Cili boh atau cili kisarhomemade adalah bahan masak yang boleh menyedapkan masakan. Walaupun terdapat pelbagai jenama cili kisaryang ada di pasaran namun cili kisar yang dibuat sendiri ni antara yang terbaik. Memang tak dinafikan, cili kisar yang diadun sendiri ni memang punya rasa yang lebih power. Namun, salah satu masalah yang dihadapi ialah ia cepat berkulat walaupun disimpan dalam peti sejuk. Kadang-kadang ada yang tak sampai seminggu dan naik kulat putih dan berbau masam. Menerusi perkongsian PuanMim Nazihah, beliau kongsikan cara hasilkan cilikisar homemade yang tahan lebih lama. Sangat berbaloi untuk dicuba.
PETUA CILI KISAR TAHAN LAMA
Kak mim nak share cara buat cili kisar yang tahan berbulan tak berkulat. Mesti ramai yang dah tau kan tapi tak apa. Nak share jugaklah. Mungkin ada sorang dua yang masih tak tau.
Selalukan kalau kita kisar cili kering, simpan dalam peti ais, tak sampai seminggu ia dah masam dan naik kulat putih. Guna cara ni InsyaAllah tahan lama. Sebulan dua tak berkulat.
Ads
BAHAN-BAHAN:
Cili kering
Bawang putih
Air tapis
CARA-CARA:
1. Potong cili kering dan kupas bawang putih. Cuci bersih.
2. Rebus cili kering bersama bawang putih sampai lembut cili tu.Kemudian toskan.(tak perlu basuh lagi ye, cuma tos saja, sebab tadi kita dah cuci bersih, kalau basuh balik guna air paip nanti cili kisar tak tahan lama).
Ads
3. Biarkan sekejap agak cili dah sejuk sikit, kemudian kisar dengan menggunakan air tapis. Jangan guna air paip. Malah bawang putih pun bertindak sebagai anti kulat.
4. Letak cili kisar dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Hasilnya cili akan tahan lama dan tak berkulat. Selamat mencuba…
Sambal tumis ikan bilis petai memang antara sambal yang menjadi kegemaran orang ramai. Sambal ini sesuai dimakan dengan nasi mahupun ketupat.
Melaui facebook group Rasa Share Resipi, Iedaa Jahaya berkongsi resipi membuat sambal bilis petai yang kelihatan amat menyelerakan.
Jom kita lihat resipinya.
SAMBAL TUMIS BILIS PETAI
BAHAN-BAHAN
3 papan petai
segenggam cili kering (buang biji, rebus)
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 cawan minyak masak
Segenggam ikan bilis
Gula secukup rasa
Air asam jawa secukupnya
1 sudu besar kicap manis
CARA MEMBUAT
1. Kopek petai dan buang kulitnya.
2. Kisar cili kering bersama belacan, bawang putih dan bawang merah. Ketepikan.
3. Panaskan minyak masak. Goreng ikan bilis. Jangan terlalu garing sebab akan menyebabkan ikan bilis keras. Angkat dan ketepikan.
4. Gunakan minyak masak yang sama. Tumis bahan kisar tadi. Tumis sehingga naik minyak.
5. Masukkan gula, kacau sebati.
6. Perah air asam jawa. Masukkan dalam masakan. Kacau lagi.
7. Masukkan ikan bilis dan petai. Gaul lagi.
8. Masukkan sedikit kicap manis. Kacau dan biarkan seketika.
9. Matikan api.
Sambal tumis ini ada yang suka agak berkuah dan ada yang suka kering. Terpulang kepada cita rasa masing-masing.
Siapa yang sangat menyukai rojak mamak mesti gembira bila dapat resipi ni. Selalu buat mest rasa kurangkan, apa kata kamu cuba resipi original yang mummy Nurrisya kongsikan kuah rojak mamak asli. Caranya mudah sahaja jom cuba!
RESIPI KUAH ROJAK MAMAK ASLI
BAHAN-BAHAN:
Biskut Marie | direndam seketika dengan air kemudian kisar hancur
Kacang tanah goreng | di tumbuk
Bijan | di sangan tanpa minyak
Serbuk cili kering | dibancuh dengan air
*jangan guna cili kering yang di kisar nanti lain rasanya
Asam jawa secukup rasa
Gula dan garam
*Jangan sesekali letak serbuk perasa
CARA MEMASAK:
Rebus semua bahan dalam periuk dengan api perlahan dan perasakan. Siap.
Sedapnya serbuk asam ni. Kalau beli buah potong seperti jambu, mangga atau tembikai, letak serbuk asam ni memang lagi sedap. Bagi anda yang nak buat stok serbuk asam dekat rumah, resipi perkongsian saudari Deeya Rostam ni boleh dicuba.
RESIPI SERBUK ASAM JAMBU SEDAP
BAHAN-BAHAN:
5-6 tangkai cili kering
1 genggam udang kering
2 inci belacan
1 paket serbuk asam (kepala rimau) @ serbuk asam putih a1
6 sudu gula kasar
1 sudu garam
CARA MEMASAK: 1. Basuh cili kering dan biarkan dalam 20-30 minit untuk tos airnya. 2. Udang kering juga dibasuh. Toskan airnya. 3. Panaskan kuali, sangat belacan, udang kering dan cili kering hingga nampak kering dan berbau semerbak. Pastikan tidak hangit. 4. Bila siap sangai, masukkan ke dalam pengisar kering (blender kering). 5. Masukkan 2 sudu gula dan 1 sudu garam. Kisar hingga hancur. 6. Bila siap kisar, tuang ke dalam mangkuk. Campurkan serbuk asam dan 3-4 sudu gula supaya teksturnya nampak kasar.
7. Serbuk asam sedia untuk dinikmati. Sedap dimakan bersama potongan mangga, jambu dan tembikai.
Sup kosong ini sering jadi pelengkap hidangan seperti nasi ayam kunyit, nasi goreng atau masakan panas bila makan di gerai. Walaupun namanya 'kosong', rasa...