Lazimnya, jika sesekali teringin menikmati putu mayam, mudah juga untuk mencari penjualnya. Ada yang biasa dan ada perisa pandan. Namun, jika inginkan rasa hasil air tangan sendiri, boleh saja kita membuatnya di rumah.
Teruja melihat acuan tradisional ini untuk menghasilkan putu mayam sendiri. Usia acuan tembaga itu pun telah mencecah puluhan tahun, namun masih setia kekal berkhidmat. Meskipun acuan ini agak kasar sedikit, tak seperti bihun hasilnya, namun ianya tetap memberikan tekstur dan rasa yang tersendiri.
Menurut Faizah Husain yang sudi berkongsi resipi putu mayam ibunya, jika dulu ibunya yang akan membuatkan putu mayam untuknya. Namun, atas faktor usia dan kudrat yang semakin berkurangan, kini dia pula yang membuatkan putu mayam untuk ibunya tatkala ibunya teringin. Jom kita pula buat putu mayam untuk hidangan minum petang seisi keluarga.
Potong daun pisang besar sedikit daripada saiz putu mayam. Buat banyak keping. Panaskan kukusan.
Dalam periuk lain, masak air hingga mendidih. Masukkan garam dan minyak masak.
Tutup api dan masukkan tepung beras sedikit demi sedikit sambil terus mengacau hingga sebati. Ikut kesesuaian, kalau lembut sangat boleh tambah lagi tepung. Kalau keras, tambahkan air.
Adunan panas-panas, terus masukkan ke dalam acuan putu mayam. Kalau sejuk, adunan keras dan tak boleh nak pusing acuan.
Susun daun pisang yang telah disapu minyak dalam kukusan.
Pusing acuan secara membulat. Biarkan doh jatuh secara bertali di atas daun pisang. Jika tak tahan panas, boleh putar di luar, kemudian susun dalam kukusan.
Ini contoh acuan tembaga yang digunakan.
Ads
Kukus lebih kurang 3-4 minit sahaja. Balut penutup kukus dengan kain supaya wap tak jatuh. Setelah masak, susun dalam bekas.
Parutkan gula kabung. Kesedapan gula kabung memang tak sama dengan gula lain. Gula melaka, gula merah atau gula perang pun boleh guna.
Siap. Gaulkan gula kabung dan kelapa parut, makan bersama putu mayam.
Minum petang nanti nak hidangkan apa ye? Ada lebihan roti gardenia dari berbuang elok juga buat bengkang roti. Lemak-lemak manis dihidang bersama air kopi.
Cara memasak: 1.Rendam roti yang dah dicarik-carik ke dalam air masak 1 cawan tadi ke dalam mangkuk besar. (Tekan-tekan roti tadi sampai meresap air.rendam 10 minit sampai kembang. 2.Kisar semua bahan yang bertanda* 2 minit,masukkan bahan kisar ke dalam mangkuk yang berisi roti tadi kacau-kacau rata. 3.Tuangkan kesemua bahan-bahan tadi ke dalam loyang yang telah disapu mentega. 4.Bakar dalam oven api atas bawah suhu 180 °c (ikut kesesuaian oven masing-masing) selama 40 hingga 50 mnit.
Petang-petang dapat makan kuih tradisional ni, memang sedap kan. Lagi-lagi bila buat sendiri, memang tak puas makannya.
Resipi pulut udang ini sesuai dijadikan sebagai menu minum petang bersama keluarga.
Jom kita cuba resipi yang dikongsikan Ariff Budiman Zainal Abidin.
PULUT UDANG
BAHAN INTI PULUT:
3 cawan kelapa parut putih (dalam 1 biji) 2 batang serai* – beli online di sini 2 biji bawang merah* – beli online di sini 2 sudu besar udang kering* (dalam segenggam) – beli online di sini 1 inci kunyit hidup atau serbuk kunyit* 2-3 sudu besar cili kisar* – beli online di sini 1 sudu besar jintan manis* | tumbuk halus 1 sudu kecil garam 2 sudu besar gula Sedikit udang hidup | goreng dulu dan asingkan
Karipap yang garing dan rangup memang digemari ramai. Namun ada kalanya, bila dimasak, sekejap sahaja kulitnya dah lembik dan lemau. Putus selera. Kalau nak tahu cara-cara nak buat kulit karipap yang rangup serta tahan lama, boleh cuba resipi di bawah ini.
KARIPAP KENTANG
BAHAN KULIT KARIPAP:
1kg tepung gandum
1 cawan minyak masak
2 sudu makan marjerin
350ml air
2 sudu makan air rendaman kapur makan ( yang jernih)
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak bersama marjerin. Kemudian tuangkan ke dalam tepung dan uli menggunakan sudu. Jangan uli dengan tangan kerana tepung sedang panas.
2. Gaul tepung hingga jadi macam ni.
3. Kemudian masukkan air dan air kapur. Uli hingga sebati. Jangan risau jika tepung tidak menjadi licin. Asalkan ia sebati, sudah mencukupi.
4. Setelah siap diuli, masukkan ke dalam plastik sebegini. Tujuannya supaya doh tidak terkena angin. Perap selama 4 jam. Tujuan doh diperap pula adalah supaya ia lembut dan berminyak sedikit.
5. Akhir sekali, doh bolehlah dicanai dan dimasukkan inti. Kelim dengan kemas dan goreng hingga garing.
6. Jika nak buat frozen, cukup sekadar goreng karipap separuh masa. Kemudian bekukan.
Karipap yang sedia untuk disejukbekukan.
Karipap goreng yang sedia dimakan.
Nota: Inti karipap boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing. Boleh menggunakan inti kentang, daging, ikan, sardin atau sebagainya.
Jika mahu mencuba inti kentang versi Che Kelly, resipinya adalah:
BAHAN INTI KARIPAP:
1 kg ubi kentang | dipotong dadu, direbus dan di tos airnya
1/2 biji bawang besar | didadu kecil
4 sudu makan serbuk kari
8 sudu makan gula | boleh dikurangkan jika kurang gemar inti karipap yang manis
3 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk perasa | boleh abaikan
Sedikit air
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga wangi.
2. Kemudian masukkan rempah kari serta sedikit air, gula, garam dan perasa.
3. Seterusnya masukkan ubi kentang. Kacau hingga kering.
4. Padamkan api dan sejukkan inti. Boleh digunakan untuk menghasilkan karipap.