Kudapan apa yang sedap dan ralit makan? Jom buat popia coklat yang tidak jemu makan. Ikut step by step cara buat popia coklat gerenti menjadi. Buat guna kulit popia lagi rangup lagi sedap.
POPIA COKLAT
Bahan-bahan:
Kulit popia
Coklat berlys milk coklat
Nestum
Tepung gandum dan air untuk buat gam kulit popia
Cara membuat:
Ads
1.Potong kulit popia ikut berapa panjang yang diingini.
2.Gulung popia kemudian susun dalam dulang dan jemur sampai kering (penting untuk dapatkan popia bulat cantik. Kalau tak jemur bila goreng popia jadi penyet. Jemur kulit popia untuk dapatkan hasil yang bulat dan rangup.
3.Gulung sampai habis,jangan lupa gam nanti terbukak pula.
4.Kemudian susun dalam dulang.Jangan ditindih.
Ads
5.Lepas kering kulit kena goreng baru celup coklat. Cara angkat ikut keselesaan masing-masing.Boleh pakai lidi buat macam dalam gambar. Kalau leceh pakai jari pegang hujung.
6.Dah celup coklat, golekkan dalam nestum.pastikan jari tu manja-manja jer pegang popia untuk elakkan dari coklat hilang dari popia.
Ads
7.Susun popia yang dah salut coklat dengan nestum. Kemudian masuk peti sejuk biar coklat cepat keras. Simpan dalam peti sejuk bukan oven. Dah keras boleh keluarkan dan boleh makan.
Tauhu Begedil ni memang sedap dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Ramai yang takut nak cuba sebab rasa hidangan ni susah nak disediakan. Namun menerusi perkongsian Puan Siti Misyati, beliau kongsikan resipi Tauhu Begedilyang paling mudah dan sedap. Kosnya pun tak mahal. Malah inilah resipi yang digunakan untuk perniagaan Tauhu Begedil yang beliau usahakan. Sedapkan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI TAUHU BERGEDIL HOMEMADE SEDAP
BAHAN-BAHAN:
Tauhu pok/tauhu kering secukupnya
BAHAN INTI:
Ubi kentang – bergantung pada jumlah tauhu yang nak dibuat
Bawang Holland – potong dadu
Daging kisar – lebih banyak lebih sedap
Daun sup – dicincang
Serbuk lada sulah & serbuk lada hitam secukupnya
Garam dan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
BAHAN SALUT:
Telur secukupnya
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang Holland dan daging kisar hingga masak. Kemudian masukkan daun sup, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam, garam dan perasa dengan secukupnya. Gaul rata. Angkat.
2. Kupas ubi kentang dan rebus hingga empuk. Tambah sedikit garam kemudian lenyek hingga halus.
3. Satukan daging yang ditumis tadi dengan ubi kentang lenyek. Gaul rata hingga sebati.
4. Bulat-bulatkan inti supaya senang untuk disumbat ke dalam tauhu. Buat hingga habis.
5. Sumbat bebola kentang ke dalam tauhu yang dipotong sedikit. Kemudian celupkan tauhu ke dalam bancuhan telur yang telah dipukul dengan sedikit garam.
6. Goreng hingga keperangan. Angkat dan nikmati bersama sambal kicap.
RESIPI SAMBAL KICAP
BAHAN-BAHAN:
Cili padi hijau – ikut kepedasan yang dikehendaki
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
Kicap secukupnya
Gula dan sedikit garam
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan goreng cili padi, bawang merah dan bawang putih sehingga sedikit layu.
Angkat dan kisar bahan goreng tadi bersama kicap, gula secukupnya, sedikit garam dan sedikit minyak gorengan tadi.
Menu cepat dan murah disediakan bila kita tengah lapar. Sesuai untuk sarapan pagi atau makan malam.
TELUR HANCUR
BAHAN-BAHAN:
Telur
Bawang merah-dihiris
Bawang putih-dihiris
Cili merah-dihiris
Cili hijau-dihiris
Kubis bunga-potong kecil
Garam
Gula
Serbuk kunyit
Serbuk perasa/kiub pati ayam
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan-bahan seperti sedikit bawang merah, cili merah, cili hijau, kubis bunga dengan telur. Agak-agak berapa banyak telur bersalut dengan bahan-bahan lain.
2. Perasakan dengan garam, gula, sedikit serbuk kunyit dan serbuk perasa.
3. Tumiskan bawang putih dan merah sehingga agak garing. Angkat dan ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak. Masukkan telur yang sudah disatukan dengan bahan-bahan lain ke dalam kuali. Goreng sampai telur sebati.
4. Selepas itu masukkan bawang yang digoreng tadi. Kacau sampai sebati.
INFO:
Jika suka boleh lebihkan bawang dan tukar cili besar ke cili padi untuk lebih pedas.
Sedapnya cucur udang bila dimakan panas-panas. Bila dicicah dengan sos tambah sedap rasanya. Bukan hanya sesuai untuk minum petang malah sarapan pagi pun boleh hidang menu ni.Confirm berebut mereka makan.
Cucur Udang
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
1 cawan taugeh
6 batang daun kucai-dipotong
1 biji bawang besar-dihiris nipis
1 tangkai cili merah-dihiris halus
1 sudu besar garam
1 sudu besar Mushroom seasoning
1 sudu kecil Mauripan
1 biji telur
10 ekor isi udang segar-ditumbuk halus
1 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil serbuk kunyit Adabi Consumer
1 cawan air panas
1 cawan air sejuk
Cara memasak:
1.Gaul semua sebati bahan-bahan di atas , pastikan tidak terlalu likat atau cair.
2.Biarkan adunan selama 15 minit sebelum digoreng, sementara tunggu tu bolehlah panaskan minyak
dan rendam senduk dalam minyak yang dipanaskan.
3.Setelah minyak betul-betul panas, masuk adunan yang telah digaul tadi dalam senduk yang telah dipanaskan,
letak 2 ekor udang di atas cucur dan goreng cucur udang sehingga garing, cucur akan terkeluar dari senduk
dengan sendirinya, pusingkan api sederhana.
4.Agak-agak cucur dah masak dan garing ,toskan pada tisu supaya dapat menyerap minyak cucur yang digoreng.
5.Tunggu sehingga betul-betul sejuk dan cucur bolehlah dipotong dan dicicah bersama kuah kacang ataupun sos cili.
Ketahui kebaikan belimbing buluh yang menakjubkan untuk kesihatan — dari menurunkan tekanan darah hingga membantu detoks hati. Superfood tempatan yang kecil tapi penuh khasiat!