Masak asam pedas mungkin ramai yang dah tahu tapi untuk menjadikan rasanya sedap, kuat pekat cukup rasa masam dan pedas tak semua ada kemahiran ini.

Biasanya kena cuba buat berulang kali barulah dapat rasa yang sedap seperti diingini. Tapi kalau nak cara pantas boleh ikut cara masak asam pedas yang sedap dikongsi Siti Nor Azizah Rahim.

Asam pedas yang dihasilkan memang kaw malah isi ikan pun terasa sedapnya. Ini kerana cara menyediakankan ikan untuk menu ini pun sedikit berbeza.

Resipi asam pedas betul-betul kaw
Bahan-bahan:

Ikan kembung/jenahak/pari/siakap/parang
Kunyit hidup
Halia
Bawang merah
Bawang putih
Cili kering
2 batang serai (dititik)
Minyak untuk menumis
Air asam jawa
Bendi & tomato
Garam
Daun limau purut/daun kesum/bunga kantan

Cara membuat:
  1. Pertama sekali basuh bersih ikan kemudian lumur dengan kunyit hidup yang ditumbuk. Inilah yang buat rasa ikan asam pedas jadi lagi sedap terutama bila diratah.

Petua Asam Pedas Jadi Lagi Sedap, Lumur Ikan Dengan Bahan Ini Sebelum Masak

2.Halia, bawang merah, bawang putih dan kunyit hidup sikit (dikisar)

IKLAN

3.Cili kering dikisar (kalau nak kuah pekat kena letak banyak, baru kuah jadi umphhh).

4.Lada hitam biji tumbuk (kalau tak suka pedas tak perlu guna). Masukkan juga serai yang dititik.

5. Tumis bahan di atas dengan minyak. Minyak kena banyak baru cili jadi cantik. Tumis sampai naik bau dan cili bertukar warna gelap.

IKLAN

6.Selepas itu masukan air asam jawa. Jangan terlebih air nanti kuah jadi cair dah tak sedap.

Petua Asam Pedas Jadi Lagi Sedap, Lumur Ikan Dengan Bahan Ini Sebelum Masak

7. Bila mendidih kecilkan api baru masukkan ikan satu-satu. Biarkan ikan masak sempurna. Kemudian masukkan pula bendi dan tomato pula.

IKLAN

8.Tabur sedikit garam pada kuah. Jangan banyak garam sebab ikan tadi dah dilumur dengan garam.

9.Tabur lah daun limau purut/daun kesum atau bunga kantan supaya aromanya harum.

Ok dah siap. Selamat mencuba!

Sumber: Siti Nor Azizah Rahim

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI