Bagi penggemar sajian Mee Wantan Sup, resipi perkongsian saudari Nor Asiah ini antara yang boleh dicuba. Sedap dan rasa seperti sajian dari restoran ternama.
Jika anda dan keluarga suka hidangan nsi aym, pasti ada lebihan sup kan? Ha… Sup yang lebih tu boleh gunakan untuk masak sajian ini juga. Dua dalam satu. Barulah tak membazir kan?
Sajian ini sesuai dinikmati pada bila-bila masa sama ada waktu sarapan atau makan malam. Sangat mengenyangkan. Jika rajin, boelh buat sendiri Dumpling tu. Puas hati! Jom cuba.

RESIPI MEE WANTAN SUP BERSAMA DUMPLING, MINYAK CILI & MINYAK BAWANG PUTIH

Mee Wantan Sup Sedap, Lengkap Dengan Resipi Dumpling & Minyak Cili

BAHAN-BAHAN:
Mee wantan – dicelur
Bebola ikan @ ayam – dicelur
Hirisan isi ayam rebus
BAHAN SUP:

Kaki ayam/ rangka ayam
Batang saderi – potong 3 (*)
Daun sup – potong 2 (*)
Daun bawang – potong 2 (*)
Bawang putih – belah 2 – banyak pun tak apa (*)
Bawang besar – belah 4 (*)
Halia (*)
Cendawan shiitake kering @ segar – potong nipis beli online disini
Sedikit minyak bijan beli online disini
Garam secukup rasa
Sedikit sos ikan beli online disini

CARA MEMASAK:
1.Rebus kaki dan rangka ayam hingga empuk.
2. Masukkan bahan bertanda (*). Masak selama 20 minit.
3. Kemudian masukkan minyak bijan, sos ikan dan sedikit perasa.
4. Masukkan juga cendawan yang telah dipotong nipis. Siap.
5. Untuk menikmatinya, msukkan mee wantan, bebola, isi ayam dan sayur ke dalam mangkuk.
Mee Wantan Sup Sedap, Lengkap Dengan Resipi Dumpling & Minyak Cili 6.Tuangkan sup dan nikmati bersama minyak cili dan minyk bawang putih.

Mee Wantan Sup Sedap, Lengkap Dengan Resipi Dumpling & Minyak Cili

Mee Wantan Sup Sedap, Lengkap Dengan Resipi Dumpling & Minyak Cili

Mee Wantan Sup Sedap, Lengkap Dengan Resipi Dumpling & Minyak Cili
BAHAN DUMPLING:

Kulit dumpling segera
Isi ayam
Isi udang
Serbuk cukup rasa
Sedikit lada sulah beli online disini
Minyak bijan
Sedikit tepung jagung beli online disini
Garam
Sedikit daun bawang / daun kucai

CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan dalam food processor. Kisar hingga hancur, pekat dan sebati.
2. Ambil kulit dumpling dan letk inti yang dikisar tadi.
3.Sapu sedikit air di sekeliling kulit dumpling, kemudian kelimkan ikut kreativiti masing-masing.
4.Dumpling ini boleh digoreng atau dicelur hingga masak.
Mee Wantan Sup Sedap, Lengkap Dengan Resipi Dumpling & Minyak Cili
SAYUR (PAK CHOY)
1.Celur sayur dalam air rebusan yang telah ditambah dengan sedikit minyak dan garam.
2.Masukkan sayur dalam air sejuk @ berisi ais batu.
BAHAN MINYAK BAWANG PUTIH:
Bawang putih
Minyak masak
CARA MEMASAK:

1.Cincang bawang putih dengan banyak.
2. Goreng bawang putih dengan minyak yang banyak.
3. Bila bawang putih kelihatan agak perang, angkat dan toskan bawang tadi.
4. Simpan dlam botol kca supya tahan lama.

IKLAN
Mee Wantan Sup Sedap, Lengkap Dengan Resipi Dumpling & Minyak Cili
BAHAN CILI SICHUAN:

Cili kering gemuk (tak pedas) – buang bijibeli online disini
Cili kering kurus, lurus – buang biji beli online disini
4 sekawan
Jintan putih beli online disini
Peppercorn Sichuan beli online disini
Minyak masak
Bijan beli online disini
Garam dan perasa secukupnya

CARA MEMASAK:
1.Buang biji semua cili kering. Sangai tanpa minyak hingga agak garing kemudian angkat. Birkan sejuk seketika.
2.Kisar kering cili kering tadi. Jangan sampai hancur sangat.
3.Tumis 4 sekawan, jintyan putih, peppercorn Sichuan dalam minyak yng banyak. Kemudian tapis bahan-bahan tdi.
4. Ambil minyak tadi, kemudian tuang dalam cili kering yang dikisar tadi.Pstikan minyak betul-betul panas.
5.Masukkan bijan, garam dan perasa dengan secukupnya.
6. Minyak cili siap dan sejukkan sebelum disimpan dalam balang kaca. Boleh nikmati dengan apa jenis sup.

Mee Wantan Sup Sedap, Lengkap Dengan Resipi Dumpling & Minyak CiliMee Wantan Sup Sedap, Lengkap Dengan Resipi Dumpling & Minyak Cili
Kredit resipi & foto: Nor Asiah

 

 

IKLAN

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI