Roti Shokupan…shokupan tu dalam bahasa Jepun bermaksud roti kosong atau roti biasa @ plain bread. Menurut Fatin Damiadalam laman FB nya roti shokupan ini biasanya menggunakan susu dan sedikit whipping cream .
Tekstur roti ini sangat lembut di dalam dan garing di luar. Roti Jepun ini dibuat menggunakan kaedah Yudane, iaitu kaedah pembuatan roti cara orang Jepun yang dohnya dibuat dari air panas mendidih dan tepung.
Dalam resipi ini Fatin menggunakan susu panas yang dituangkan dalam tepung dan dohnya dimasukkan dalam plastik untuk disimpan dalam peti sejuk semalaman.
Ujar Fatin lagi pembuatan roti menggunakan kaedah Yudane ini sangat popular di Jepun. Paling best kaedah ini menjadikan roti lebih halus dan lembut lebih lama walaupun setelah roti sejuk. Katanya lagi,”Permukaan roti tidak disapu kuning telur tetapi cukup hanya ditaburkan sedikit tepung di atasnya”.
Jom kita cuba resipi roti shokupan, ni resipi yang dikongsikan Fatin Damia @ kakak cantik
Ads
RIBBON SHOKUPAN BREAD
BAHAN-BAHAN :
Bahan( Yudane Method ) :
1/2 cawan tepung roti
30ml susu full cream yang telah dididihkan.
** tuang susu panas ke dalam tepung dan gaul sebati. Masuk dalam plastik dan biarkan semalaman dalam peti ais.
1. Campurkan gula dan yis ke dalam susu. Tunggu sehingga berbuih. . 2. Setelah berbuih, tuang semuanya ke dalam tepung. Masukkan bahan bahan ‘Yudane Method’ yang telah disejukkan semalaman tadi. . 3. Kemudian masukkan garam, whipping cream. Uli lebih kurang 7 minit kemudian masukkan vegetable shortening. Uli lagi sampai semua adunan kalis dan tak melekat di jari. . 4. Rehatkan doh lebih kurang 1 jam. Setelah 1 jam, buang angin dalamnya dan bahagikan kepada beberapa bahagian yang disukai dan bentukkannya sesuai selera. . 5. Setelah siap dibentuk, rehatkan doh lagi lebih kurang 15 minit dan taburkan sedikit tepung di atasnya dan bakar suhu 180 darjah celcius lebih kurang 15-20 minit mengikut oven masing masing.
6. Setelah masak, sejukkan roti sebelum dihidangkan. Memang berbaloi lah dicuba.
Terasa nak makan lauk pauk yang simple sahaja untuk sajian makan tengaharini? Menu Asam Pedas Kembung perkongsian saudari Akma Abdullah ni boleh dicuba. Istimewa menu ini ialah ianya sangat senang, rasa sedap, kuah tidak terlalu cair dan paling penting tidak berbau hanyir. Memang kena cuba.
ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG
BAHAN-BAHAN:
6 ekor ikan – potong 2
2 kuntum bunga kantan
1 ikat daun kesum
1 batang serai – diketuk
4 biji tomato
15 batang bendi
1 senduk cili kering kisar
1 mangkuk air asam jawa
Garam & gula secukup rasa
Air secukupnya
BAHAN KISAR:
15 biji bawang merah
2 biji cili merah
8 ulas bawang putih
2 inci belacan
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahankisar dengan serai sehingga masak dan garing.
2. Masukkan air asam jawa.
3. Seterusnya masukkan air. Jumlahnya ikut berapa banyak kuah yang nak. Paling penting jangan sampai hilang rasa masam.
4. Seterusnya masukkan daum kesum yang dah dibersihkan.
5. Diikuti bunga kantan. Masak kuah hingga mendidih.
6. Kemudian masukkan bendi dan ikan.
7. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya.
8. Bila ikan dah masak, masukkan tomato dan padamkan api.
Teringin nak makan Bubur Asyura sedap versi orang Utara? Resipi perkongsian saudari Jihan Zahira ni antara yang boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI BUBUR ASYURA UTARA
BAHAN-BAHAN:
1kg beras – rebus beras sampai jadi bubur
1kg santan
½ kg kacang hijau
½ kg kacang kuda
½ kg kacang tanah- sangai dan buang kulit
1kg ubi keledek merah
5 tongkol jagung
1kg gula – jika tak suka manis, boleh kurangkan
3 sikat pisang
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Rebus kacang hijau dan kacang kuda ( rebus asing-asing) sampai lembut. Kemudian masak santan dan ubi dalam kawah sampai ubi empuk.
2. Bancuh tepung, gula, garam dan air hingga sebati. Kemudian masukkan ke dalam kawah. Kacau lagi hingga mendidih. 3. Masukkan semua jenis kacang dan jagung. Kacau lagi sampai betul-betul masak. 4. Masukkan pisang dan kacang tanah yang telah disangai dan dibuang kulit. Kacau lagi hingga semua likat. 5. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Ada empat bahan ni kat dapur, dah boleh buat puding. Agar-agar tali, susu cair, susu pekat dan biskut oreo atau cream'o . Gula batu ditambah untuk mendapatkan puding yang berkilat. dan mengelakkan puding berair bila dah keras.
Nak bagi padu patah-patahkan biskut tu, cara lebih lazat menikmati biskut yang dah memang sedia sedap. Jom kita cuba resipi dari Eza E-za yang mudah sangat nak buatnya. Keluar dari peti air, memang nyaman aje lalu kat tekak.
CARA MEMASAK :
1. Masukkan air 1200ml (sukatan jug plastik) dalam periuk, masak bersama agar2 dan 4@5 ketul gula2 batu. Masak hingga larut.
2. Dah larut masukkan susu pekat (kacau dulu) kemudian baru masuk susu cair.
3. Kacau2 5@7 min hingga mendidih, tutup api.
4. Tapis puding masukkan dalam loyang @ bekas.
5. Sekeping biskut patah 4, masukkan dalam puding(masuk je krim sekali jgn membazir)
6. Biarkan sejuk dalam 10@15 min baru masukkan dalam peti ais.
Tips Gula batu selalunya diletak untuk mengelakkan puding/agar-agar dari berair bila dah keras, ianya boleh diletakkan dalam semua jenis agar-agar.