Pulut panggang Stail Kelantan

Pulut panggang stail Kelantan ini secukup rasa. Ada lemak, masin dan manisnya. Intinya pula menggunakan ikan sardin atau ikan selayang.

Ada yang panggil pulut lepo. Boleh buat untuk sarapan. Minum pula teh O Panas. Memang ngam habis. Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Izamani Ismail ini ye. Selamat mencuba.

Pulut Panggang Stail Kelantan

Bahan Pulut:

2 cawan beras pulut – boleh beli online di sini

1cawan santan pekat

1 sudu besar gula – boleh beli online di sini

1 sudu teh garam – boleh beli online di sini

 Bahan Inti:

7 ekor ikan sardin @ selayang

Asam keping – boleh beli online di sini

Garam – boleh beli online di sini

Bahan Kisar:

7 biji bawang merah – boleh beli online di sini

1 ulas bawang putih – boleh beli online di sini

IKLAN

6 tangkai cili kering – boleh beli online di sini

Sedikit halia – boleh beli online di sini

Bahan Lain:

1 sudu teh halba – boleh beli online di sini

Daun pisang

Cara Memasak:

Pulut panggang Stail Kelantan. Sedap Guna Inti Ikan Sardin

Kukus pulut (bahan pulut) hingga masak, sekitar 30 minit. Ketepikan.

IKLAN

Pulut panggang Stail Kelantan. Sedap Guna Inti Ikan Sardin

Untuk inti, rebus ikan dengan asam keping dan garam serta sedikit air. Bila sudah masak, ambil isi ikan sahaja dan tumbuk lumat. Ketepikan.

Masukkan santan, halba dan bahan kisar serta isi ikan ke dalam kuali. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Kacau sehingga kering.

Pulut panggang Stail Kelantan. Sedap Guna Inti Ikan Sardin

Ambil daum pisang, letakkan sedikit pulut atas daun pisang, bubuh inti, tutup  dan bungkus dengan cara gulung dan staple bahagian tepi kiri dan kanan. Ulangi langkah hingga selesai.

Sediakan pemanggang dan bolehlah bakar. Siap dan sedap dimakan panas-panas.

IKLAN

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Lepat Pisang Inti Kelapa. Kombinasi Rasa Manis Dan Lemak Yang Sedap

5 Resipi Karipap Ni Memang Sedap Makan Panas-Panas

Buat Putu Mayam, Klasiknya Guna Acuan Usia Puluhan Tahun

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI