Pes Nam Prik Pao adalah sejenis Pes Cili Thai. Ia juga dipanggil Pes Cili Sangai. Ia ada dijual di pasaraya tetapi rupanya nak buat sendiri pun mudah je. Pes cili ini adalah bahan asas da;a, ,asalam Tomyam Thailand yang merah menyala tu. Cantik warnanya. Selain itu, ia juga sesuai digunakan dalam pelbagai masakan bercili ala Thai yang lain seperti Paprik, Tiga Rasa, kacau goreng  dan lain bermacam-macam lagi. Ia juga boleh dijadikan sebagai pes ikan bakar, boleh dijadikan bahan pengganti sos cili untuk masakan pedas dan berwarna kemerahan. Pendek kata, boleh guna dalam bermacam-macam masakan. Nak cuba? Saudari Munirah Binti Mohd Ramli ada kongsikan cara-caranya. Selamat mencuba!

 

BEZA PES TOMYAM & PES NAM PRIK PAO? 

  • Pes Tomyam adalah pes yang sudah dicampur dengan ramuan lain seperti serai, lengkuas, jus limau dan daun limau purut. Jika masak tidak perlu tambah bahan-bahan ini lagi.
  • Manakala jika masak Tomyam menggunakan pes Nam Prik Pao, anda perlu menambah serai, lengkuas, daun limau purut & jus limau nipis. Istimewanya jika masak Tomyam guna pes ini, warna Tomyam akan jadi lebih cantik dan merah menyala sama seperti sajian yang dinikmati di negara asalnya. 

 

RESIPI PES CILI THAI ATAU NAM PRIK PAO

Pes Nam Prik Pao, Tambah Dalam Tomyam Jadi Lebih Sedap & Cantik Merah Menyala!

BAHAN-BAHAN:

  • Segenggam cili kering beli online disini
  • 4 biji bawang besar
  • 12 ulas bawang putih
  • Ikan bilis secukupnya
  • Udang kering secukupnya beli online disini
  • Sedikit belacan beli online disini
  • 2 sudu makan gula perang – jika tiada boleh ganti dengan gula kabung thai atau gula melaka beli online disini
  • 4 sudu makan sos ikan beli online disini
  • Air asam jawa atau sedikit air perahan limau nipis – jika ada
  • Garam secukup rasa – jika perlu
  • 1/2 cawan minyak masak

Pes Nam Prik Pao, Tambah Dalam Tomyam Jadi Lebih Sedap & Cantik Merah Menyala!

Pes Nam Prik Pao, Tambah Dalam Tomyam Jadi Lebih Sedap & Cantik Merah Menyala!

 

CARA MEMASAK:

1.Hiris bawang merah dan goreng tanpa minyak di dalam kuali bersama bawang putih. Angkat dan ketepikan.

Pes Nam Prik Pao, Tambah Dalam Tomyam Jadi Lebih Sedap & Cantik Merah Menyala!

2. Seterusnya masukkan cili kering dan sangai dengan api perlahan. Kacau selalu supaya tidak hangus.

Pes Nam Prik Pao, Tambah Dalam Tomyam Jadi Lebih Sedap & Cantik Merah Menyala!

3. Pada masa ini, boleh tambahkan sedikit garam untuk elakkan kuali berasap dan menyebabkan bersin.  

4. Masukkan hirisan cili yang sudah disangai tadi ke dalam pengisar kering. Kisar halus. 

Pes Nam Prik Pao, Tambah Dalam Tomyam Jadi Lebih Sedap & Cantik Merah Menyala!

IKLAN

Pes Nam Prik Pao, Tambah Dalam Tomyam Jadi Lebih Sedap & Cantik Merah Menyala!

5. Sangai juga ikan bilis, udang kering dan belacan hingga naik bau.

Pes Nam Prik Pao, Tambah Dalam Tomyam Jadi Lebih Sedap & Cantik Merah Menyala!  Pes Nam Prik Pao, Tambah Dalam Tomyam Jadi Lebih Sedap & Cantik Merah Menyala!

6. Masukkan cili kering kisar, bawang, ikan bilis, udang kering dan belacan ke dalam pengisar basah.

7. Masukkan juga gula perang, sos ikan dan asam jawa yang dilarutkan dengan air panas. Boleh juga ditambah sedikit jus limau nipis. Kisar hingga lumat.

Pes Nam Prik Pao, Tambah Dalam Tomyam Jadi Lebih Sedap & Cantik Merah Menyala!

Pes Nam Prik Pao, Tambah Dalam Tomyam Jadi Lebih Sedap & Cantik Merah Menyala!

8. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar tadi dengan api perlahan. Pastikan tumisan sentiasa dikacau supaya tidak hangus dan pecah minyak dengan sempurna.

Pes Nam Prik Pao, Tambah Dalam Tomyam Jadi Lebih Sedap & Cantik Merah Menyala!  Pes Nam Prik Pao, Tambah Dalam Tomyam Jadi Lebih Sedap & Cantik Merah Menyala!

Pes Nam Prik Pao, Tambah Dalam Tomyam Jadi Lebih Sedap & Cantik Merah Menyala!

Pes Nam Prik Pao, Tambah Dalam Tomyam Jadi Lebih Sedap & Cantik Merah Menyala!

IKLAN

9. Bila pes mendidih, kacau rata dan tutup api. Walaupun api sudah padam, pastikan pes sentiasa dikacau hingga sedikit sejuk.

Pes Nam Prik Pao, Tambah Dalam Tomyam Jadi Lebih Sedap & Cantik Merah Menyala!

10. Biarkan pes hingga betul-betul sejuk kemudian masukkan ke dalam balang kedap udara. Simpan dalam peti sejuk dan gunakan dalam aneka masakan anda.

 

Kredit resipi & foto: Munirah Binti Mohd Ramli

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/

https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/

IKLAN

https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/

https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Kelas Online Rasa kini kembali & ianya PERCUMA!

Pes Nam Prik Pao, Tambah Dalam Tomyam Jadi Lebih Sedap & Cantik Merah Menyala!

Nak belajar cara-cara membuat Kuih Bulan & Roti Homemade?  Jom sertai Kelas Online RASA bersama bersama Chef Shafee Madianuddin, pemilik Restoran Mangkuk. 

Kelas Online Kuih Bulan Pandan Lotus & Roti Salted Egg

Tarikh: 8 Oktober 2022 (Sabtu)
Masa: 10.30 pagi
Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)

 

Berminat nak join? FREE je tau. Daftar sekarang DISINI  

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI