu dan kacau hingga pekat.
Pastikan menggunakan api perlahan supaya sagu masih berbiji-biji putih.
Sementara itu, sediakan loyang yang telah disapukan dengan sedikit minyak.
Tuangkan sagu di dalamnya, ketepikan.
Satukan semua bahan bahagian atas dalam periuk, kacau hingga sebati.
Kemudian masak atas api perlahan dan sentiasa kacau hingga tepung tidak berketul-ketul.
Apabila naik wap, tutup api.
Tuang ke dalam bekas berisi sagu.
Akhir sekali masukkan dalam pengukus yang telah dipanaskan. Kukus selama 20 minit.
INFO CHEF: Jika anda mahukan warna pada sagu boleh tambahkan, ikut cita rasa.
3. TALAM BERLAUK
BAHAN-BAHAN:
250gm tepung beras
200gm keladi
100gm udang kering
2 sudu teh garam
1000ml air
500ml santan
BAHAN INTI DAN HIASAN:
200 gm daging kisar
2 biji kentang | dadu kecil
1 labu bawang besar | dipotong dadu
1 ulas bawang putih | dicincang halus
1 paket rempah kari daging
2 biji cili merah
1/2 batang lobak merah | diparut
Daun sup dan daun bawang | dihiris halus
2 sudu makan minyak
Garam dan sedikit gula
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan inti, panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih.
Masukkan rempah kari dan masakkan sehingga wangi.
Masukkan daging dan kentang. Kacau rata. Tambahkan sedikit air jika perlu.
Biarkan sehingga semuanya masak empuk.
Sejukkan dan taburkan diatas adunan yg dikukus.
Sekiranya terdapat minyak, toskan.
Untuk menyediakan bahagian talam, keladi direbus dan dikisar bersama air. Ketepikan.
Satukan tepung beras, keladi kisar, garam, santan dan air. Kacau sebati dan tapiskan ke dalam periuk.
Seterusnya masukkan udang kering. Kacau rata di atas api sederhana sehingga naik wap.
Setelah itu, tuangkan ke dalam loyang. Kukus selama 30 minit.
Akhir sekali, apabila hendak dihidangkan, barulah diletakkan bahan inti di atas permukaan sebagai hiasan.
INFO CHEF:Untuk menyediakan bahan inti di atas boleh siapkan awal dan simpan dalam peti sejuk.
4. TALAM SUJI
BAHANLAPISAN BAWAH:
110gm tepung suji
110gm gula pasir
200ml santan pekat
800ml air
1sudu teh pewarna kuning
1 sudu teh garam
LAPISAN ATAS:
3 biji telur
220 gm gula merah
1/2 sudu teh garam
200ml santan pekat
55gm tepung jagung
55gm tepung gandum
500ml air
CARA MEMASAK:
Untuk lapisan bawah, masukkan tepung suji dan air dalam periuk. Kemudian masukkan santan pekat dan gula.
Selepas itu masukkan garam dan pewarna kuning. Kacau rata.
Kemudian letak di atas api sambil dikacau dengan pemukul telur sehingga naik wap.
Masukkan dalam loyang dan kukus lapisan bawah selama lima minit.
Untuk lapisan atas, satukan tepung gandum, gula merah dan santan dalam bekas pengisar.
Masukkan air tepung jagung dan pecahkan telur dan bolehlah dikisar kesemua bahan-bahan tersebut.
Selepas itu, masukkan dalam periuk dan kacau di atas api sederhana besarnya.
Apabila sudah naik wap, bolehlah diangkat dan tuang ke atas lapisan bawah tadi.
Kukus selama 25 minit.
INFO CHEF: Campurkan tepung suji dengan air dan biarkan kembang lebih kurang 10 minit, sebelum dimasukkan dalam periuk bersama bahan lain. Tujuannya untuk mendapata suji yang lembut.
5. TOK AJI SERBAN
BAHAN LAPISAN BAWAH:
2 cawan beras pulut – direndam 1-2 jam
2 1/4 cawan santan cair
Secubit garam
LAPISAN ATAS:
6 biji telur ayam gred A
1 1/2 cawan santan pekat
Secubit garam
3 sudu makan gula perang (*)
1/2 cawan air (*)
1 helai daun pandan – simpul (*)
1/2 cawan gula (*)
(bahan bertanda (*) perlu dimasak terlebih dahulu, tapis dan dibiarkan pada suhu bilik.)
CARA MEMASAK:
Untuk membuat lapisan bawah, didihkan kukusan, cuci beras pulut dan masukkan ke dalam loyang bersaiz 9 inci yang telah dialas dengan dengan plastik di bawahnya.
Masukkan 1 1/4 cawan santan cair dan kukus selama 20 minit. Keluarkan pulut sekejap. 3. Kacau dan tambah baki santan. Kukus kembali selama 20 minit. Kemudian padatkan pulut dan cakar dengan garpu. Kukus lagi selama 10-15 minit.
Untuk lapisan atas, satukan semua bahan dan kisar sebati.
Panaskan kembali loyang berisi pulut selama 10 minit kemudian tuang adunan yang dikisar tadi.
Kukus selama 30-45 minit dan balut penutup periuk kukusan dengan kain bagi mengelakkan air menitis.
Angkat, sejukkan dan sedia untuk dinikmati.
6. TALAM SRI DELIMA
BAHAN-BAHAN:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi
1 1/2 cawan gula pasir
2 cawan santan pekat
5 cawan santan cair
1 sudu kecil garam
Pewarna merah, kuning dan coklat, putih
CARA MEMASAK:
Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
Bahagikan adunan kepada empat bahagian.
Masukkan pewarna ke dalam tiga bahagian dan satu kekal putih.
Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang.
Masukkan satu senduk adunan merah dan kukus selama lima minit.
Lapiskan pula satu senduk adunan kuning dan kukus lagi selama 5 minit.
Lapiskan warna coklat dan kukus selama lima minit lagi.
Kemudian ulang sekali lagi lapisan.
INFO CHEF:Untuk lapisan terakhir, bungkus penutup kukus dengan kain agar air tidak menitis ke atas permukaan talam.
Selalu lebihan nasi yang tak habis paling rajin buat nasi goreng tapi kalau malas laju jer masuk ke dalam tong. Bagi mengelakkan pembaziran, elok lebihan nasi itu di buat kuih Apam Nasi. Ramai yang tidak tahu resipi kreatif yang dikongsikan ini. Cuba buat dulu kuih ini, gerenti tak percaya kesedapan apam nasi ni!
RESIPI APAM NASI VIRAL
KISAR:
2 cawan nasi
3 cawan air
1 cawan gula
AYAK:
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 peket yis mauripan 11g
CARA MASAK:
Campurkan semua bahan, perap 1 jam.
Tuang dalam acuan yang disapu minyak.
Kukus sehingga masak.
Hidang dengan kelapa parut dicampur sedikit garam.
Tip simpan rebung ini kena tahu sebab ramai yang suka makan rebung, tapi nak dapatkan rebung segar bukan selalu ada. Musim-musim tertentu saja rebung...