Kuih legend seperti kaswi ni kalau buat seloyang pun gerenti habis. Rasa lemak manis pada kuih memang puas makan. Lebih enak bila digaul dengan kelapa putih. Hidang bersama kopi panas, cukup lengkap.
Cara memasak: 1.Bancuh semua bahan atau blender halus. Tapiskan 2.Loyang size 8 inci, sapu dengan sedikit minyak. Panaskan loyang dalam 2 minit. 3.Tuang adunan dalam loyang. Kukus 30 minit. 4.Kalau ada wap air jatuh. terus lap/alas dengan tisu dapur di permukaan kuih bagi meresap air wap.Buat dengan perlahan-lahan agar tak merosakkan permukaan kuih. 5.Tunggu betul-betul sejuk, baru potong dan gaul dengan kelapa. 6.Sedia dihidang.
Rendang kerang ini memang ramai peminat cuma tak ramai rajin buat bila mengenangkan nak kopek kerang. Tapi kan kerang siap kupas dah ada, beli saja!
Rendang kerang ini makan dengan nasi impit dan lemang memang ngam. Lagipun dah banyak makan rendang ayam dan daging kan, jadi kita tukar pula selera. Caranya boleh ikut resipi perkongsian Zamaira Yunus.
Cara buat rendang kerang sedap
Bahan-bahan
1 kg isi kerang
5 ulas bawang merah*
1 ulas bawang besar*
3 ulas bawang putih*
Halia sebesar ibu jari*
Lengkuas sebesar ibu jari*
4 ulas kunyit hidup*
2 biji buah keras*
10 tangkas cili api*
Segenggam cili kering*
2 batang serai*
1 batang serai -diketuk
2 keping asam keping
6 helai daun kunyit
2 bungkus kerisik (beli siap)
1 kotak kecil santan segera
Gula melaka(jika ada)
Cara membuat
1. Cuci kerang sehingga bersih dan lalukan sekali dengan air panas. Toskan sebentar.
2. Kisar kesemua bahan yang bertanda *
3. Tumiskan bahan yang telah dikisar dan serai yang diketuk. Tumis sehingga betul-betul naik minyak. Tumis kena lama menggunakan api yang perlahan.
4. Bila tumisan sudah terbit minyak, masukkan gula Melaka, asam keping dan santan. Tumis lagi sehingga betul-betul pecah minyak.
5. Kemudian, masuk kan kerisik dan kerang. Kacau dengan api sederhana besar.
6. Bila rendang nampak agak kering perasakan dengan garam, gula dan perasa tambahan (terpulang pada cita rasa).
7. Hiriskan daun kunyit dan taburkan di atas rendang.
8. Tutup api bila rendang sudah masak dan bolehlah dihidangkan.
Bagi peminat sajian Kari Ayam yang pekat, pasti tercari-cari resipi yang mudah dan enak untuk dicuba. Jangan risau kerana saudara Khabbab Jamalludin ada kongsikan resipi Kari Ayam kuah pekat yang boleh anda cuba. Pasti kena dengan selera semua. Enaknya…Selain dimakan bersama nasi, ia juga sesuai dimakan bersama roti, lempeng bahkan Roti Jala juga sesuai. Jom lihat cara-caranya.
RESIPI KARI AYAM KUAH PEKAT LIKAT YANG SANGAT SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam bersaiz besar (anggaran 2 kg) – dipotong kecil Minyak masak Ubi kentang – direbus Garam secukup rasa Gula melaka secukupnya – beli online disini
BAHAN TUMIS: 1 biji bawang besar – dihiris 1-2 tangkai daun kari 4 ulas bawang putih – dikisar 1 inci halia – dikisar 1 sudu makan cili kisar 4 batang serai – diketuk 2 biji tomato – dipotong kecil Air 250gm serbuk kari kari ayam/daging Baba’s – beli online disini 25gm serbuk kari masak merah Cap O – beli online disini
CARA MEMASAK: 1.Gaulkan ayam yang telah dipotong kecil dengan sedikit serbuk rempah kari.Gaul manja sahaja setakat untuk ada warna kekuningan sedikit.
2. Serbuk kari digabungkan 2 jenis rempah ini :Kari Ayam/Daging Baba’s : 250g (tolak sikit sebab guna untuk lumur ayam tadi) dan Serbuk Kari Masak Merah Cap O 25g. Ini rempah dia ada macam manis sikit.Serbuk kari digabungkan dan dicampurkan air sampai jadi pes.
3. Panaskan minyak masak.Tidak perlu banyak, sekadar separuh ketinggian potongan ayam sahaja.Goreng sekejap ayam yang diperap tadi sampai hilang warna pucat ayam mentah.
4. Jangan lama sangat nanti air ayam kering & rempah kari kurang meresap bila masukkan dalam kuah nanti. Angkat dan ketepikan. 5. Dengan guna minyak gorengan ayam, tumis bawang hingga kekuningan menggunakan api besar.
6. Masukkan cili kisar. Tumis lagi.
7. Masukkan campuran serbuk kari yang sudah dijadikan pes tadi. Perlahan sedikit api bila bunyi desiran pes kari mulai hilang dan mula berbuih buih. Biar hingga pecah minyak.
8. Lepas pecah minyak sikit, masukkan ayam yang digoreng sedikit tadi. Tambahkan juga air. Sukatannya tidak banyak. Cukup sekadar sampai tenggelam potongan ayam tadi. 9. Masukkan tomato, serai, dan ubi kentang dan biarkan masak dalam api sederhana besar. Aduk aduk bila perlu.
10. Bila kuah sudah sebati, tambahkan garam dan gula melaka mengikut citarasa masing masing. 11. Kari Ayam kaw sedia untuk diikmati bersama potong rori beggali atau nasi. Selamat mencuba.
Tip: Untuk memudahkan tumisan pecah minyak adalah perlu guna minyak yang banyak. Jangan risau, minyak yang terlebih boleh dikeluarkan sebelum makan nanti.
Hidangan mi kuah selalu dijadikan pilihan untuk makan makan malam kerana penyediaannya ringkas tapi mengenyangkan. Mi kuah ini juga ada dalam versi pantai timur dan juga utara.