Minum petang nanti hidanglah kuih muih yang menjadi kegemaran ramai. Dah lama tak buat popia. Tapi kali ini kita nak buat popia carbonara, pasti anak-anak pun suka. Selongkar peti ais, ada bahan-bahan, jadi kita pun masaklah. Mudah sangat buatnya. Sedap betul makan panas-panas. Sosej lada hitam tu pula beri sengatan pada lidah. Ngam.Nak lagi sedap? Baki-baki sos Prego tadi, tuang atas popia ni. Tak payah cicah sos cili.
Popia Carbonara
Bahan-bahan:
(untuk 5-6 orang)
1 tin Prego Carbonara cendawan
2 batang sosej lada hitam
2 senduk sayuran campur
2 keping keju
30 keping kulit popia
Cara membuat:
1.Sosej dipotong dadu, campur dengan sayur. Kalau tak ada sosej, nak ganti dengan isi ayam, udang atau crab stick pun boleh.
2.Tuang Sos Prego Carbonara Cendawan. Gaul rata.
IKLAN
3.Masukkan keju. Cincang keju masukkan dalam campuran bahan inti ni. Nak sedap gunakan mozarella, nanti bila makan dia bertali-tali. Kali ni, saya guna keju cadar je ni.
4.Ambil 1 sudu besar inti, letak atas kulit popia. Gulung.
5.Kalau ikut sukatan yang saya beri, anda akan dapat 30 batang popia. Dalam gambar ni, saya baru siap 50%.
IKLAN
6.OK, popia ini bolehlah digoreng.
7.Dah siap. Senang. Isi tak payah masak dulu. Campur, gulung, goreng. Luar dia rangup, dalam dia lemak berkrim. Budak-budak suka. Terutamanya jika mereka tak suka pedas.
Selalunya kalau yang tengah nak berdiet tu mesti perkara pertama sekali dalam list beli-belah nak beli peanut butter tuk makan masa sarapan. Phewww, mahal kot, lagi nak diet lagi mahal pulak. Terpaksa lah beli yang murah dengan rasa yang sangat manis dan tak sihat langsung!
Ada satu cara yang boleh membantu masalah macam ni, buat sendiri peanut butter HOMEMADE ni ha. Nak beli mahal kan, resepi sangat senang je rupanya. Bahan pun sihat. Yang penting sukat mengikut sukatan yang kamu inginkan!
Meh kita tengok kat bawah cara nak buat.
Bahan-Bahan:
500 gram kacang tanah – sangai tanpa minyak, buang kulit.
Madu asli
Virgin Olive oil
Garam bukit – garam biasa pun boleh. Kalau dapat garam bukit lagi cun, lebih sihat.
Cara-Cara:
1) Blend kacang yang sangai dengan buang kulit tadi, tambah secubit garam. Pakai blender kering tu. Letak kacang separuh bekas blender tu je. Jangan penuh. Blend sehalus-halusnya tau.
2) Baru masukkan olive oil dengan madu. Ni korang pandai-pandai agakla. Kaknaz letak 1 sudu besar olive, 1 sudu besar madu setiap kali blend. Kalau dapat kacang fresh dia keluar minyak sendiri, boleh kurangkan olive oil ni. Kacang kaknaz takmo terbit-terbit minyak dia. Sikit nau dia keluar. Tu taruk lebih sikit.
3) Kalau yang suka rasa chunky-chunky, boleh masuk kacang blend kasar tu sikit. Wallah! Syok gigit.
Siap! Boleh masuk botol. Nak tahan lama boleh simpan dalam fridge ok. Kalau boleh botol tu steril dulu.
Senang tak? Dah, tak yah bazir duit beli mahai-mahai, buat sendiri je. Kita boleh adjust manis masin sendiri. Lagi sihat sebab pakai madu, garam bukit ngan virgin olive oil, kan? 😍
Syawal bakal berakhir sekolah pula banyak yang menganjurkan Majlis Hari Raya dan juga sambutan Hari Guru. Ada masanya buntu tak tahu apa menu yang sesuai nak dibawa anak-anak untuk memeriahkan majlis yang dibuat. Ini 10 idea menu yang dikongsikan oleh ibu-ibu melalui grup Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN). Paling penting menarik dan mudah untuk disediakan.
BAHAN-BAHAN
Sedikit minyak jagung dan mentega untuk menumis
5 biji bawang merah (tumbuk)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
1 sudu besar lada hitam (tumbuk)
1/2 inci halia (tumbuk)
3 sudu besar rempah kari
500 gram daging kisar (dicencang)
Garam secukupnya
1 tin susu cair ideal dan 1 tin air
Sedikit bawang goreng
2 cawan makaroni (direbus sampai lembut)
Sedikit parutan keju mozarella atau cheddar
4 biji telur ayam (dipukul)
Sedikit daun bawang atau sup
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak jagung dan mentega. Tumis bahan yang ditumbuk tadi bersama rempah sehingga naik bau.
2. Masukkan daging kisar dan goreng sehingga masak. Perasakan dengan garam.
3. Masukkan susu cair, air dan bawang goreng. Kemudian dimasak sekejap.
4. Makaroni yang sudah direbus, ditoskan kemudian masukkan dalam bekas yang bersih.
5. Masukkan bahan daging yang sudah masak tadi ke dalam bekas bersama makaroni dan gaul rata.
6. Tambah keju.
7. Masukkan dalam dulang atau loyang pembakar. Tuangkan telur ayam di atas macaroni, tabur mozerella dan baki cheese kalau suka.
8. Taburkan daun sup atau daun bawang dan bawang goreng.
9. Bakar selama 40 minit dengan suhu 170°C atau hingga masak.
CARA MEMASAK:
1. Panaskan air masukkan sedikit minyak dan garam. Rebus spageti hingga lembut. Toskan.
Untuk membuat sos, panaskan minyak, tumiskan bawang putih, cili kisar dan bawang holland hingga naik bau.
3. Masukkan daging kisar dan bebola daging. Kacau hingga masak dan air kering.
4. Kemudian masukkan kesemua sos pasta, sos cili, kiub pati daging dan sedikit air.
5. Masukkan juga tomato yang dipotong dadu, cendawan dan daun bay. Tunggu sehingga sos menggelegak.
6. Letak sedikit Italian herbs, oregano, serbuk lada hitam dan garam. Kacau hingga kuah nampak naik minyak. Tutup api.
Hidangkan kuah Bolognese bersama spageti. Taburkan oregano ke dalam kuah bolognese sebelum dihidangkan.
Bagi yang rindu nak makan keropok lekor homemade yang sedap dan segar, bolehlah cuba resipi perkongsian saudari Noriah Abdullah ni. Hanya 4 bahan diperlukan dan sangat mudah. Ada resipi sos pencicah juga. Selamat mencuba!
CARA BUAT KEROPOK LEKOR HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1kg ikan selayang (dibuang tulang) – ikan selayang juga dikenali dengan nama ikan sardin
1kg tepung ubi/kanji
4 sudu besar garam
1 sudu teh serbuk perasa
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan kisar hingga hancur dan sebati.
2. Gentel doh membentuk bentuk keropok lekor. Saiz ikut citarasa.
3. Didihkan air dan rebus hingga keropok timbul. Angkat dan toskan airnya.
4. Boleh dinikmati secara rebus atau digoreng.
BAHAN SOS PENCICAH:
400gm cili kering yang dikisar
1/2 kg gula
1/2 botol cuka
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan ke dalam periuk. Masak menggunakan api sederhana sehingga gula larut.
Setelah sos kelihatan sedikit pekat, padamkan api dan sejukkan.
Masukkan ke dalam botol dan simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.