Mula-mula, masak lapisan santan. Kisar 6 helai daun pandan bersama 250gm air atau satu cawan air. Tapis untuk dapatkan 250gm air pandan. Ketepikan.
Dalam periuk, masukkan air daun pandan, susu cair, gula, air, serbuk agar-agar, garam dan gula batu. Kacau sebati. Gula batu tu optional. Kalau tak ada, tak perlu masuk. Gula batu tujuannya supaya agar-agar tak mudah berair selepas dipotong.
Nyalakan api dan masak hingga mendidih. Kemudian masak hingga mendidih. Kalau suka warna lebih hijau, boleh tambah beberapa titis pewarna hijau epal. Dah mendidih, barulah masukkan santan dan masak lagi hingga mendidih. Biar mendidih selama 1 minit.
Padam api dan tuang adunan dalam loyang 8 x 8 inci. Petua tak nak bagi mercik (adunan panas), tuang atas spatula.
Cedok buih-buih menggunakan penapis.
Ads
Sejukkan sebentar di luar. Bila dah agak dah suam, masukkan dalam peti ais dan sejukkan hingga agar-agar mengeras. Anggaran 45 minit.
Sambil menunggu, sediakan bahan untuk lapisan gula merah.
Untuk menyediakan lapisan gula merah: Dalam periuk, satukan gula merah, serbuk agar-agar, air dan daun pandan. Kacau sebati.
Masak hingga mendidih. Biar mendidih selama 1 minit. Padam api.
Keluarkan puding pandan yang dah keras Cucuk-cucuk dan cakar permukaan puding dengan garfu.
Ini untuk memastikan lapisan agar-agar gula merah tak lekang daripada puding pandan. Tapis agar-agar gula merah dan tuang perlahan-lahan ke atas puding pandan.
Ads
Sejukkan dalam peti ais sehingga keras. Anggaran 1 jam.
Dah keras, keluarkan daripada peti ais. Nak keluarkan, sisip guna pisau tajam. Buat pada keempat-empat sisi dan hentak-hentak sedikit.
Kemudian terbalikkan atas papan kek. Potong ikut cita rasa dan hiaskan dengan potongan daun pandan jika suka. Selamat Mencuba.
Memang nampak sedap sangat Puding Mangga Susu Bersama Chia Seed ni kan? Makan pula sejuk-sejuk, leganya rasa tekak. Bagi ibu-ibu yang tiada idea untuk membuat sajian pencuci mulut, apa kata anda cuba resipi Puding Mangga Susu Bersama Chia Seed ini seperti yang dikongsikan oleh Shida Razak KC
RESIPI PUDING MANGGA SUSU BERSAMA CHI SEED
UNTUK LAPISAN BAWAH:
BAHAN-BAHAN:
400 ml susu segar 100 ml air 1 biji mangga/100-150g mangga di potong dadu 2 sudu besar serbuk agar-agar 1/2 sudu kecil garam –BELI ONLINE 3 sudu gula (boleh guna molases sugar untuk lebih sihat) –BELI ONLINE 1 sudu kecil pewarna kuning (jika ada)
CARA MEMBUAT:
1. Kisar semua bahan. ( lapisan bawah )
2. Selepas semua bahan dikisar, masak selama 2 minit hingga mendidih.
3. Kacau rata dan masukkan ke dalam bekas/loyang. Ketepikan.
UNTUK LAPISAN KE DUA:
BAHAN-BAHAN:
250 ml susu segar 1 sudu besar serbuk agar-agar 2 sudu besar gula batu/gula biasa –BELI ONLINE Secubit garam – BELI ONLINE 1/2 cawan chia seed
CARA MEMBUAT:
1. Masak susu segar bersama masak 1 sudu besar serbuk agar-agar.
2. Campur 2 sudu besar gula batu/ gula biasa pun boleh dan secubit garam dan kacau hingga mendidih.
3. Campurkan 1/2 cawan chia seed yang telah dikembangkan. Jika tiada chia seed, selasih pun boleh.
4. Tuang untuk lapisan ke dua setelah sejuk lapisan pertama. Taburkan mangga dadu di atas puding. Sejukkan dalam peti. Makan ketika sejuk memang sedap!
Sebut saja kacang pool, pastinya tidak asing bagi orang Johor. Kacang pool ni biasanya kita hidang dengan telur mata, bawang besar yang didadu, limau kasturi dan cili hijau.Masak kacang pool ni mudah saja,tak perlu bahan yang banyak sangat. Kacang pool ni enak dicicah dengan roti. Sapu roti dengan butter dan panaskan dulu dalam kuali sebelum makan dengan kacang pool.
KACANG POOL
Bahan-bahan:
4 Jenis kacang saya guna(macam dalam gambar), kalau sekadar nak makan sendiri cukup kacang foul satu tin. (buang air dan semua kacang ni kisar)
Daging kisar (saya guna ramly).
Bawang Merah-kisar
Halia-kisar
Bawang putih -kisar
Serbuk cili
Serbuk jintan manis
Serbuk jintan putih
Serbuk ketumbar
Serbuk kari ayam/daging(semua ni saya guna jenama babas)
Minyak sapi-sedikit
Cara memasak:
1.Panaskan minyak, Masak daging dulu,kacau sampai hancur elok.
2.Daging dah masak, masukkan bahan kisar (bawang merah,bawang putih dan halia tadi)
3.Agak tiga hingga empat minit, masukkan semua serbuk rempah tadi.
4.Kemudian masukkan sedikit minyak sapi.
5.Masukkan semua kacang-kacang yang dah kisar halus tadi.
6.Masukkan garam sedikit dan biarkan mereneh hingga menggelegak.
7.Siap untuk dihidang.Nak hidang jangan guna cili api pula, guna cili hijau besar.
Kuih Bengkang Ubi Gula Merah memang sangat sedap dan jadi kegemaran ramai. Nak membuatnya pun bukan susah. Guna resipi perkongsian Opah Mas Cotek ni. Sesuai sangat dijadikan sajian pada bila-bila masa. Selamat mencuba!
RESIPI KUIH BENGKANG UBI GULA MERAH
BAHAN-BAHAN:
5 cawan ubi kayu (siap parut) – beli online DISINI
Ketahui khasiat air barli yang luar biasa untuk kesihatan dari bantu penyembuhan luka, turunkan berat badan, hingga sejukkan badan secara semula jadi. Rugi kalau tak minum air barli setiap hari!