Dalam merasai kuih muih melayu tak kan sama keenakan rasanya dengan kuih tradisi. Penggunaan bahan-bahan yang sukar untuk didapati membuatkan rasanya lebih istimewa. Buat yang ingin mencuba RASA kongsi dua resipi yang jadi kegemaran ramai ini.
BINGKA (BENGKANG) UBI BAKAR
Bahan-bahan:
1kg ubi kayu putih
2 cawan air
1 cawan santan pekat
1 cawan gula kastor
½ sudu teh garam halus
Sedikit minyak
Cara memasak:
Parut ubi kemudian campur dengan air lalu tapis. Biarkan ubi di dalam tapisan selama 30
minit.
Buang air dari tapisan ubi tadi perlahan-lahan tetapi ambil lapisan sagu yang liat lalu tuang
ke dalam mangkuk.
Satukan ubi yang telah ditapis tadi bersama gula dan garam ke dalam mangkuk berisi sagu
ubi tadi lalu kacau rata.
Sapu mangkuk pembakar dengan minyak. Tuang adunan ubi tadi ke dalam mangkuk dan
ratakan.
Ads
Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 50 minit atau hingga
bingka masak.Sejukkan dan potong.
Waktu memasak: 45-60 minit
Cara membakar: Bakar
Jenis masakan: Pencuci Mulut
Keistimewaan: Rasa ubi bakar yang sangat enak
Saiz hidangan: RM6-RM8 utk 6 org
Info chef: Jika mahu bengkang nampak cantik dan berkilat keraknya, letakkan sedikit santan di atas bengkang itu, 2-3 sudu letakkan sikit-sikit atas permukaan bengkang.
Kuih Tepung Bungkus ni memang sedap dan disukai ramai lebih-lebih lagi di bulan puasa. Jadi sempena PKP ni, bolehlah cuba buat sendiri. Maklumlah, bazar pun tak ada nak beli kuih muih. Bagi anda yang nak cuba buat sendiri kuih yang ada rasa ‘kampung‘, resipi perkongsian saudari Norfazleen Azliana ni antara yang terbaik. Mudah rupanya nak buat kuih ni. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI KUIH TEPUNG BUNGKUS
BAHAN TEPUNG:
3 cawan santan pekat
Sedikit gara,
2 cawan tepung beras
CARA MEMASAK:
Masukkan santan dan garam ke dalam kuali. Kacau sebati tanpa api.
Masukkan tepung beras. Kacau sampai sebati dan tidak berketul.
Buka api sederhana dan masak bancuhan tepung dan santan tadi. Kacau hingga mendapat tekstur berketul sebegini.
Untuk membuat tepung bungkus, sudukan adunan tepung ke atas daun pisang. Lubangkan sedikit untuk letak inti. Sudukan inti kelapa secukupnya.
Bungkus dengan kemas dan sedia untuk dikukus selama 20 minit.
BAHAN INTI KELAPA:
1 biji kelapa – ambil bahagian putih sahaja
1 keping gula kerek / gula melaka/nisan/manisan
2 cawan air
3 sudu makan gula
Gula merah secukupnya – ikut citarasa. Tujuan untuk dapatkan warna inti yang cantik.
2 sudu teh tepung pulut
Daun pandan secukupnya
CARA MEMASAK:
Masak air bersama gula kerek, gula makan dan gula merah. Masukkan daun pandan dan kacau hingga gula larut.
Kemudian masukkan tepung. Masak lagi hingga inti kering.
Angkat dan sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam adunan kuih.
INFO: Jika suka, inti boleh dibulatkan dan golekkan ke dalam tepung pulut sebelum dimasukkan ke dalam adunan kuih. Ia bertujuan untuk hasilkan kuih tepung bungkus yang cantik.
Anda suka makan Apam Lenggang? Ni min nak kongsi resipi mudah perkongsian saudari Shida Razak KC yang anda boleh cuba buat secara homemade. Senang je rupanya. Bahan-bahan mudah kita perolehi dan sukatannya menggunakan cawan serta sudu. Senanglah nak sukat kan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan. Cara makannya pun ringkas sahaja. Boleh dimakan begitu sahaja atau sesuai juga dimakan bersama sambal atau kuah bersantan. Selamat mencuba!
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan dan kisar hingga halus dan sebati. 2. Bila sudah siap dikisar, masukkan ke dalam bekas dan tutup bekas tersebut. Peram selama 1-2 jam.
3. Untuk memasaknya, panaskan non-stick pan/kuali tak melekat. Oles sedikit mentega atau minyak menggunakan berus. Guna api kecil sahaja. 4. Tuang bancuhan apam dengan menggunakan senduk bulat dan rata-ratakan adunana supaya menipis dalam kuali. Proses ni macam kita buat kulit ketayap atau lempeng. Kalau kuali ade penutup boleh tutup masa memasak supaya apam masak sekata dan lembut.
5. Bila keliling apam sudah garing boleh gulung terus dalam kuali atau lipat dua. Angkat, letak terus dalam pinggan dan sedia untuk dinikmati.
Sedapnya KuihCakoi. Kalau makan panas-panas, makan begitu sahaja pun boleh habis 2-3 keping. Kalau cicah kuah kastard, lagilah best. Bagi anda yang nak cuba buat Kuih Cakoi secara homemade, resipi perkongsian saudari NunuPessa Hik ni antara yang mudah dicuba. Beliau tidak menggunakan yis. Nampak mudah. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI KUIH CAKOI SEDAP TANPA GUNA YIS
BAHAN-BAHAN:
350gm tepung gandum.
250gm susu segar
1 sudu besar serbuk penaik.
1/2 sudu besar soda bikarbonat
1 sudu besar minyak masak
1/2 sudu besar garam.(kalau suka manis, boleh ganti dengan gula)
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan dan campur sebati. Pada awal, doh memang sedikit melekit.
2. Uli sampai licin dan tak melekat di tangan.
3. Kemudian ratakan minyak masak ke seluruh permukaan doh.
4. Balut dengan plastik dan simpan di dalam peti ais semalaman.
5. Canaikan doh memanjang seperti dalam gambar.Biarkan doh sehingga suhu bilik.
6. Potongkan doh berpasangan.
7. Ambil lidi celupkan ke dalam gelas tinggi yang berisi air dan tekan macam dalam gambar.
8. Kemudian ambil satu lagi potongan dan letak di atasnya.Tekan menggunakan chopstik.(atau apa-apa alat yang sesuai pun boleh)
9. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Tarik doh memanjang perlahan dan terus masukkan dalam minyak.
10. Minyak kena cukup panas dan sentiasa balik-balikkan cakoi supaya masak sekata.
11. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.
Nak cuba masak ayam bistik homemade yang sedap, mudah dan berkuah pekat? Jom ikut resipi perkongsian Rozmaliza Omar ini – bahan ringkas, rasa mantap, sesuai untuk seisi keluarga!